Pages

Tuesday, February 11, 2025

Selamat Hari Lahir Dina

Lepas Maghrib baru geral rumah nenek. Rupanya ibi salah info, ingatkan tahlil dan makan² lepas solat Isyak.

Lepas jemaah Maghrib terus buat tahlil dan tunggu Isyak dulu. Ibu sampai nak mula solat dah tapi ayah dah bawa the boys semua. Sempatlah mereka join tahlil keluarga.

Elsadina katanya.

Nak kek Elsa juga.
Matchy².

Kali ni potluck sikit je sebab tak ramai yang balik. Cik Wada bawak bubur lambuk super special. Cik Elis goreng koayteow kerang dan Cik Cha gorengkan nugget. Cik Baya bawa kek 2 biji.

Ibu tak bawak apa² sebab dah masak kat rumah dan bagi anak² buah makan dulu.

Selamat hari lahir Irdina Alisya yang ke 5 tahun.

Juga buat Cik Man dan Iman.
Happiest birthday buat kalian berdua.
 

Monday, February 10, 2025

Bila Anak-anak Buah Check-in

Cerita cuti sekolah. 
Jumaat lepas 7/12/2025, ibu singgah rumah nenek. Saje nak jumpa nenek dan ummi, sembang-sembang2. 
Sekali Firas cakap... makngah.. malam ni nak tidur rumah makngah.

aarrr.... jomlah

Segala kerabat yang ada diajak sekali.
Firas, Angah, Iman, Aqib dan Ali.
Kebetulan dah beberapa hari mereka duduk rumah nenek.

Check-out rumah nenek... check-in rumah makngah.

Singgah 99 Speedmart beli makanan... karang sebelum tidur memasing mesti cari makanan. Belilah roti-roti... sempat lah budak-budak ni cari aiskrim.

Wednesday, February 5, 2025

Cari Makanan Pakistan

Petang tadi keluar ofis lewat sikit. Minggu ni mengisahkan monthly closing. Baru teringat hari ni cuma makan 1 paket biskut oat. 

Terus ke Taste of Pakistan, Setia Alam. Dok teringin makan Chicken Karahi. Order sekali Garlic Naan dan Pakistani Tea.

Bila sampai naan tu... makaihhhh... ni boleh makan 2 keping je.

Sambil makan layan The Trauma Code : Heroes On Call, ep 6.

Synchronized betul mulut dan perut hari ni. Tanpa sedar habis makanan yang dipesan.

Lapar betul rupanya😁

Monday, February 3, 2025

10 Yen Coin Cheese

Depan Jaya Grocer, Eco Grandeur ada booth jualan.
Wafi berhenti kat satu booth.

Wafi kata makanan ni viral. Ia lah tu.. semua yang viral dia tau.
Katanya nak cuba sebab teringin.

Dapur yang digunakan.
Berupa pancake dan ditengah-tengah nya ada cheese.
Tebal juga cheese nya tu dalam 1 cm masa diletak atas pancake.

Hasil kejadiannya.

Last-last makan pancake nya je sebab cheese tu masin bila makan banyak sangat.
Adoii laaa... RM10 tu!

Wafi asingkan cheese dan pancake tu.
Katanya cheese tu boleh makan dengan ramen.
Hahh.. elok lah tu, takde lah nak membazir.

Jalan² Pulau Pangkor - Part 2

Jam 6.30 pm kami minta driver van pink ambil kami di tempat mula-mula sampai. Dibawanya kami ke Kedai Bebas Cukai.

SP Duty Free

Besar kedai ni tapi takde orang pun.

Antara coklat yang dijual.

Anak-anak ambil coklat Daim dan Nutella. 

Nenek tengok Corelle. Takde yang menarik pun. Design lama je yang ada. Even design Plum pun takde kat sini.
Adalah jual periuk Dessini dan beberapa brand lain. 
Ibu tak ada nak beli apa-apa kat sini.

Masjid Ad-Badr @ Masjid 1000 Selawat

Kami dibawa ke masjid terapung, Masjid Al-Badr yang juga dikenali sebagai Masjid Seribu Selawat.
Dapatlah menunaikan solat Maghrib berjemaah dan jamak solat Isyak di sini.

Waktu lawatan untuk pelancong.

Jalan² Pulau Pangkor - Part 1

Hari ke-dua boleh check-out jam 12 tengahari. Jam 11.30 pagi tu dah siap-siap. Dok plan apa nak buat lepas check-out. Tapi dah dalam perancangan nak ke Jeti Lumut untuk beli hasil laut.
Dalam kepala rasa menarik juga kalau kita ke Pulau Pangkor. Dah alang-alang berjalan kan. Lagipun Jumaat keesokan harinya antara kami ramai yang cuti. Yang kerja pun jenis shift lewat.

After few calls, dapatlah contact dengan owner bot. Walaupun sudah hampir give-up namun masih menaruh harapan.

Kami ada 11 dewasa dan 6 kanak-kanak. owner bot caj dewasa je RM40 seorang pergi balik. Jadi harga yang perlu dibayar RM440. 
Cuma kalau nak ke sana jam 2 pm sebab masa tu air dah pasang kat jeti. Kiranya ada 1 1/2 jam lagi. Ok lah kalau begitu. Tunggu je lah. Boleh solat jamak Zuhur dan Asar dulu di apartment. 

Jam 2 dah sampai jeti. Kereta memang park je kat hotel tu.

Jam 2.20 pm bot baru sampai.
Bot besar jadi boleh masuk semua orang.

Sunday, February 2, 2025

Aktiviti Malam

Untuk dinner kami menghabiskan makanan yang dibawa.
Sambil tu masak mi segera menggunakan Noxxa yang dibawa dari rumah. Malam masing-masing taknak keluar makan. Nak lepak je dalam rumah. Kalau nak makan kat luar boleh je pergi makan di Medan Ikan Bakar Teluk Muroh. Walking distance je pun.