Pages

Thursday, February 27, 2025

Mesin Basuh Jenama Midea MA100

Nak review sikit mesin basuh yang dibeli secara online.

Order : 11/02/2025
Sampai : 15/02/2025

Setelah ditimbang-tara ibu beli mesin basuh menggunakan platform Shopee. Cik Cha suggest beli Midea. Dia beli dalam RM4++ dan dah pakai 6 tahun, masih elok lagi. Cik Wada pun suggest beli online je. Depa 2 memang ratu online. Why not ibu cuba, baca review dulu, tengok seller dan jenama mana paling banyak dapat rating dan review. Dah alang-alang nak beli secara online cari yang affordable (lebih kepada nak murah 😅) dan reliable.

Mesin basuh jenama Midea MA100 dengan muatan 8.5kg. Warna dark grey je ada.
Kiranya downgrade dari mesin basuh lama muatan 9.0kg.  Sejak kahwin 26 tahun, ini mesin basuh ketiga. Mesin basuh pertama dapat hadiah kahwin dari officemate ayah dulu. Bila rosak 2 kali, ibu hantar kedai untuk dibaiki. Kali ketiga rosak bila dicampur semua kos baiki dah jadi mahal. Better beli yang baru je.

Mesin basuh kedua dibeli beberapa tahun sebelum 2018 sebab ibu tak jumpa warranty card. Pernah tunjuk tapi masa tu beli dryer dan review dryer. Bila ini rosak, ibu takde berhajat untuk hantar repair.  Lagipun nak beli yang murah-murah je.

Jadi ibu agak mesin² basuh sebelum ni boleh bertahan selama 10-13 tahun, yang lebih tu bonus. 

Beza fungsi Midea 8.5kg dan Panasonic 9.0kg
Walaupun banyak function, at the end tekan button on dan start je😁

Fungsi delicate ke... baby care ke... blanket apatah lagi... semua pun tak pernah guna. Yang kerap kalau nak buat asing²... button wash, rinse dan spin.

Setakat hari ini performance sangat bagus. Bunyi agak senyap berbanding mesin basuh lama. Mungkin masih baru lagi. Duduk kat ruang TV tak dengar mesin basuh ni sedang bekerja.  

Model ni takde compartment untuk masukkan serbuk pencuci/detergent dan softener. Model yang ada compartment harga berbeza. Namun sabun basuh serbuk yang dimasukkan tidak bercapuk² atas kain. 

Nak keluarkan kain pun senang sebab dia tidak begitu bergumpal antara satu sama lain.

Masa ibu ayah berhenti di RnR Sungai Perak transporter yang bawa mesin basuh ni call nak tau lokasi rumah. Minta Kak Widad tunggu depan rumah. Mujur mereka tolong bawa masuk. Letak kat ruang tamu je dulu. Mereka hanya hantar, takde buat pemasangan. Masa ibu baca review ada yang minta pasangkan dan caj nya adalah RM60. Tapi mostly yang beli dari seller ni pasang sendiri je. Cuma nak kena sambung getah paip. Saluran air keluar semua dah fixed.

Untuk rumah kita, ibu guna getah paip yang sebelum ni sebab ia masih baru. Tukar yang lama sebab masa tu keluar karat.

Nak keluarkan dari kotak pun senang, hanya gunting tali putih tu dan angkat kotak ke atas. Kiranya tak perlu pun angkat mesin basuh tu. Cuma kena tonggengkan sikit untuk keluarkan gabus dan pasang penutup mesin basuh bahagian bawah.

Untuk model yang ibu beli harganya RM545. Tambah caj penghantaran dan SST jadi RM594.50

Seller ni kat Johor.

Warranty motor 10 tahun.

Harga mampu milik. Bulan ni duit keluar macam air terjun. Jadi mana² kos yang boleh dikurangkan kita buatlah. 

Midea Top Loading Washing Machine Troubleshooting and Error Codes

Be good ya, our 1st Midea brand!

Wafi baru sampai rumah... bila nampak mesin basuh ni dia terkejut, terus dia gelak²...

Maaaa... kenapa kecik 🤣🤣🤣

Tuesday, February 25, 2025

Wafi Join Bengkel Kolaboratif Colourguard

Tadi dalam FB sekolah, ada share gambar Wafi dan kawan-kawan yang menyertai Bengkel Kolaborasi Colourguard. Bengkel diadakan pada minggu lepas 21 & 22/2/2025 bertempat di SMS Pokok Sena (SAINA). Sekolah SAINA ni kat Kuala Nerang, jadi mereka balik hari je.

Besar dan cantik dewan sekolah ni.

Ni antara yang mereka belajar. Kibarkan bendera secara berirama.
Banyaklah instrumen lain yang boleh diguna macam riben, kad dsb.

Seronok ibu bila Wafi dapat join aktiviti sebegini.
Dulukan agak malu-malu, nampaknya sekarang semakin berani.

 
Ibu tak sure Wafi pakai jersi siapa atau memang jersi sendiri sebab nampak besar betul.

Banyak sangat jersi sampai tak tau bila masa dia beli.

Saturday, February 22, 2025

Akhirnya Beli Food Processor

Teringinnya dah lama pengisar makanan. 2 hari lepas tengok kat FB Chef Anis Nabilah masak Crispy Sambal Tempeh guna food processor blend bawang dan cili. ehhh.. macam best plak.

Kak Widad pun dah lama teringin FP Tupperware yang tarik². Tapi ibu tak berapa minat sangat.

Tadi masuk NSK tak tau kenapa kaki terus menghala ke bahagian barangan elektrik. Nampak plak FP ada beberapa brand. Paling murah RM39.++ Yang tu guna USB. Macam kecik sangat plak. Brand Khind kapasiti besar tapi balang kaca. Jenama Faber ni yang paling sesuai pada tanggapan ibu.

Mujur ada 3 brand je jadi tak perlulah memilih banyak sangat.

Faber FCB520 ni harganya RM59.99 dengan kuasa watt 400w.

Warnanya pun sweet je.

Balik² tadi terus guna. Tak sabar.
Best gilerrrr😅

Siap dah blend bawang putih, bawang merah, cili besar dan cili padi. 

Sebenarnya nak kena beli FP sebab nak blend² semua tu nanti bagi memudahkan Kak Widad masak untuk buka puasa. 2 minggu puasa ibu akan berbuka di ofis untuk kerja² year end closing. Minggu ke 3 & 4 dah audit. Struggle sikit tahun ini bila year end closing dan audit jatuh pada bulan puasa.

Kat Shopee ada beberapa size dan watt. Yang ini sama model yang ibu beli.

Oh ya.. ibu dah beli barang basah stok untuk minggu depan dan bulan puasa. Ada lah juga yang tak dapat sebab yang ada kurang fresh. Siap siang, bersihkan dan mana yang perlu blend. Jam 3 tadi baru boleh luruskan kaki. 

Kak Widad dah sediakan menu sebulan sepanjang bulan puasa. Ibu pun tak tengok apa yang nak dimasaknya. Itu yang Kak Widad pilih bahan² yang diperlukan.

Bawa Nenek Fisio

Petang tadi appointment nenek di Physiogo. Ini sesi ketiga nenek fisio dengan terapis Annur. Lamalah sakit paha nenek tu sejak pergi Bukit Tinggi. On and off sakitnya.

Masa sakit terpaksa pegang paha itu yang postur badan jadi membongkok.

Mula² datang screening, therapist beritahu masalah pada otot. Mungkin disebabkan nenek pernah jatuh motor masa nak naik bukit ke jalan besar.

Ni terapis letak pad panas kat paha nenek. Ibu skodeng kejap. Masa rawatan ibu tunggu kat luar je. Basically lebih kurang sama je rawatan dengan ibu dulu. Urutan, letak pad panas, pasang TENS dan buat senaman.

Rawatan mengambil masa sejam. Keluar dari bilik senyum je nenek...

Haaaa.... tu dah boleh lari lah tu ya😁

Ibu seloroh.

Lepastu bawak nenek medang kat The Portload. Dekat je dalam few meters. Orang pun tak ramai lagi tambahan baru lepas hujan.

Disebabkan nenek suka makan nasi arab, ibu orderkan nenek Nasi Mandy Kambing. Tak habis makan, tapau bawa balik. 

Ibu pesan Laksa Siam + teh tarik.

Jomlah mak kita balik... solat asar pun belum. Tadi appointment jam 4.45 pm, masuk Asar 4.49 ptg.

Santai Sabtu

Hari ni gagahkan juga briskwalk. Bila check Strava, last BW 1/2/25. Hampir sebulan juga berhibernasi😎

Sebenarnya salah satu cara nak release tension. Semalam petang kat ofis rasa down sangat pasal kerja. Biasanya kalau gitu akan membawa ke malam. Pagi tadi terjaga awal bila ingat kembali. 

Pagi ni perasan ada almari buku kat salah satu area Taman Tasik Shah Alam.

Kiosk Buku yang dikelolakan oleh Perpustakaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menarik pula konsep yang diketengahkan oleh MBSA ni. Kot nak bersantai depan tasik sambil membaca.

Beberapa kali datang taman ini, baru hari ni nampak air terjun mini ini dibuka.

Lepas BW reload carbo pula. Kak Widad dah lapar. Itu yang singgah gerai kat sebelah pasar Seksyen 6.

Ibu teringin Nasi Dagang Ikan Tongkol. Lama gak tak makan sebab kat area rumah tak jumpa orang jual. Nak masuk kereta nampak plak orang jual Bingka Ubi. Belilah satu. Kak Widad pulak tak boleh nengok orang jual putu mayam. Wajib beli. Itu putu mayam Ustaz.

Ibu tapaukan utk ayah nasi kerabu dan nasi berlauk untuk Bami. Terus makan berat tak adalah ibu nak masak untuk lunch😅

Lepas ni nak ke NSK pulak. Topup barang dapur. Nak puasa dah ni. Minggu depan sure padat NSK. Balik rumah bolehlah siang apa yang patut. 

Friday, February 21, 2025

Abang Imi Beli PS5

Petang tadi Abang Imi share gambar dalam whatsapp grup... sampai dah PS yang dibeli. Test terus. Puaslah main kat tv 65".

Sony Play Station 5 (PS5) ni Bami beli dengan duit sendiri. ehhh... takdelah ibu ayah nak belikan benda camni. Ibu lagi lah... bukan tau main pun.

Bami kata PS5 ni "used" beli dari seller yang jual barang² game. Harga RM1,800🙄

Wahhh.. banyak duit Bami... mana dapat tu?

Imi jual barang² Imi yang dah tak pakai kat Carousell.

  • Nintendo
  • Kasut jog
  • Jam G-shock (sebab ada Smart Watch)
  • Raket badminton (dah tak sedap pakai)
  • Casing game Iphone
Fuhh... camtu je dia jual😬

Ibu takdelah nak bising sebab barang² tu semua pun sebelum ni Bami beli pakai duit sendiri. Kan Bami sejenis nak apa² kumpul duit sendiri. 

Bami share gambar controller PS2 yang ibu bakar dulu... aikkkk... ada eh😅. PS2 nya tak tau ada sekali ke tidak🥶🥶 Bami kata mungkin dah rosak kot (harap²nya begitulah sebab kat rumah ni ibu je yang boleh bakar apa² 🤪). 

Adehhhh... mana lah ibu nak ingat. Bami simpan dalam google picture tahun 2010-2016.

So ibu google lah kot ada simpan cerita pasal PS2 ni.

Jumpa ini.

ehhh.. kecik nya Wafi, setahun je masa ni.

Ayah plak berminat nak main juga. Adalah tu nanti nak main baseball, MLB, NFL, MBA.
entahlerrr.. 

Bami tunjuk mahal juga game tu walaupun used.. ini pun PS4. Kalau PS5 lagi lah mahal.

Hahhhh.. suka hatilah nak main tu... asal jangan minta duit ibu beli game² tu sudah😬😬😬

Dah memang sejenis jaga barang... lepas test kat tv, bersihkan console PS plak.
Jaga elok².. mana tau nak upgrade kemudian hari, bolehlah trade-in.

Wednesday, February 19, 2025

Giveaway Kerajaan Kelapa

Oleh kerana Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil telah menjemput untuk menyertai Giveaway Kerajaan Kelapa, ibu nak turut serta juga.

Ajomlah kita memeriahkan GA adik Cuya yang manis ini.