Pages
Saturday, May 2, 2026
Menelaah Sama²
Awal Wafi bangun (compared hari lain kalau kat rumah 😬) hari ni. Lapar katanya. Nak cepat, ibu buatkan cucur sayur. Gorengan 1-2 takde jagung sebab Wafi tak gemar. Siap goreng terus dia makan.
Labels:
Buku
Friday, May 1, 2026
Dapatlah Pakai Baju Raya
Sebelum balik cuti Wafi ada tanya ibu ada lagi tak openhouse. Adehhh.... Syawal dah habis.. yang buat openhouse terlajak raya pun dah lepas.
Wafi kata bila kita nak pakai baju raya. Kesian dia ni, ritu raya setengah hari je. Lepastu balik kampung, pun tak beraya duduk rumah tokwan. Balik sini, ibu terus kerja. Ayah plak masih kat Kulim tunggu tokwan. Lepastu Wafi dah balik sekolah.
Jadi bila dapat jemputan aqiqah anak² Cik Apil memang kena pergi bawa Wafi sekali.
Labels:
Family
Thursday, April 30, 2026
Pulang Bermalam
Lepas Maghrib tadi Wafi sampai rumah. Ayah jemput di stesen KTM. Cuti sampai Ahad sempena Hari Pekerja.
Labels:
Anak2
Tuesday, April 28, 2026
Tag Berantai: Jom Berkenalan
Aihhhh... mana aci kena tag dua kali 😅
Tag berantai dari Kakmim dan Suria Amanda ni kita try buat juga 😘
Ni lah kerjaan yang perlu dibuat.
1. Log in akaun chatgpt anda
2. Upload gambar anda
3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
3. Tekan ENTER untuk menjana imej.
4. Save gambar dan post di blog anda.
5. Tag 5 sahabat blogger yang lain.
Ini lah hasilnya...
Kemahen lagi eh Chatgpt ni.. nampak gaya ibu macam suri rumah sepenuh masa, uishhhh tak sabar betul 😁
Minat memasak dan membaking pulak tu... pitenah.. pitenah... tu lama dah membakingnya😅
Tapi menarik juga ayat "hidup dengan niat, menulis dengan hati".
1. Cuya
2. Mama Tisya
3. Puan Hazel
Yang tak tertag boleh buat... alaaa.. saje suka-suka..
ehhh tagline Kak Notie tu.
Labels:
Friends
Monday, April 27, 2026
Cafe Hunting : Coffee Tyme
Lepas Zohor semalam ibu ayah attend jemputan kenduri kahwin rumah Nenek Eton dan Atuk Man. Sepupu ibu, Anang kahwin. Majlis untuk family. Kami pun tidak dipanggil untuk rewang, jadi datang makan je.
Labels:
Makan2
Sunday, April 26, 2026
Merasa Mangga Harumanis
Rabu lepas, Abang Imi bawa sekotak mangga Harumanis.
Rasanya yang 2 @ 3kg.. tak ingat.
Dato Menteri Besar bagi untuk Unit Dewan.
Labels:
Makan2
Saturday, April 25, 2026
Jemputan ke Pembukaan Chempaka Jewels
Tengahari tadi ibu ayah menghadiri jemputan makan dari Dato' Dr Hisham Dzakiria sempena pembukaan kedai emas Chempaka Jewels di Eco Twin Centre, Setia Alam. Ayah panggil Sir Hisham sebab dulu lecturer BZ masa degree. BZ ni subject code untuk English.
Labels:
Shopping
Subscribe to:
Posts (Atom)






