Pages

Friday, August 28, 2026

Makan Tengahari Di House Of Salai By Naddy, Ipoh

Ahad pagi jam 11.30 pagi kami gerak balik bagi ayah rehat kejap lepas hantar tokwan ambil darah di Hospital Kulim. Keluar dari Highway BKE, Kak Widad dah tanya lunch nak makan kat mana? Dia kalau dah tanya tu memang betul² nak makan. Katanya kalau dapat siput sedut sedaplah.

Kerja² cari tempat makan, memang serah kat ayah. Ayah suggest makan kat Ipoh sebab ETA dalam 1.30 pm. Sedang eloklah nak lunch. Solat dulu kat surau tepi Tol Plaza Ipoh. Dah solat takde  lah terkejar² nanti. 

Kami sampai ke House of Salai by Naddy sebelum jam 2 pm. Tempat makan ini terletak di 20, Jalan Lapangan Terbang, Taman Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, Perak

Park di tepi jalan, kena berjalan naik. Ada juga parkir di sebelah kanan restoren. Bahagian kanan jalan ni kawasan tempat makan di luar.

Masa sampai tu tertanya² juga kat mana nak ambil makanan. Lorong ni ke belakang sikit. Ambil troli di tepi. Air kosong disediakan secara percuma.


Orang tak begitu ramai, cepat² ambil gambar.

Ada daging, itik, ayam dan ikan salai.
Siput sedut pun ada.

Lauk bakar².

Bahagian tepi² ni semua dah diisi dalam mangkuk. 
Rambang mata nengok, semua pun nampak sedap.

Paling best stesen ulam² dia. Pelbagai jenis ulam²an.
Teruja bila nampak pucuk betik dan pucuk ubi rebus. 

Ini pun ada.
Semua fresh.

Gulai kawah dan asam pedas ikan pari.

Nasi dah bungkus siap² macamni.

Aneka jenis bubur.

Boleh makan di sini juga tapi masa ni ia sudah di reserve.

Hasil dari rambang mata.

Makanan yang kami ambil.
  • MLCA Daging Salai
  • Siput sedut masak lemak
  • Sambal Daun Kayu
  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Ayam goreng
  • Ulam²an
  • Sambal Belacan
Masak lemak daging salai terasa salainya. Dagingnya empuk elok dan banyak isi. Mangkuk masak lemak siput sedut penuh isi. Siputnya besar². Kuah masak lemak ibu ingatkan takde cili sebab terasa lemaknya. Tokey kata ada bubuh cili tapi pedas manja². Yang pedas menyengat sambal belacan yang ibu tambah sikit sambal tempoyak. Ada pelbagai jenis sambal disediakan rasa macam 8-10 jenis.

Harga makanan kami.

Peminat siput sedut... tak hagak² dia menyedut.
Ni kalau ada bakal mak mertua lalu mesti tak jadi masuk merisik😆

Rasanya ibu makan 6 biji? je siput sedut tu, yang lain Kawi makan. Semua siput tu pulak senang disedut. Ibu nak ambil lagi kesian pulak kat Kawi, berselera betul dia.

Tokey turun padang jumpa pelanggan minta review. Bagilah review jujur.
Pada ibu menu yang kami ambil kena dengan tekak kami. Layanan staff pun baik² semua.

Makan kat bilik berhawa dingin ni kena caj RM10 cuma tempat tak ada lah besar mana. Macam ada 10 buah meja dan setiap meja ada 4 buah kerusi.

Depan bilik berpenghawa dingin ada tempat makan terbuka.

Ayah bersama pemilik House of Salai By Naddy.

Sebelum balik Kawi beli popcorn.. masa sampai² tu dia ada terbau karamel tapi tak tau apa. Ibu dah perasan ada orang bawa bungkusan popcorn keluar dari tempat makan.

Sedap popcorn ni... kudap²an buat Kawi masa drive.

Alhamdulillah.. dia drive dari Kulim sampai rumah. Ayah nak tukar dia taknak. Pemanduan pun bertambah baik. Nampak konfiden. Bolehlah ibu lena kat sebelah.

25 comments:

  1. Wah menarik kedai ni, banyak pilihan makanan. Sy pun suka stesen ulam tu. Nak2 ulam rebus, favorite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulam rebus nya tu banyak.. jarang jumpa pucuk betik. Rasa jantung pisang dah habis tu, kalau ada akak pun ambil sekali.

      Delete
  2. nampak selesa ruang makan. ruang makan luar pun nampak elok walau terbuka

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ayah... serah kat ayah bab cari tempat makan. Banyak betul pilihan makanannya, macam-macam ada. Pandai ayahnya pilih tempat makan hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia rajin google, tengok rating dan baca review. Kebetulan tak drive, bagi lah kerja sket 😂

      Delete
  4. Suka betul kalau kedai yang banyak pilihan gini. Memang rambang mata nak memilih makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cie... sampai tak terpilih. Akhirnya makan lauk yang biasa makan juga.

      Delete
  5. Siap disediakan troli tu. Saya tak pernah lagi sampai sini, walau pun selalu pi Ipoh. Wah.. selera Kawi makan siput sedut. Banyak betul lauk pauk tu. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. mai Ipoh boleh singgah Tot. Insyaallah tidak mengecewakan.

      Delete
  6. Besar kedai makannya.Bagus konsep kedai makannya pun. Senang nak ambil makanan dah disiap-siapkan. Kalau dah salai-salai tu of courselah ada masakan lemak cili api. Bakar-bakar dan ulaman pun ada. Nice sangat kan. Saya pun teruja tengok ulam ulam banyak macam tu. Segar pulak tu. Kita ni hantu ulam macam mana pula kan..hihihi...
    Luas tempat makannya. Nasib baik ada siput sedutnya. Saya pulak dah teringin nak makan siput sedut. Dari haritu nak beli nak masak tapi tak ada pulak kat pasar tu. heran betul. Bukan musim agaknya.
    Harga pun okay jugalah tu. Siput, daging salai dan pari memang tak murah kan. lagilah bila dimasak.

    Siap jual popcorn lagi. Sedap bau karamel. Bolehlah buat kudapan dalam perjalanan tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin Fizah masak sendiri siput sedut eh.. akak sekali je masak lepas tu trauma sebab siput tu menjalar keluar.. bila tutup bekas dia bergantungan pulak kat penutup.

      Delete
    2. Sebab dah selalu kecewa dapat siput sedut tak kena dengan selera. Kena jugalah merajinkan diri. huhuhu...

      Delete
  7. byk pilihan menu tu...lama tk mkn siput sedut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lebih sedap menyedut kena makan kat rumah... makan kat kedai kena kontrol sket😅

      Delete
  8. Pernah lalu di hadapan kedai ini tapi nampak penuh jadinya tidak singgah. Meriah betul lunch spread nya. Berkenan betul tengok aneka jenis ulam-ulaman. Senang bila banyak makanan telah diletakkan dalam piring yang memudahkan semua. Nanti kena singgah ke sini bila ke Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka bila dah siap² masuk dalam bekas.. jadi takdelah terambik banyak atau tersikit.

      Delete
  9. Siap troli mcm dekat Ikea.. Memang seronok la mengambil lauk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... sekarang banyak juga tempat makan guna troli terutama yang banyak stesen makanan.

      Delete
  10. Kenapalah saya tak tahu tempat ini pas ke Ipoh yaaa 🥹🥹. Teringin balik jadinyaaa... Kalau menu masak lemak, ulam dan belacan, saya memang sukaaaaaa. Tak lirik lain 😅. Daun betik dan daun singkong rebus tuh memang mantaap makan dengan sambal belacan

    ReplyDelete
  11. Menarik kedai ni kak...terliur SA sebab mmg fav siput sedut gak...dapnyaaaaaa

    ReplyDelete