Pages

Sunday, August 23, 2026

Ingin Cuba Toro Fries

Timing visit Wafi 12.30 - 5.30 pm
Sabtu untuk parents pelajar lelaki tapi bolehlah minta kebenaran untuk lawat bila parents datang dari jauh atau ada kekangan waktu.

Dari Kulim ke Sungai Petani 1 jam sahaja dan Wafi belum beritahu nak jumpa jam berapa. Masa tu baru jam 10.30 am. Bila dia call nak jumpa 1.30 pm lepas solat Zohor, adalah masa untuk kami jalan² dulu dalam Amanjaya Mall. Ibu dan Kak Widad datang berdua. Ayah nak temankan tokwan di rumah.

Kawi teringin sushi, belilah 3 ketoi makan dulu.

Nak killing the time kekdah nya jadi kita jalan² je dalam mall. Nampak kiosk Toro Fries. Tak pernah jumpa sebelum ni. 

Singgah sat tengok menu yang ada.
Semata² toro fries yang dibubuh topping.

Tu replika je tapi nampak macam betul.
Saiz tu lah yang akan kita dapat.

Toro Fries ialah hidangan kentang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam. Biasanya disajikan bersama perasa atau sos istimewa yang memberikan rasa lebih menarik.

Bila sampai ginilah saiznya.
Kami ambil Toro Mixed, RM22.40
Cabungan sos cheese, mayonaise dan tomyam.

Macam banyak pulak, bolehlah nanti tapau.

Bila makan, satu..satu.. masuk mulut.
Tekturnya yang ringan, crunchy dan lembut tak sedar kami makan habis.
Ada 12 batang semuanya.

Kalau tengah lapar memang tak boleh jadikan ia makanan utama. 
 

24 comments:

  1. Menarik! Sudah ada cheese and mayonis, ada rasa tomyam pula. Gabungan rasa barat dan timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula rasa berlemak-lemak last sekali rasa masam-masam.. jadi takdelah muak sangat.

      Delete
  2. Replies
    1. Masa mula-mula nengok yang display pun dah rasa.. biar betul panjang gitu.. memang itu saiz yang sebenar.

      Delete
  3. pernah makan jugak..tapi jenama lain la...sekarang dah banyak jual kan menu2 macam ni...ni dah lama x makan sebab SA diet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ada eh.. akak pertama kali jumpa.
      Haaa... SA tak leh makan dah ni... akak pun dah sekali rasa takde lah tertanya-tanya lainkali.

      Delete
  4. benda ni femes kt thailand ..tp kt msia dh rmi juga yg jual...kalo ada food festival slalunya ada tp tk pernh try sbb org beratur pjg..bli yg mix tu dpt rs byk perisa..menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo femes kat Thailand.. haaa betul juga eh.. biasa kat food festival mesti ada makanan pelik cenggini.

      Delete
  5. Sempat juga window shopping ek kat Amanjaya Mall SP sementara tunggu Wafi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Window shopping sebab takyah bayar cuma tu lah... pasti ada yang teringin.

      Delete
  6. Menu yang disukai oleh kawan-kawan sepejabat KSarie ni. Amanjaya Mall SP ni meriah macam mall dekat Lembah Klang ke atau Amanjaya lagi banyak kedai segala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... depa dah biasa makan lah eh.. akak ni pertama kali jumpa.
      Kat SP tak ada mega mall, yang biasa kami pergi Amanjaya Mall, Village Mall dan Central Square. Tak adalah sebesar Central i-City atau Aeon Mall Shah Alam. Namun mall-nya sangat meriah dan kebanyakan kedai-kedai yang ada kat sini, sana pun ada. Cuma jenama high end tak ada lah kat sana.

      Delete
  7. Uishhh panjang nya.. mmg puas la makan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat makan sesaja boleh lah.. nak kenyang tak boleh.

      Delete
  8. Saya pun x pernah pergi lagi kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawak Ifwat & Uzma makan situ. Mesti depa excited tengok hehe

      Delete
  9. Selalu kalau ada karnival kat Lipis ni ada la orang jual toro fries ni. Selalu jugak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ada kat karnival eh.. adehh.. nampak sangat akak tak pi jengok.. Ada je pergi karnival tapi mungkin tak perasan.

      Delete
  10. Besar juga yaaa 😅😄. Tp sukaaa lah makan begini. cuma saya LBH suka polos, tak pakai topping. Kalaupun cicah, sedikit saja pakai sambal botol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa siap tu nengok banyak betul topping nya.. tapi bila makan rasa cukup. Macam makan fries eh, cicah sos pun dah sedap.

      Delete
  11. Ni yang viral tu ke? x penah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak remaja suka lah try makanan gini.

      Delete
  12. Dia punya display macam yang real je. Boleh tahan juga harganya tu. Tapi kalau lapar baru habis makan. Kalau kenyang tu mungkin lambat sikit habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. yang display tu real size.
      Harga tu termasuk packaging hehe.. tu yang jadi mahal.

      Delete