2 hari sebelum kami ke Kedah, Wafi ada senaraikan makanan yang dia nak juga kudap²an dalam dorm. Kudap²an ibu dah beli siap² petang Jumaat sebelum bertolak.
Jadi sebelum jumpa Wafi kami beli makanan dia kat Amanjaya Mall dan Tapak Pasar Taman Ria.
Kak Widad lapar sebab tak ambil breakfast rumah makngah. Dia makan 2 ketul sushi bagi kat ibu satu.Lepas belikan Wafi Spagheti Carbonara di Pasta Port singgah beli Zus Matcha Latte.
Kemudian terus ke arah sekolah Wafi singgah Tapak Pasar Taman Ria. Kak Widad kata nak tengok² makanan viral apa yang dijual.
5 pasang RM6
Tak sempat rasa pun, budak² berdua ni cakap sedap. Wafi kata dah lama teringin.
Tauhu Crispy pun beli tapi yang kat Sungai Rasah lagi sedap. Selain diberi sambal kicap, tauhu tu pun boleh minta salut dengan serbuk seperti paprika, cheese, BBQ dsb.
Ibu belikan kambing panggang RM12, nak makan dengan nasi lemak yang makngah belikan. Budak² ni makan cam tu je.
Sea Salt Cheesecake ni tak mencapai standard Kak Widad. Viral juga katanya. Patut kaler biru tapi tak tau ngape jadi hijau dalam gambar.
Masa kami sampai ramai juga pelanggannya. Ada yang sedang menunggu soft cookies.
Complete request dia sampai dinner. Untuk dinner Wafi soh beli apa² tapi tak nak nasi². Ibu belikan Ramen Spicy Chicken.
Malam dia bagitau ramen tu pedas betul. Tak boleh habis, dia share dengan kawan.











Makanan anak-anak sekarang ya, kak. Taman Ria tu, bukan dekat Sungai Petani ke? Dulu zaman saya sekolah Aloq Setaq, selalu juga pi SP, sebab melawat kakak sulung saya waktu itu, sekolah sultan mohamad jiwa.
ReplyDeleteHaa betul lah tu, SP 😁. Wahhh kakak alumni senior tu.
DeleteSiapa Najlaa? Sama pulak macam nama anak bertuah saya yang seorang tue.
ReplyDeleteWahhh.. nama sama..
DeleteNajlaa batchmate dia... kebetulan duduk area rumah. Mak dia ada kirim nota rujukan. Tu yang belikan sekali makanan.
Taman Ria rasanya macam taman pakcik Linda, tak pernah sampai lagi..sebab selalu pakcik ja balik kampung.. hihi..
ReplyDeleteYang sea salt cheese cake tu, mula² Linda ingatkan bingka pandan.. hahahah.
Taman tengah bandar tu.
DeleteHaaa.. ye lah... hijau macam bingka pandan.
Banyaknya makanan macam2 jenis ada tu.
ReplyDeleteIbu yang rambang mata hehe
DeleteBahaya betul sampai sini pada waktu yang salah. Lagi scroll lagi telan air liur dibuatnya. Tauhu crispy tu trending sekarang. Belum sempat membeli lagi.
ReplyDeleteKalau FOMO kena cari tu hehe
Deletebanyak betul list wafi ye..dari kudapan sampai ke dinner lengkap hehe
ReplyDeletesekali sekala ibu datang kan
Ambil kesempatan hehe
DeleteMeriah menu wafi tu... Mcm2 ada
ReplyDeleteSesekali boleh lah ibu layankan.
DeleteSedap-sedap pilihan menunya. Suka tengok kambing panggang tu.
ReplyDeleteMasa buka kotak terkejut gak napa kaler dia tak hitam. Sekali rasa semua bagi cap jempol😆
DeleteWahhhhh menggoda semua makanannya lagi-lagi daging bakar
ReplyDeleteTak berempah sangat tu yang macam agak premium rasanya.
DeleteSaya yg lihat ikut lapar 😍😍😍. Kue Cara crispy tuh nampak sedap sangat 😍. Dah lamaaa tak makan kue ini.
ReplyDeleteRamen spicy jadi penasaran nak coba. Kalau pedas sangat, memang saya suka pasti 😄
Pedasnya bikin bibir terbakar 😅
Delete