Pages

Sunday, August 2, 2026

Makan Tengahari Di Kafe Olla, Janda Baik

Dalam perjalanan balik dari Kuantan ayah suggest singgah makan di Kafe Olla yang terletak di Janda Baik.


Kafe ni kat tepi jalan besar Kampung Sum-sum Hulu.

Masa kami sampai belum jam 12.30 tengahari dan banyak lauk panas baru dikeluarkan.

Rambang mata dibuatnya.

Kalau jumpa kerabu/urap memang ibu akan ambil. Yang lain tu watak sampingan 😃

Ikan Talapia Goreng.
Kita pesan baru mereka goreng jadi dapat panas-panas. Cuma pekerja dah bagitau kena tunggu dalam 15-20 minit. Sedap ikan talapia ni, takde bau seperti ikan ternak air tawar. Dihidangkan sekali dengan sambal kicap dan semangkuk kecil kuah tempoyak. 

Pilih lauk ni sebab teracun dengan Datin Shahidah, isteri Dato Alif Syukri yang kerap datang makan kat kedai ni.

Patin Tempoyak pun dapat panas-panas. Sampai sekali dengan ikan goreng. 

Kak Widad ambil paru sepinggan kecil tapi dah makan dulu, sedap katanya.
Harga makanan & minuman RM68.50

Masa ni macam nak hujan, mula tu ayah suggest nak duduk kat luar. Masa kami makan, hujan turun dengan lebat. Sejuk je suasana keliling kedai makan ni.
 

20 comments:

  1. Replies
    1. Haa sedap.. garing di luar namun isi dalam lembut.

      Delete
  2. Banyaknya pilihan lauk. Memang rambang mata dibuatnya. Lagi sedap tu dapat makan ikan talapia goreng panas-panas. Kena menunggu kejap pun takpelah kan. Garing-garing tu syok makan takde bau. Dapat pulak sambal kicap.
    Berselera makan. Boleh masuk dalam list ni. Tempat pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talapia nya memang best, signature dish kat situ.
      Boleh singgah kalau gi Janda Baik. Tempatnya ke depan lagi setelah jumpa resort-resort peranginan.

      Delete
  3. Semuanya sedaaaap 😍😍😍. Kalau menunya banyaak begitu, memang bingung nak pilih 😅😅. Macam ingin coba banyak. Patin tempoyak tuh terbayanglah sedapnya 🤤. Ikan tilapia goreng pun, buat drooling saya suka kalau digoreng sampai crispy begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh semua nak dicuba... tapi akhirnya makan yang biasa makan sahaja.

      Delete
  4. sedapnya talapia goreng panas-panas gitu dik :) berbaloi juga harga makanan banyak gitu sebab baru-baru ni kak ana makan nasi campur lauk ikan keli dan ikan kembung serta sayur dan paru bersama ais kosong berdua dah Rm 32 , terkejut juga lah hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaakkkkkk.... tu yang orang kata peniaga nak pergi haji balik hari huhu

      Delete
  5. Kalau lauk banyak pilihan mcm tu, mau Linda tak makan nasi.. makan lauk je

    ReplyDelete
  6. Ok masuk list boleh try nanti 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... ulang alik Kuantan-Putrajaya sesekali boleh divert ke Janda Baik.

      Delete
  7. Waduhhhh sedapnya pilihan lauk pauk. Memang akan rambang mata ye sebab semuanya nampak sedap belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang awal jadi pilihan lauknya banyak dan panas².

      Delete
  8. Banyak pilihan lauk kedainya. Best kalau ikan goreng panas². Memang seleralah makan. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. masing² selera makan bila dapat lauk panas. Ikan gorengnya memang terbaiklah.

      Delete
  9. Masa yang sesuai untuk menikmati masakan panas memang kena datang awal. Masa tu lauk-pauk pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju².. tambahan dah sampai waktu makan.

      Delete
  10. Sedap tgk smua lauk tu.. Kita pn br mkn ikan patin time holiday aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... gi Kuantan juga eh... dah reveal ya tempat holiday tu. Akak belum BW lagi.

      Delete