Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera. Bersama kita melangkah maju, dengan penuh semangat dan cinta kepada tanah air.
Pagi ni ibu prepare breakfast awal sikit. Tak ke mana sebab nak tengok Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026.
- Nasi Goreng
- Telur Mata
- Keladi Goreng
- Lempeng
- Sambal Tumis Ikan Bilis
Ibu rasa sebak sikit bila Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris yang mengetuai pertunjukan udara TUDM berucap sebelum memulakan formasi.
Biar darah, keringat dan jiwa menjadi taruhan, Malaysia tetap kami pertahankan.
Terima kasih buat semua pejuang barisan hadapan yang memastikan keselamatan negara menjadi keutamaan.
Tahun² sebelum ni kami menyambut ambang Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor di Dataran Shah Alam. Tahun ini diadakan di Stadium Kajang... tak ada lah nak pergi sebab rasa jauh lagi pun tak tau keadaan kat sana. Kalau kat Shah Alam tau lah ceruk mana nak duduk sebab laluan lebih open dan ada padang dan skrin besar andai tak dapat spot area astaka.
Hari ni ibu nak rehat² je kat rumah layan lagu² kemerdekaan 🥰🇲🇾



salam kemerdekaan yang ke 69 tahun
ReplyDeleteSalam merdeka dan selamat bercuti juga buat MT.
DeleteBanyak pilihan sarapan akak masak. 😋 Salam Hari Merdeka, kak.
ReplyDeleteBiar kenyang semua.. lunch ibu takmo masak😅
DeleteSalam merdeka dan selamat bercuti Tot🥰
Selamat hari merdeka sista... aha saya pun tgk live kat hp je sambil cuci baju kat dobi 🤣🤣 eh sama la masa dengar panglima tu berucap mcm syahdu je kan
ReplyDeleteTu lah kan.. tak tau pasaipa.. kedengaran ikhlas sangat ucapannya.
Deleteselamat hari merdeka Rawiwa. akak br je nak buat semula blog ni haaah.
ReplyDeleteJangan lama sangat menyepi kak.. kami dah rindu Afghanistan🥰
DeleteSelamat merayakan hari kemerdekaan kak 🎉🎉🎉🎉. Tak libur k JKT kah.. lagi ramai turis Malaysia di sini. Kemarin makan di restoran dalam mall Grand Indonesia, bisa saya pastikan majority Malaysians yg sedang libur long weekend 😄👍
ReplyDeleteTerima kasih Fanny🥰
DeleteLong weekend terutama orang Selangor tapi kakak tak boleh liburan jauh sangat sebab Wafi esok sudah mula online class.
Selamat Hari Merdeka!
ReplyDeleteSamalah kita, lepak depan tv je semalam. Perarakan Merdeka tu wajiblah tengok kan...
Wajib... rasa kosong pulak kalau terlepas.
DeleteSelamat Hari Merdeka ke 69!
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka juga buat Cie. Habis dah cuti ya.
DeleteSalam kemerdekaan kak..SA masa ni lepak je kat rumah kepenatan...
ReplyDeleteLepak² lah ya lepas seharian gi Melaka.
DeleteSemangat kan kita nak tengok perbarisan pagi-pagi Hari Merdeka. Semangat tu lain macam.
ReplyDeleteWalaupun sudah berlalu. Tetaplah nak ucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka Malaysia. Semoga Malaysia terus aman makmur hidup aman sejahtera harmoni berbilang kaum dan bangsa. Aamiin..
Aamiin YRA🥰
DeleteMantap breakfast nya. Sajak betul menjadi peneman semasa tengok perbarisan Hari Kemerdekaan
ReplyDeleteMasak banyak supaya tidak perlu ke dapur lagi😊
DeleteSalam Merdeka. Moga negara kita terus aman dan makmur. Dari tempoh 446 tahun perjuangan baru 69 tahun usia negara kita..
ReplyDeleteAamiin YRA.
Deleteoo 446 tahun perjuangan ye... adehhhh.... lupa sejarah dah.