Pages

Tuesday, August 6, 2013

OTW balik beraya

Tahun ni kami beraya di Kulim.
Jangkanya malam tadi gerak ke Tapah, tapi dek kerja yang tetiba muncul terpaksa lah tunda.
Sepatutnya hari ni ibu cuti tapi terpaksa datang juga ofis. 
Alhamdulillah, kerja siap dan bolehlah kerja 1/2 hari sahaja.

Barang dah siap pack. Masing2 pack sendiri kecuali baju2 raya ibu siapkan.
Dah masing2 pack sendiri adallah pulak yang tertinggal kopiah lah grrrr.....

Gerak jam 2 tadi singgah jap rumah atuk.
Sampai Tapah jam 4 lebih. Alhamdulillah, trafik sangat lancar.
Wafi conquer lah ride tu since Isyraf & kakak Izzatun belum balik dari shopping kat Teluk Intan.
Hamboiiiii sakan depa yer.

 Wafi yang sibuk dok tanya bila nak balik kampung.

Nak jumpa atuk wan katanya.

Insyaallah esok pagi2 akan meneruskan perjalanan ke Kulim.
Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan kami.
Amin....

Saturday, August 3, 2013

Resepi dari blog untuk Iftar

Ramadhan ni nak berblog pun tak berapa sempat.
Laju2 je lah taip hehe...
Sepanjang bulan puasa ni masih sempat lagi memasak untuk anak2 walau sampai rumah menginjak jam 6.10 pm.
Bulan puasa ni balik macam biasa tapi terpaksa melalui bazar ramadhan dan pelajar sekolah yang pulang jam 5.30.
Tak termasuk pekerja2 dari arah Klang, Shah Alam atau KL yang pulang lebih awal.
Sabar jer lahhh...

Sampai rumah gegas ke dapur. Masak pun simple2 jer dapat 2 lauk satu sayur dah cukup untuk anak2.
Dah terbiasa makan nasi. Kuih muih ayah jer rajin membeli. Tu pun tak banyak sebab ayah jer makan. Kami tukang cuit2 jer.

Setakat ni 2 kali jer beli lauk siap sebab keje lewat dan satu lagi lupa nak turunkan lauk mentah dari freezer.
Buka kat luar bukan pilihan. Setiap hujung minggu buka kat rumah atuk. 

Masa cuti je lah buat kuih sendiri. Tu pun yang penah dicuba. Tak rajin pulak nak mencuba resepi baru.
Antaranya yang sempat disnap:-

Puding tembikai. Ni dari blog CA.

Cara Berlauk dari blog yang sama. Sangat recommended.
Haritu adik beli cara berlauk dari bazar ramadhan.... uhhhhh sangat x best dan tak lembut macam ni. ai tell u.
Cik Wada cakap ibu punya mewah dengan isi.

Ayam Panggang dari dapur mamasya nun di kaherah. (jumpa blog ni dari blog CA).

Talam Sagu dari dapur Kak Ummi
.
Baked Macaroni, juga dari dapur mamasya.

Air jagung dari dapur Kak Ita. Kalau tengok gambar sini memang tak best la walau rasa sedap sangat tapi tengok dari Kak Ita punya blog memang sangat menggoda.

Gambar malas nak adjust. Entah napa asal transfer gambar jer terbalik2 :(

Wednesday, July 24, 2013

Ibu, ummi pesan....

Sebelum ni kan bila pagi Wafi nak singgah kedai Bismi.
Sebab... dia nak beli air soya.
Ok lahhh ibu belikan sebab Wafi nak kuih karipap juga.

Beberapa hari plak tu dia nampak air upin-upin yang berperisa anggur, laici, epal.
Rotate lah flavour yang dia nak.
Hinggakan suatu hari Wafi muntahkan air tu kat school dan ummi pesan
Wafi tak boleh beli air upin-ipin lagi.

The next day nya memang dia tak mau dah. Ingat pesan ummi.

Sampai suatu petang tu masuk dalam kereta, Wafi buka beg dan tunjukkan sebotol Yakult.

Sebotol jerrr... huhu... ibu pun nak.
Wafi cakap tadi ada orang datang, bagi Yakult pada semua kawan2.
Wahhhh promote plak.

Wafi cakap, ummi pesan beli Yakult, upin-ipin tak boleh.
Haaaa baguslah macam tu.
Hamboiiii.... asal ummi cakap ok jer.. kalau ibu cakap kadang-kadang tak nak dengar.

Ini saya punya sorang tau.

 Ibu tak boleh.

Tak terkata sedapnya.
Bagus susu kultur ni.

 Nanti ibu beli tau!!!!

Monday, July 22, 2013

♪ Tanya sama pokok ♫

♪♫Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama angin apa sebab goncang
Nanti jawab angin tanyalah awan

Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair

Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang
♪♫

Sunday, July 14, 2013

Gelagat anak-anak kecil



  
 
  
 

Gambar2 ni masa xtvt makan2 sebelum Ramadhan minggu lepas.
Semua ni cousin Wafi.

Saturday, July 13, 2013

Makaroni Bakar - Iftar hari ke-4

Alhamdulillah.... hari ni 4 Ramadhan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih sempurna.
Hari ni hujan sejak tengahari. Sejuk. Best. Ibu keja 1/2 day tadi. Uruskan beberapa benda dan beli sedikit groceries. Ambik Wafi pun dah jam 3 pm.
Balik2 hujan lebat dengan angin kuat.
Tidur lah apa lagi :)
Sedar2 sudah jam 5 hehe..., nak ke dapur lagi.
Ingatkan nak masak lauk kari ayam, tapi buat makaroni bakar pun ambik masa. Salah budget time huhu..

Hari cuti memang akan buka di rumah atuk. Juga masa iftar hari pertama.


Resepi pasta ni ibu ambik dari dapur mamasya. Tq atas resepi yang syedapppp...
Bahan2 senang dan cara masak pun mudah. Tapi ibu buat double dari resepi asal sebab rakyat ramai dan ibu malas nak simpan lebihan makaroni kering tu sebab nanti tak tau bila nak buat lagi.
Dapat 2 loyang tapi tak ambik gambar lepas potong sebab sibuk dengan aktiviti makan :)

Baked Pasta 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang 
Oleh: Dapurmamasya 

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan 
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain 
150 g minced beef/chicken - guna beef 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya 
sedikit sos cili 
sedikit sos tomato 
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato 
1 sudu besar mentega 

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan 
2 cawan susu segar 
1 sudu besar mentega 
sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju 
sedikit garam dan gula 
lain-lain : keju parut dan oregano 

Cara-cara : 
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api. 
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka. 

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. 
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih. 
Taburkan keju parut dan oregano. 
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt 
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 
nota dapur mamasya
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus masuk dlm susu. 




Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Semoga amalan kami sentiasa diberkatiNya.
Amin....