Pages

Thursday, October 3, 2013

Majlis Kesyukuran di rumah Cik Baya

Sempena Cik Baya dan Pakcik Man juga Alya duduk rumah baru kat 'kebun atuk', maka kami adik beradik pakat2 buat potluck Sabtu last week.
Solat maghrib, baca Yassin, Tahil, Isyak juga solat Hajat.

Tauhu sumbat ayam dari Cik Elis.
Tempe dan tembikai, tuan rumah.

Rebung dan cendawan goreng dari Cik Nora.

Mi kari Power maktok dan Big Apple dari Cik Esah.

Ibu bawak baked macaroni.
Sate Willie, Kajang mari dari Cik Ami.

Lemak cili api ayam kampung dari nenek.
Again, nasi goreng tuan rumah.
Lupa nak snap Cik Ana bawak bihun sup daging.


Cik Cha jaga pintu. Takut anak2 lari keluar.

Wak Man imam pada hari tersebut.
Berbaju maroon, suami ibu Alya i.e pengasuh.

Nenek tudung ntah ke mana. Cik Baya bawak sambal tempe.
Semua komplen, tempe goreng pucat. Cik Baya tak pass lagi masak. Cuba lagi.

Tak sesabor Cik Ami.

Juga ada surprise cake tu Cik Amir sempena hari kelahiran yang ke-29.

Adoiiii... budak2 berebut gadget.


Photo of the day, Kawi & Arissa.
Cik Elis ingat patung. haihhhhh anak sendiri pun tak sedor kena uli dek Kak Widad.

Saturday, September 21, 2013

Perabot murah2


Ofis ibu ada buat clearance sale perabot2 ofis.
Kira staf kena bid jugak lah.
Kerusi atas tu ibu beli dengan harga RM4.
Meja (console) tu RM2.
Ada lagi 2 biji typist table, 5 kerusi dan 2 pegion hole.
Semua sekali RM36.
Berbaloi2. Kat kedai perabot second hand pun tak dapat.
\
Itupun mula ibu ambik 4 perabot yang small size sebab bawak dengan Cik Nazaria jer.
Bila ayah datang dengan Cik Exorina barulah tambah yang lain.
Tak baloi nak bayar lori angkut sebab member caj RM30.
Haha... bukan kedekut tapi significant la kan...

Monday, September 16, 2013

Sate Goreng/Panggang

Hari ni cuti umum, Hari Malaysia.
Duduk rumah jer, relax n relax.
Breakfast pun ayah beli jer since ibu dok sibuk dengan house chores.
ehhhh.... kata nak relax huhu...

Dalam kepala memang teringin nak buat sate bakar, dah print resepi.
Tapi daging tak beli lagi dengan Wafi yang dok merengek dan mengempeng jer.
Jam 12.30 baru sibuk nak ke NSK, beli bahan mentah.

1.50 baru siap untuk memerap daging yang memerlukan 2 jam baru boleh dimasak.
Kuah kacang ibu panaskan jer, baki dari majlis makan2 kat kilang Khamis lepas.
Nasi impit dah rebus awal tapi kejadiannya tak menggembirakan sebab sukatan tak betul.
Alaaa.... selalu beli yang segera, ni pack sendiri, tu yang 'terlembut'.

Sayur lodeh pun dah siap, sambil2 tu ibu bersihkan stok lauk mentah untuk seminggu.

Ibu buat dua version, satu yang panggang dan satu lagi goreng seperti dalam resepi.
Resepi ibu ambil dari Dapur Azie.


Dah siap tapi lewatlah makan, dalam pukul 4.00 huhu...
Kesian Bami, dok asyik menyebut bila nak makan, bila nak makan.

Makan juga dengan kuah lodeh.
Tak sempat nak potong bawang dan timun.

ermmm.... sedap..
Alhamdulillah.

Sunday, September 15, 2013

Pavillion-Starhill-Pasar Seni

Sempena cuti 3 hari decide hari Sabtu, semalam untuk jalan2 ke KL sahaja. Cuci mata jer pun.
Banyak tempat dicadangkan tapi bila faktor masa, wang dan fasiliti difikirkan maka KL lah jadi pilihan. 
hahaha... orang KL pun tak heran Pavi, Starhill dan Pasar Seni!

Kali ni Kawi ajak second cousin, Khalisya.
Maka banyak lah gambar2 dua remaja ni.
Pakaian berdua ni Kawi lah yang decide. Tudung semua Kawi yang match kan.

 Bawak kereta dan naik LRT di Kelana Jaya.

Since kita jalan2 cuci mata dan Wafi pun baru kebah dari demam, maka stroller adalah perlu.
Karang tetiba dia nak berdukung.. haaaa sapa yang larat.

Sampai di stesen LRT Pasar Seni, kami naik bas pelancong yang disediakan dan ia adalah percuma. Certain area jer cover pun.

Sampai di Pavillion, bergambar dulu di air pancut yang jadi tempat tumpuan.

 Suasana kemerdekaan yang ke 56 masih terasa dengan adanya jalur gemilang.

 Wafi yang merajuk bila kakak tak bagi ambil gambar.

Bila Lisa ada, takdelah Kawi dan Bami nak berkelahi.

 Dulu laluan ayah ke tempat kerja.

 Ni depan Starhill.

 Ramai gak tourist.

Ambik aura jer.

 Masa kami sampai dalam jam 11 lebih tak ramai sangat orang.

 Nak buat gambar profile katanya.

Level 6, ada Japanese Walk. Diorang tengah buat origami tapi belum open tu public. Jam 12 baru ready.

 Antara sculpture yang ada.

 Antara kedai2 yang ada. Daiso kat sini tak sebesar Setia City Mall.

Lunch kat food court. Pilihan 2 remaja ni sizzling mee. Banyak choice tapi takde yang menarik selera ibu.

Untuk Wafi, nasi + telur mata kerbau + sosej RM5, gulppppp!!

Kawi dah aim hp Samsung. Tunggulah ibu upgrade hp ibu dulu :)

 hahaha.... ambik gambar kat pintu kedai jer. Nak masuk pun tak berani.

ihhhhh.... ada jer kepala Bami.

Lepas solat Zuhur tu kami jalan ke Starhill pulak. Sekejap jer pun sebab orang dah ramai pulak.
Kemudian ambil bas ke Pasar Seni pula.

 Crowded juga kat sini.

Tempat yang nak dituju, Dr Fish. RM10 untuk 15 minit.
Ibu tak nak masuk sebab masih terasa2 ikan tu gigit2 kaki.

Kawi dan Lisa relax jer.


ooooo.... barulah tau camner lukisan dan gambar dalam botol yang diorang buat tu.
Rumit gak.


Putu Bambu Tradisi ni Kawi yang beli gerai tepi CM, RM2.80/5 pcs. Sedappp...

 Minum petang sebelum pulang. Restoran kat tepi Central Market ni.


Bye.... jumpa lagi!