Pages

Monday, June 30, 2014

Racun menghalau semut

Bagi rumah yang ada masalah semut, boleh mencuba racun penghalau semut macam gambar di atas.
Dalamnya berbentuk serbuk kekuningan.
Taburkan di laluan atau lubang semut.
Boleh digunakan untuk pelbagai jenis semut (seperti pengalaman ibu).
Insya allah semut akan cabut lari.
Boleh didapati di kedai2 hardware atau kedai2 runcit.
Harga mungkin berbeza tapi dalam RM1 jer.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Kareem



Salam Ramadhan.
Semoga ibadah yang kita jalani sepanjang bulan puasa ini akan diberkati olehNya.
Juga anak2 ibu yang berpuasa dapat melaksanakannya dengan sabar.
Aaminnn.....

Wednesday, June 25, 2014

Kesalahan2 Dalam Menutup Aurat

Copy n paste.
Tak dapat nak buat link sebab copy dari FB.
Buat tatapan dan panduan kita semua.

Tuesday, June 24, 2014

Cara melipat stokin


Makan2 di ofis


Ni acara brekfes di department ibu.
Sesaja potluck sebelum ramadhan.
Ada yang rajin memasak, ada yang gigih menempah juga tak kurang gigih ke pasar pagi hihi...
Makan di pantry jer.
Pilih dan jamu..
Puding roti dan roti sosej.
Nasi lemak, kuetiau goreng, cucur udang, karipap & pisang goreng.
Bihun singapore pun ada.

Tauhu telur... sambal sotong dan sambal tumis tu ibu buat, nasi lemak orang lain sediakan.
  
Juga spageti...

Hingga jumpa makan hari raya nanti :)

Monday, June 23, 2014

GST



GST ooo GST....
Bulan ni penuh dengan training GST.
Last 2 weeks di Kastam, Port Klang.
Minggu ni di The Royale Chulan.

Hurmmm... HR pulun nak kasi setel sebelum puasa.
Lebih ramai staff dari various department kena attend.
Yang tak tahan tu hari Jumaat :'(
errr.... ada shopping complex tak yang dekat2 hihi...

Saturday, June 21, 2014

Goodie Box

Ini lah goodie box yang ibu sediakan untuk kawan2 Wafi di sekolah.

Nak beli tupperware, kat rumah pun takde buat koleksi... tipuware jelah.
Beli di Mydin, Subang Jaya. Sebab beli dengan harga borong, dapatlah sebiji RM1.40
Beli pun tak banyak, cukup untuk kawan2 Wafi jer, juga Ain and the geng.
Cousin yang lain tak dapat... hehehe... jangan marah... lenkali yek (ntah bila lah)

Print jer nama... tiap2 tahun sama jer cuma tukar tarikh dan gambar.
Dalam isi jajan dalam 4 jenis jer.. tahun ni takde air kotak sebab budget tak boleh lebih.
Lebih praktikal kan.

Bila ibu ambik Wafi dari skul adalah nampak beberapa bekas siap nama..
kan..... boleh digunakan.

Biasanya, bila anak2 syurga ni sampai ke sekolah, cikgu2 gigih menulis bekas makanan mereka, walaupun plastik yang berisi makanan beli di gerai2.