Pages

Thursday, March 28, 2019

2D 1N Evo Soho, Bangi

23 & 24.03.2019 memang dah plan untuk geder2 sambut birthday Mar 19.
8 orang sambut.. ayah, cik elis, cik baya, cik ana, cik hannis, adam, alya dan arissa.

Kami bertolak selepas ambil kakak Widad dari kelas tambahan jam 1 pm.

Sampai lebih kurang jam 3 pm.. tunggu ambil kunci dari petugas yang ambil masa๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Double storey kondo. Atas ni main bedroom yang besar. Gegirl semua tidur sini.
Tingkat satu ada ruang tamu, bilik tidur 2 dan dapur. Luas kondo ni.

Pemandangan dari bilik di tingkat 23.

 Kolam di bawah t7.

 Dapur ni betul2 mengadap tangga untuk ke tingkat atas.

 Solat isya berjemaah.

 Tahlil keluarga.

 Juadah secara potluck. Ibu bawa nasi impit, sambal sotong, ayam masak lemak cili padi. Cik Ana bawakkan spegheti, cik Elis bawa olio aglio dan Cik Baya bawak pisang goreng dan tumis betik (nenek yang masak)๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 Upacara potong kek. Gawat sebab wish tiap sorang.. jenuh 8 orang.. saje seronok2.

 Ehhhh... ada lagi pic tahlil... luas atas ni.. haiii... masing2 cari tempat bersandar ke tu๐Ÿ˜€

 Upacara buka hadiah... pitammmm beli untuk mereka๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

 Esoknya sambung mandi.

 Tak puas ke korang mandi.
Ibu tak join sebab cuaca panas kan masa tu.. takde rasa nak mandi. Lagipun pagi tu selsema plak.

Sebelum check out. Oh ya... Cik Ami tak bermalam. Datang malam pagi since duduk di Kajang je. Dapatlah anak2 buah mandi kolam bersama cousin yang lain.

Alhamdulillah.. percutian ringkas bersama keluarga tercinta.

Thursday, March 21, 2019

Wafi wafi๐Ÿ˜

Wafi ni memang macam-macam lah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Jangan jawab periksa tulis macam tu sudah.

Sunday, March 10, 2019

SAHTK Mac 2019

Sempena Hari Wanita Sedunia, tema kali ni pink atau purple.

Kali ibu sorang je join sebab ayah kena hantar Wafi latihan nasyid sementara Kawi nak buat revision, esok ada exam.

Jadi ibu tumpang Cik Ujang je.

 Grup photo pagi ni.. cik elis n gang tak sampai lagi.. bangun lambat๐Ÿ˜‚

Ibu lari dan jalan sorang2.. alhamdulillah.
 Cuaca pagi ni sangat baik.. sedikit nyaman sebab semalam hujan. Kalau bulan lepas.. masyaallah... bahang terasa.

 Mainlah tingting ni.. dapatlah souvenir๐Ÿ˜

 Hadiah boleh pilih.. ibu ambik buku nota MBSA.
Kali ni banyak pitstop yang menyediakan hadiah.. orang pun tak ramai.. kita pulun join.. saje suka2.

 Muka sememeh.. walk n run 7km. Dapatlah minum 100+
Nyaman..

 Ni minta sorang adik ni ambikkan gambar sebab nak post di FB dan kena tag #shahalamharitanpakenderaan.
Dapatlah tumbler nak bagi Wafi๐Ÿ˜˜

Selepas tu buat health screening yang dijalankan oleh KPJ Selangor.

Mula2 check BMI, BP dan kemudian glukos dan kolestrol.

Lambatlah sket join piknik Dhuha.

 Ada Farah Deeba (pengacara), Fazlina (penulis buku) dan bonda En. Mohd Shukor (penceramah motivasi)

 Grup foto dengan ahli panel.

Last photo๐Ÿ˜๐Ÿ˜

 I love you katanya.. awww.. so suweet.

Dapat jawab soalan dan dapat bunga untuk isteri tersayang dengan ucapan yang romantik.. awww

Kali ni awal gerak balik.. 10.15 am
Sampai rumah rehat kejap dan keluar gi beli barang untuk masak lunch. Lepas tu sambung rehat dan tido sampai jam 2 pm๐Ÿ˜

Makanan ibu tengahari ni.. try eatclean.. selepas ujian kesihatan yang tidak memberangsangkan.

BMI overweight... so kena kurangkan 1kg untuk dapatkan berat ideal/normal. Target kurangkan at least 5kg๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข #prayforme

Tekanan darah BP dan glukos normal.

Kolestrol tinggi๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
5.8 sedangkan yang paling baik 0 - 5.2
Yang ni kena ambil langkah serius untuk kurangkan.
Antara satu akibat boleh menyebabkan saluran jantung blockage huhu...
Ai is takut...
Ok... chaiyokkkkk... mari cuba amalkan pemakanan yang sihat dan senaman berkala (yg ni macam krik krik.
Insyaallah.
๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿƒ‍♀️๐Ÿ’ƒ



Thursday, March 7, 2019

Membuat penama KWSP di cawangan Kuala Selangor

Selepas selesai program di sekolah Kawi, memang dah merancang untuk ke Kumpulan.Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cadangnya hendak ke cawangan Klang atau Shah Alam. Masalah kalau ke Klang akan banyak kenderaan dan jem sana sini. Jika ke Shah Alam pula mesti ada masalah parking sebB pernah ke sana tahun lepas, 3 kali pusing tak dapat parking.. ayah dah give up dan dah tengahari.. panas pula ๐Ÿ˜†

Google pula ke cawangan Kuala Selangor.. ehh.. jarak lebih kurang dan yang pasti perjalanan mesti smooth.

Yayyy... betul telahan kami.. dalam 10 lebih dah sanpai.. parking heaven... depan EPF tu je๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

 Tunggu giliran.

Cara2 isi penama
1. Jika dah ada EPF-i, buat dulu. Pegawai akan bantu.

2. Isi borang penama dalam sistem.

3. Pastikan siapa orang yang kita nak letak nama dan %. Sebelum itu, pastikan ada nombor kad pengenalan penama.

4. Dinasihatkan penama itu berumur 18 tahun ke atas. Dia yang akan menguruskan pembahagian untuk orang yang belum cukup umur. Jika pencarum letak penama di bawah umur dan  pencarum mati maka duit caruman akan diurus oleh Amanahraya sehingga penama itu cukup umur 18 tahun. Ini akan mengambil masa untuk diurus.

5. Setelah penama dipastikan betul, save dan print.

6. Jangan lupa logout๐Ÿ˜€

7. Ambil nombor dan tunggu panggilan kaunter.

8. Pegawai kaunter akan masukkan data dan akan print out butiran. Oh ya... sebelum tu kad pengenalan juga kena serah.

9. Penama pastikan betul, tandatangan dan cop jari kiri dan kanan.

10. Tunggu borang diproses dan boleh check dalam EPF-i.

 2 orang sahaja di kaunter.
Perkhidmatan yang sangat memuaskan.

Belakang tu kakak2 yang baru masuk. Ada pegawai yang akan beri tunjuk ajar.

Alhamdulillah. Selesai segala urusan dalam masa 30 minit.

KWSP Kuala Selangor wajar diberi pujian 5 bintang.

Saturday, March 2, 2019

Kacang kuda bercili

Resepi ni dari FB MAHN.
Ada sikit kelainan sebab biasa buat perasa kari.

Kacang kuda bercili
Bahan-bahan
1. 250g kacang kuda
2. 1/4 gula melaka/ kabung
3. 1 SB gula putih
4. Garam secukup rasa
5. 1-2 SB cili blend
6. Minyak untuk menumis
7. 3 tsngkai daun kari

Cara-cara
1. Rebus kacang kuda (noxxa 1 jam suku). Kalau tiada noxxa kena rendam 6 jam dan rebus hingga empuk)
2. Masukkan juga 1 ST garam
3. Toskan bila dah betul2 empuk
4. Panaskan minyak.
5. Masukkan cili blend.. bila dah agak masak.. masukkan daun kari dan kacau rata
6. Masukkan gula melaka, gula putih dan garam
7. Rasakan.. pastikan rasa manis gula baru pedas
8. Masukkan kacang kuda dan gaul sehingga benar-benar rata.
9. Angkat dan boleh dihidang

Tuesday, February 26, 2019

Hari Penetapan Sasaran/Akujanji SPM 2019

Kali ni hasrat untuk mengikuti program anak2 disekolah tertunai.
Ye lah.. masa Bami dia tak bagitau pun tentang program2 sekolah. Semua nak buat sendiri.. ibu agak kecewa๐Ÿ˜Ÿ

Bila Kawi bagi surat terus ibu log the date.. ayah pun sama.

Walaupun Kawi bukan disasarkan sebagai pelajar sasaran untuk memperolehi keputusan cemerlang... ibu percaya Kawi mempunyai target tersendiri.

Seawal jam 8.30 dah sampai. Kehadiran ibu bapa sangat kurang. Mungkin hari bekerja.

 Selepas selesai akujanji di depan ibu... bapa tukang ambil gambar.

 Sebak.

Waktu ni tersangatlah mengantuknya.. nampak macam fokus tapi mata terpejam๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jam 9.45 am dah setel semua.
1. Penetapan sasaran
2. Akujanji yang mana keputusan peperiksaan lepas dan target yang pelajar nak capai.
Selepas itu pelajar bacakan akujanji di depan ibu bapa dan guru.

Anak2 masuk kelas sambung belajar.
Ibu bapa bol

Sunday, February 10, 2019

SAHTK - Febuari 2019

Bertemakan warna merah sempena Tahun Baru Cina.

Seawal jam 7 am dah sampai dan dimulakan dengan senamrobik.

Flag off sebelum jam 7.30 am
Seperti biasa bila tiada tshirt disediakan peserta agak kurang. Mungkin juga sebab cuti panjang ramai yang balik kampung atau bercuti2 ๐Ÿ˜€

Stop sekejap di booth acik Safiyah.

Masa ni Wafi masih senyum tapi bila dah mula fun walk, geng bawang takde mulalah muka petak๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ
Sampai ke sudah tak jumpa Alma sebab dia sampai lewat sikit.

1st hadiah yang ibu dapat. Game susun cawan plastik.
Muka Wafi๐Ÿ˜€

Muka ibu dan ayah๐Ÿคฃ

Ini pula hadiah masukkan gelung getah dalam botol. Kalau boleh semua game cuba. Ada juga game yang tiada hadiah sebab dah habis.. tak kisah yang penting enjoy๐Ÿ’ƒ

Akhirnya, dapat juga souvenir potong kayu๐Ÿ˜† setelah beberapa kali lalu tapi queue panjang. Jari ni ada rezeki... 2 orang je di hadapan. Jadi peluang tidak harus dilepaskan๐Ÿ˜Š. Sayang... gambar yang Wafi ambil tak begitu jelas.

Kayu2 yang dipotong sebelum ni divarnis dan dilekat fridge magnet. Really love it๐Ÿ˜˜

IKids memang enjoy...biarkan mereka meneroka.

Jam 9.00 am boleh dengar piknik dhuha.
Seronokkan... badan sihat... ilmu dapat.

Bersama Mel Wing dan Amira Ann Lee Abdullah. Cerita tentang penghijrahan mereka.

Pagi ni ada nasi dagang, nasi lemak, kopi-o, aiskrim Malaysia dan kuih. Ibu sempat goreng nugget dan bebola sotong.

Berganda2 seronokkan... sambil dengar kuliah sambil makan. Anak2 boleh bermain di padang. Ada juga disediakan bubble.

Sesi berakhir dalam jam 10.45 am
Sempat bergambar dengan mereka.

Huntonglaaa Iman dapat angpow dari Amira. Makngah jeles ok๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Sempat lagi mereka bergambar di buggy. Adam macam nak bawak je eheheh...

Ok.. last pic.
Cik Elis n Cik Baya masuk free market sebab nenek nak tengok. Patut masuk kena tukar barang kitar semula tapi last2 boleh masuk gak sebab orang pun tak ramai sangat.

Dalam 11.30 dah sampai rumah.. sediakan bahan masak. Malam dah perap ayam. Jam 3 lebih baru makan sebab sebelum tu tidur dulu๐Ÿ˜€

Karipap homade rekues dari Wafi.
Bye Bami.
Belajar rajin2.. jangan tinggal solat. Bangun awal.
Habis dah cuti mid-sem 10 hari.
Jumpa lagi.