Pages

Wednesday, December 18, 2019

Pisang goreng rangup versi ummi


Pagi ni ummi hantar whatsapp pic pisang goreng sedap. Katanya belajar dari kawan.
Isnin lepas dah rasa... cenggini ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Gorengan jadi rangup dan lembut.

Formula 1 : 2 : 3

Bahan-bahan
1 : tepung naik sendiri
2 : tepung gandum
3 : tepung beras

(Ikutlah nak pakai sukatan apa... sudu, senduk, cawan, mangkuk, besen... asalkan nisbah yang sama)

Garam
Kunyit
Air paip biasa

Jadikan batter macam biasa, celupkan pisang dan goreng.

Kalau nak tukar pada keledek, keladi, sukun dan lain2 pun takde hal๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Thursday, December 5, 2019

Permohonan baru passport anak bawah 18 tahun

Hari ni selepas hantar abang Imi, terus ke UTC Shah Alam. Eloklah waktu sampai dalam 2.15 pm macam tu. Kali ni nak buat passport Kakak Widad.
Bila dah sampai, kaunter cakap dokumen tak lengkap sebab Kawi bawah 18 tahun. Jadi kena ada sijil lahir dan salinan.

Ok.. since hari ni ibu cuti, kena utilise jugalah cuti yang ada. Gigih balik rumah ambik dokumen. Singgah pula kedai fotostat buat salinan.

Jam 4.30 pm sampai di UTC semula. Sekali staff kaunter kata perlu ic ibu dan salinan.. ok.. luckily depan tu ada kedai fotostat. Mereka caj 50 sen๐Ÿ˜ฌ

Ringkasnya, untuk membuat permohonan baru passport bagi anak bawah 18 tahun walaupun dah ada ic adalah seperti di bawah.

1. Original i/c anak
2. Salinan i/c anak
3. Original sijil lahir anak
4. Salinan sijil lahir anak
5. Original i/c ibu atau bapa (sapa yang bawa)
6. Salinan i/c ibu atau bapa (sapa yang bawa)

Bagi memohon passport baru anak bawah 18 tahun, ada beberapa syarat. yang berbeza antaranya untuk anak yang kematian ibu bapa, ibu bapa yang bercerai, ibu bapa bukan warga Malaysia dan anak bawah 18 tahun dan telah berkahwin.
Sila lah rujuk dahulu di website Immigresen.

Sampai di Immigresen, isi borang pink dan bawa semua dokumen ke kaunter no. 1. Pegawai akan semak semua dokumen. Kalau dah ok baru bagi nombor.

Tunggulah sehingga nombor dipanggil.

4.40 pm check dokumen di kaunter 1 dan akan diberi nombor
5.10 pm gi kaunter 7.. masa ni lah ambil gambar
5.45 pm buat bayaran di kaunter 10, pegawai akan pulangkan i/c dan sijil lahir. Juga resit bayaran. Beliau kata jam 6.30 pm boleh ambil passport.

Sementara menunggu, kami solat dulu. Surau yang sangat selesa. Sama level dengan Immigresen. Sebelah je dengan TH Travel & Services.

6.30 pm letak resit dalam tray di kaunter 8 & 9. Kebetulan dah siap jadi tak perlu tunggu nombor lagi. Untuk collection, pemilik passport perlu datang sendiri ambil sebab tanda tangan atau cop jari diperlukan.

 Setelah 2 jam, ini lah hasilnya๐Ÿ˜
Masa kami nak balik tu, immigresen makin lapang.


Sebelum balik, dinner dulu di foodcourt UTC. Kegemarannya, nasi goreng kampung. Kawi makan maggi goreng manakala ibu makan mi hailam.

Selepas makan, kami solat maghrib dulu di surau level 1 sebaris dengan foodcourt. Surau kecil sikit berbanding di level 2. Disebabkan tidak mahu naik atas, maka kami solat di situ sahaja.

Balik tadi jalan jem menghala ke Klang jadi kami pusing jauh sikit, ikut NKVE menghala ke Setia Alam. Fuhhh... hampir jam 9 baru sampai.. Bami yang balik ke Muadzam pun jam 6.30 dah sampai.

Selit sikit gambar masa hantar Bami.

 Ibu jadi driver hari ni.

 2 minggu lagi Bami balik cuti seminggu. Semester 4 ni short sem katanya, jadi dah cuti.

Our handsome boy๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sunday, December 1, 2019

2D1N Citadines Service Apartment, D'Pulze Cyberjaya

Kakak Widad turns 17
Alhamdulillah.
Tahun ni kita celebrate di Citadines, Cyberjaya.
RM170 per night, thru booking.com

Living room.

Dapur.

Bedroom.

Ada attached apartment kalau nak book 2.

Kali ni sampai2 kita ambil gambar beramai-ramai dulu.

Dah lapar... dari pagi makan roti je.. so makan di Mr Dakgalbi.. bawah apartment je.

Ini set yang kami makan, RM100

Ayah hadiahkan set mekap.

Ini lah dia, M.A.C

Tonton Frozen 2, 10.10 pm
Ayah dan Bami tengok Wira.

Layankan je birthday girl hari ni.

Pagi kita breakfast ni.. beli di Jaya Grocer sekali dengan lauk pauk untuk tengahari.

Apartment ni boleh masak ya... siap semua dengan alatan masak kecuali rice cooker. Boleh lah masak simple guna dapur induction tu.

Inilah hasilnya.... sayur guna pes adabi,  rempah ayam berempah Mak Nyonya dan sambal bilis Brahim's.

 Ok... birthday girl nak jalan tempat lain.

 Sambut birthday di rumah Cik Ami.. kek beli siap2 di D'Pulze.

Happy birthday Kak Widad.
Semoga sihat2 dan sentiasa jadi anak yang menggembirakan hati ibu dan ayah.

Sayanggggg Kak Widad๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Wednesday, November 27, 2019

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SRA BKT 2019

Alhamdulillah, tahun ini Wafi perform lagi di sekolah tapi kali ini berdasarkan penilaian dalam kelas. Aktiviti, ujian, sahsiah diambil kira. Tahun ni enjoy je sebab takde periksa kan... jadi ibu pun relax je lah.. tahun depan dah tak boleh main-main lagi.

BFF lah gitu.
Dania, Nayli dan Wafi.
Masa ni beratur untuk naik ke pentas.

Ibu ambik pic dari tempat duduk je๐Ÿค—๐Ÿค—

Tahniah Wafi... ni haa.. ibu belikan bouquet.. bukan main mahal lagi RM25 (dasar ibu calculative), beli kat luar.. tahun ni ustazah tak buat pula. Kalau tak kan.. boleh masuk tabung sekolah.

Dania di tempat pertama, Wafi ketiga dan Nayli di tempat kedua.
Rasanya dah 3 tahun berturut2 kedudukan yang sama.

Selain hadiah kedudukan dalam kelas, mereka juga dapat hadiah Mumtaz. Tahun ini hanya seramai 6 orang pelajar tahun 3 yang dapat mumtaz.

Dahlah ada sekeping je gambar berdua... dia boleh pulak pejam mata... wafi.. wafi...

Semoga Wafi terus cemerlang dunia dan akhirat.
Aamiin...

Friday, November 22, 2019

Habis dah internship di UIG

Hari terakhir Khairul (USI) dan Danial (UVI) sebagai pelajar intern di UIG selama hampir 4 bulan.

Danial (Kelantan) dan Khairul (Terengganu) merupakan pelajar Business Admin dari UiTM Puncak Alam.

Bersama kakak2 Finance & Admin Department.
Semoga ilmu yang dicurahkan akan diguna dengan sebaiknya. Hari terakhir di UI, kami hidangkan makanan potluck tapi gambar dari hp siapa tak ingat. Tak sempat share dalam grup.

Good luck Khairul.
Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Wednesday, November 20, 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2019

 Sekarang takde dah buku cenderahati.. semua digital. Mujur Cik Ana forward kalau tak jenuh nak download.

 Pagi ayah hantar dulu.

 Wafi terima hadiah dari Penolong GB.

 Anugerah kecemerlangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah... setiap kelas 10 orang murid terpilih.

 Jauh ibu ambik pic... zoom sket.

 Di booth pulak... bayarlah RM2 untuk sekolah juga.

 Ibu pun nak bergambar.. masa ni ayah tengok persembahan murid.

 Kita bertiga plak.

 Ayah ada surprise bouquet untuk Wafi.. yang ni letak dalam kereta sebab taknak angkut๐Ÿ˜†

Close up sket.

Good job Wafi.
Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

Sunday, November 17, 2019

Ayam penyet

Hidangan tengahari ni... tetiba teringat makan nasi ayam penyet di Aceh. Maka kita masaklah di rumah ya. Ibu guna resepi yang mudah-mudah je.. ala2 masak je apa yang ada.


Ayam Penyet

Bahan-bahan
1 ekor ayam (potong 8 atau ikut suka)
Guna tepung serbaguna dan perap ikut sukatan yang disediakan.
Goreng dan ketepikan.

Sambal ayam penyet
1. 5 biji cili merah
2. 20 biji cili api
3. 1 biji bawang besar
4. 5 biji ulas bawang putih
5. 2 biji tomato
6. 1 biji besar limau nipis
7. 3 sudu bilis

Cara-cara
1. Gorengkan bahan di atas satu persatu kecuali limau nipis. Cili merah dan padi campurkan. Bawang merah dan putih pun goreng sekali.
2. Sejukkan sket
3. Masukkan dalam blender dan bubuh minyak sket bagi blender tu gerak. Blend agak2 je lah tak perlu halus sangat. Lagi bagus kalau dapat dipenyet2 kan sambal tu guna lesung beli di Indonesia๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
4. Masukkan semula dalam kuali yang guna untuk goreng bahan- bahan tadi.
5. Perahkan limau nipis.
6. Gorengkan dengan api yang sederhana.
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
8. Angkat dan boleh hidangkan. Kuantiti biasanya banyak jadi boleh masuk dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais. Kot nak buat nasi goreng pun boleh.

Ada juga resepi yang bubuh belacan.. ikutlah citarasa.

Keriuk-keriuk ayam penyet

Bahan-bahan
1. 5 sudu tepung beras
2. 1 biji telur (ambil putih sahaja)
3. 1 cawan kuah sup

Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas dan kacau rata guna whisk
2. Bila minyak dah panas, renjiskan bahan tadi. Buat ni kenalah bersabar ya
3. Bila dah garing angkat dan pecah-pecahkan.
4. Proses harus diulang berulangkali sehingga habis semua adunan.

Yang ni ibu tak buat sebab ayam digoreng dengan rempah tepung serbaguna.

Sup ayam.. yang ni takyah lah resepi hehhe.. malas pulak nak menaip๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ