Mana yang boleh buat di rumah kita buatlah dengan source yang limited.
Email ofis boleh guna (guna HP)
Nak masuk server memang tak lepas.
Internet sangatlah slow.
Dari dapur sampai ke ruang tamu mencari coverage.
End up minta kawan IT emailkan file, save ke hp dan kemudian transfer ke laptop.
Panjang plak langkahnya. Itupun ada file yang tak boleh buka.. kena buka email di.laptop Bami.
Tapi itu je lah solution yang ada.
Haraplah unifi boleh masuk cepat tapi harap masa tu dah tak perlu WAH.
Pages
Tuesday, March 31, 2020
Monday, March 30, 2020
#day13/28 PKP : Kuih Gegetas
Puasa hari ni tapo sempat siapkan breakfast untuk penghuni rumah.
Tengahari ayah setelkan masak tengahari dan boleh makan sehingga malam.
Ibu masih mengadap drama Siam🤭
Petang memang dah plan untuk buat kuih gegetas. Minta Bami ke kedai sekejap beli kelapa parut.
Bila berbuka suka makan kuih yang sedikit manis.
Beli air soya delivery.
Kuih Gegetas
(sumber MAHN)
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung pulut
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 cawan kelapa parut
4. Secubit garam
5. Air secukupnya
Gula sira
1. 1 cawan gula
2. 3/4 air
Cara-cara
1. Campurkan bahan 1 - 4 dan bubuh air sedikit demi sedikit.
2. Pastikan adunan tidak terlalu keras atau lembik dan ia tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
3. Ambil sedikit, bulat2kan kemudian leper2kan.
4. Dulang tabur dengan sedikit tepung.
5. Goreng sehingga kuning sedikit.
6. Cara sira
6.1 Letak gula atas kuali dan masukkan air
6.2 Hidupkan api
6.3 Kacau sehingga pekat dan keluar buih2
6.4 Tutup api dan masukkan gegetas yang telah digoreng.
6.5 Kacau sehingga gula mengeras dan boleh dihidang.
Labels:
Main masak2
Sunday, March 29, 2020
#day12/28 PKP : The Crown Princess
Ok..ok... mesti ada yang pelik.. kenapa drama Siam pulak?
Entah..
Just tengok bila ada yang share di FB.
Dah biasa sangat drama Korea.. kita play tune pulak.
Nama pelakon pun tak pernah dengar.
Ada 12 episode dan nearly 2 hrs setiap episod.
Nampak tak gigihnya sis melayan drama ni.
Sinopsis
Puteri Alice merupakan pewaris tahta dari negara Hrysos yang mendapat perlindungan dari Lt. Komander Davin (Win) semasa di Thailand. Untuk keselamatan diri P'Alice ni kena kahwin olok2 dengan Win dan dinamakan Naree.
Puteri Alice perlu berlakon sehinggalah keadaan di Hrysos tenang. Banyak sangat konspirasi yang mahu menjatuhkan atau membunuh beliau. Puteri Alice ada sepupu bernama Puteri Kate dan Putera Alan yang mana bapa mereka Putera Andre yang sepatutnya menjadi pewaris tapi datuk Alice ni tak percaya dengan kemampuannya. Itu sebab dia bagi kat Alice. Ibu bapa Alice pula sudah mati. Alice ni nama je puteri tapi dididik cara tentera.. muka sweet tapi kuat.
Ehhh.... pi lah tengok.. best ooo.. ada lagi beberapa episod. Hero hensem dan intelligent..kahkah... itu je motifnya...

Tonton
Saturday, March 28, 2020
#day11/28 PKP : Harijadi
Hari ni hari jadi ayah RAWIWA.
Sambutan hanya di rumah sahaja dan masak menu simple since ibu tak boleh berdiri lama sangat.
Seawal jam 7 am dah sediakan sambal sotong. Kemudian masak nasi lemak. Potong2 timun dan rebus telur juga goreng ikan bilis.
Tiada kacang sebab tiada stok.
Tak perlu pening2 kepala kalau tak cukup bahan rasa tak boleh jamah nasi lemak tu🤭🤭
Lepastu buat kek oren.
Again, takde limau sunkist kita gantikan limau ala sunkist.. bubuh sunquick.
Mula2 bakar pakai loyang 6 inci.. ada lebih masukkan je dalam bekas cupcake.
Lagi senang nak bubuh atas pinggan.
By 9.45 am semua ready.
Banner dan bunga2 tu semua recycled. Yg baru kad ucapan yang ditulis oleh Wafi.
Selamat hari jadi @inche jalan rebung.
Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Labels:
Family/Friends
Friday, March 27, 2020
#day10/28 PKP : Frankincense
Masih ada sisa2 kesakitan.
Pergerakan juga masih terbatas.
Duduk tidak boleh lama dan kena betul posisinya.
Cuaca pula panas... petang hujan sedikit.. masih terasa bahangnya.
Pergerakan juga masih terbatas.
Duduk tidak boleh lama dan kena betul posisinya.
Cuaca pula panas... petang hujan sedikit.. masih terasa bahangnya.
Ini abang Imi tolong gorengkan. Cekodok pisang.
Sebab guna sudu itu yang jadi leper2.
Lembik katanya.. susah guna tangan.
Takpelah Bami.. asal rasa sedap.
Frankincense sepanjang ketidakupayaan.
1-2 drop, sapu dan urut di bahagian pinggang dan spine.
Buatlah sekerap yang mungkin.
Insyaallah dengan khasiat dan izin Allah akan melegakan.
Labels:
Family/Friends
Thursday, March 26, 2020
#day9/28 PKP : Sedikit ujian
Hari ni ibu banyak berbaring... tapi dengan cuaca yang sedikit panas agak tidak selesa. Beralih kiri dan kanan.
Kisahnya ibu nak alihkan meja Wafi ke depan tv untuk mudahkannya buat homework. Masa angkat terus bongkokkan badan instead turunkan badan. Terus rasa sakit di bahagian belakang. Pandangan pula tiba2 kabur. After a while.... the sight became normal.
Sakit belakang still rasa.
Terus ambil Panaway dan Frankincense YL. Sapu2 beberapa kali in few hours.
Solat duduk.
Allahu.. bila Allah tarik kesihatan😢
Untuk bangun dari pembaringan kena berhati2.
Ibu dah sediakan bahan masakan pagi tu untuk kakak Widad masak since ibu puasa.
Since ayah yang nak masak, ikan tukar kepada sardin dan telur.
Makan membawa ke dinner cum buka.
Petang tu Kawi order burger dan soya dari Meru Food Channel.
Sekarang ramai orang buat delivery.
Takpe lah... kita bantu dengan membeli dari mereka.
Labels:
Family/Friends
Wednesday, March 25, 2020
#day8/28 PKP : Tempoh dilanjutkan
![]() |
| Nikmat apabila duduk di rumah |
Tengahari tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyidin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14hb April 2020.
Ini menjadikan jumlah hari tinggal di rumah adalah 28 hari.
Semoga rantaian covid19 dapat dipatahkan dan rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan seperti biasa.
Labels:
Family/Friends
Subscribe to:
Posts (Atom)