Pages

Saturday, December 12, 2020

Keluar peluh bersama 3 beradik

Malam tadi dah decide nak jog sama-sama di Taman Tasik Puncak Alam.
Ibu, Cik Elis & Cik Ami.
Seawal jam 7 am gerak dari rumah.

Stretching dulu.

Siap dah 5 pusingan.
Ibu lah.. mereka lebih rasanya.

Cukuplah ni.

Balik singgah sini lagi sebab Cik Ami nak bergambar juga.
Sabtu banyak lori keluar masuk. Semalam kan Jumaat cuti umum jadi jalan clear.
Cuma hari ni ramailah cyclist.

Tak habis lagi.

Tetiba rasa langsing lah pulak. Kaki panjang.
Hakikatnyaaaa... hahahhaha..
Ilusi lebih.

Cik Amir.

Cik Elis.

Cik Amie.

Cik Ibu.
Ehhh...

Balik singgah rumah nenek.

Ok.. sapu tepi dan rumah nenek sikit sebelum masuk rumah.
Nape muka marah🤭🤭🤭

 

Friday, December 11, 2020

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Gambar ni lalu di FB Klang Bandar Diraja sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke 75.

Semoga Tuanku sentiasa sihat di bawah lindunganNya.

Daulat Tuanku!

Since hari ni cuti umum bagi Selangot, ambil kesempatan untuk keluarkan peluh.

Macam biasa, taman tasik Puncak Alam.


Last lap.

Matahari dah naik.


Jadilaaaaaaa... target 4km je. Biasa buat 4 pusingan... hari ni lebih sikit je pusing tasik yang besar.


Balik singgah jalan ke jirat Cina. Ramai geng2 cyclist bergambar di situ.

Lepas tu breakfast di Warung d' Lereng. Lama dah tak ke sana.

Sampai rumah siang2 bahan basah.. masak tu kemudian lah🤭

Nak relax lepas ni.
 

Monday, December 7, 2020

Buku Travelog

Semenjak PKPB ni tak boleh jalan ke mana-mana... so duduk rumah baca buku.

Genre buku yang diminati sekarang bebentuk pengembaraan.

Suku baca buku Siti Noridah ni.

Beliau bukanlah pelancong tetapi PENGEMBARA


Pengalaman penulis mengerjakan umrah.


1st buku travelog.

Dah beberapa tahun beli. Masa tu jumpa dengan penulis Uthaya Sankar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Buku ni dapat tandatangan penulis.

Buku ni latest bacaan.

Tak sabar pula rasa nak pergi umrah.

Semoga Allah izinkan.

Masih mencari-cari buku-buku travelog.

Sunday, December 6, 2020

Potong kek Kakak Widad dan Zara

Semalam jam 8 pm sama-sama sambut birthday Kakak Widad (1.12.2020) dan Zara (4.12.2020) di rumah nenek.

Ayah goreng mi dan Cik Cha bawak KFC.

Kemudian Cik Wada bawak tauhu begedil dan takoyaki. Cik Baya bawak ayam goreng Uncle Jack pulak.

Kek aiskrim ibu beli je kat Kedai Rasa Sayang.


Cik Ana bagi kek batik.


Birthday girls.


Angahhhhhhhhh


Potong sama-sama.


Suasana yang menggembirakan bagi the cousins.


Iman marah makngah sebab sikatkan rambut dia. Diakan nak style rambut pacak. Makngah tak tau... sorryyyy🤭


Okkkkk.... cepat.

Dah lapar ni!

Hopefully bonding antara cousins berkekalan selama-lamanya.

Aamiin.

 

Saturday, December 5, 2020

Emas murah

Beberapa minggu ni, rata-rata orang bercerita tentang harga emas yang sedang turun.

Mereka kata harga emas murah. Kawan-kawan ofis pun havoc sama. Ada yang beli online. Ada yang beli offline.

Mula2 tu cam biasa ibu tak ambik port sangat sebab murah atau mahal sangat subjektif bagi setiap orang🤭

Tapi hati meronta-ronta nak tahu.

Gugel sana sini... siap riki2 tentang Gold Accumulation Program. 

Terpedaya juga lah dengan kata-kata yang beli emas ni sebagai investment. Oklah.... semalam terplan nak beli juga. Atleast ada pengalaman beli emas pada harga yang mereka kata murah.

Budget beli cincin je sebab nak peruntukkan satu ribu je. Kalau dapat kurang bolehlah duit tu masuk ke dalam TH atau ASB.

Call Cik Wada dulu tanya kedai emas yang menawarkan harga yang kompetetif. Ada di sekitar GM. Aaahhhh... jauh. Cari je lah sekitar Meru. Takde kuasa lah nak menyeberang daerah. Dengan jarak perjalanan dan masa yang diambil rasa tak baloi.

Singgah je di kedai emas depan Petronas.

Cinta pandang pertama!
RM273/g
Tak murah pun hahaha😂😂😂
Ada baca di grup Lia jewellery RM265/g
Sekarang ni banyak pula iklan kedai emas yang menawarkan pelbagai design emas hiasan wanita.
Teringat beberapa tahun lepas waktu membeli gelang emas di Kedai Wah Chan. Ada diiklankan harga emas yang sangat murah. Bila ditanya...
 ada selected barangan je dengan harga tersebut. Hurrrmmmm... kuasa pengiklanan!

Ibu beli juga cincin tu setelah tawar menawar.
Pejam mata je lah.
Kalau taknak pakai, simpan.

Puas hati dengan design ni.
Nampak tebal dan lebar.

Ehhhh... jari tu yang lebar sebenarnya.

Ok... dah boleh tutup cerita tentang emas ni.


Tuesday, December 1, 2020

Selamat Hari Ulangtahun Kakak Widad

Ulangtahun kakak yang ke 18

Beberapa hari sebelum birthday kakak. Treat her di The Chicken Rice Shop.

Restoren kegemaran Wafi🤭


Hasil idea Wafi.

Sentiasa jadi mastermind bab2 kreativiti ni.

Kami onz je.



Sorry.... salah tulis haha.. ini ibu salah bila Wafi tanya harijadi kakak yang ke berapa.
Laju je ibu cakap 17.
18 laaaaaa....
Sedar bila kakak bagitau.
Adehhhh... kertu dah ibu. 

Lepastu baru Wafi tukar nombor but then ibu tak ambil pic selepas dibetulkan.

Semoga kakak Widad sentiasa menjadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga.

Sabtu ni baru kita potong kek di rumah nenek ya.

 

Saturday, November 28, 2020

Hari terakhir Abang Imi di PMS



Ini lah pilihan yang ada untuk breakfast yang disediakan pihak hotel. Actually restoren ni bersebelahan dengan hotel je dan rasa owner yang sama.
Ok laa dengan harga bilik RM90 dapat free breakfast untuk 2 orang.

Makan ni selepas hujan turun di awal pagi memang best!

Selepas bteakfast terus ke poli.
Sebelum tu call abg Imi tapi lahaiii....asyik tak berjawab. Bila sampai, Bami kata baru lepas mandi. Kami tunggu di perkarangan Pusat Islam.


Di depan blog kediaman abang Imi.

Di depan bangunan pentadbiran pula.

Lepas ni entah bila Bami akan ke poli semula. Insyaallah masa graduasi.

Terus kita shoot balik. Bami apalagi terus zzzzz

Balik tu condident je tak tengok waze.
Sekali sampai Segamat.
Adehhhh... jauh ke bawah. Ingat nak ikut jalan Kuala Pilah.

Teruslah menghala ke Tangkak sebab situ hala ke highway terdekat.

Alhamdulillah perjalanan smooth je. Jalan pun clear.

Lepas tol Setia Alam kena tanya pula masa sekatan jalan.

"Ni ramai-ramai nak ke mana ni"

Hahah...

Sepanjang pergi banyak sekatan tapi takde plak kena tanya.. last2 kena kat tempat sendiri🤭🤭🤭🤭

Bagitau encik polis baru ambil anak di Pahang.

"Boleh saya tengok surat kebenaran polis"

Baik tuan.

Nampak... permit tu memang kena adalah ya... tak kira di mana tempat kita kena tahan hahahah

Jangan gamble je.

Singgah dulu di Warung Nasi Syukri
Beratur 50 minit baru dapat beli.
Balik, mandi, makan dan rehat.
Fuhhhh.. penat.