Pages

Friday, July 23, 2021

Tokyo 2020

Sukan Olimpik yang sepatutnya diadakan pada tahun lepas telah ditangguhkan ke tahun ini. Ini disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada tahun lepas masih diperingkat awal.

Tokyo tetap meneruskan Sukan Olimpik ini dengan SOP yang telah ditetapkan. Walau diadakan pada tahun 2021, mereka tetap memilih nama Tokyo 2020 untuk temasya sukan terbesar dunia ini.

Sumber FB : cutibajet.co

Tak sempat nak tengok opening ceremony dari awal.. terlepas kontingen Malaysia. Tiada penonton yang hadir. Hanya kontingen, petugas dan wakil-wakil negara. Walau agak suram tapi sambutan tetap ada.

Sumber FB : UITM - Media Rasmi

Info persalinan perbarisan atlet Malaysia.
Setiap acara sukan pasti mereka memakai persalinan beridentitikan Malaysia. 


Even it is different, let us cherish the moment!

Lebih kurang begitulah ucapan Presiden Majlis Olimpik Dunia.

Semoga para atlet Malaysia buat yang terbaik.

EMAS buat Malaysia!


Abang Imi Semput


Bami bagitau yang malam tadi susa tarik nafas panjang masa nak tidur. Kejadian malam tadi tapi tengahari baru bagitahu.. hishhh geram betul.

Ibu minta Bami siap-siap.. kejap lagi ayah bawa ke klinik.

Kena neb lah jawabnya. Doktor juga bekalkan beberapa jenis ubat. Ada ubat angin juga. 

Masa kecik Bami kerap juga semput. Tiap kali semput memang kena neb. Bila dah besar jarang lah kena. Seingat ibu macam tak pernah tapi Bami kata ada sekali.

Mungkin ini side effect dari vaksin tempohari????

Mungkin sebab abang Imi dah tak fit.. badan pun dah membesar sebagai juara. Bila nak exercise tu?

Balik klinik dah ok. Alhamdulillah.

Doktor dah pesan tak boleh makan makanan berempah, berminyak, pedas-pedas.

Nampaknya Bami kena makan nasi dengan kicap sahaja.. boleh?? hehe


Babah kembali kepada penciptaNya

Di maklum kn bahawa hj Misri b Parlan di alamat jln bukit Cherakah bukit Kapar telah meninggal sebentar tadi.harap maklum.

Seawal jam 5.24 am terima whatsapp mesej ni dalam grup family. Dikhabarkan babah meninggal dunia kerana sesak nafas.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Abang Imi dan Kakak Widad panggil Babah
Sama seperti anak-anak pengasuh yang lain. Mama lah yang menjaga Abang Imi dan Kakak Widad semasa mereka kecil sehingga umur 4 tahun. Apabila masing-masing masuk tadika seusia 5 tahun, nenek Ina pula jaga bila mana ibu pergi bekerja.

Ibu panggil Cik Wang. Ini pangkat bapa saudara ibu sebab Cik Wang ni adalah sepupu atuk disebelah arwah buyut. Bapa Cik Wang dan bapa atuk adalah adik beradik.
 
Bersama Kakak Yati.
Ini pula Kakak Zara.

Gambar sekitar 5 tahun lepas semasa majlis perkahwinan Kakak Yati.

Semoga Babah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan syurga tanpa hisab buatnya.

Bihun Putih Singapore

Malam tadi lagi Wafi dah tanya esok pagi nak sarapan apa.. amboiii... belum tidur lagidah tanyakan nak makan apa. Fikir-fikir why not buat bihun putih sekali lagi. Rendam siap-siap bihun. Bahan lain pagi boleh prepare.

Alhamdulillah.. menjadi juga bihun putih ni. Kurangkan udang kering dari sukatan sebelum ini.


Bihun Singapore

Bahan-bahan
1. 1 bungkus bihun (rendam dan tos)
2. 1 1/2 bawang besar (kisar)
3. 4 ulas bawang putih (kisar)
4. 2 sudu makan udang kering (kisar)
5. 1 1/2 sudu makan lada putih (guna jenama Ajishio sebab lada putih habis)
6. Garam, gula dan secukup rasa
7. 1 biji carrot (hiris nipis)
8. 2 helai kobis (potong sedang)
9. 5 biji cendawan kering shitake (rendam dan hiris)
10. 1 bungkus fishball (belah 3)
11. Daun bawang

Cara-cara

1. Panaskan 5 sudu makan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan carrot, kobis, cendawan dan fishball. Kacau dan letak secawan air. 
3. Masukkan lada putih, garam, gula dan secukup rasa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan bihun dan kacau rata.
5. Angkat dan taburkan dengan daun bawang atau daun sup jika suka.

Potongkan cili jika suka.
Ini nak bagi pedas sikit. Kalau rajin buat sambal kicap baru terangkat!
 

Thursday, July 22, 2021

Telefon Pertama Rumah

Beberapa minggu lepas ada masalah dengan Unifi di rumah. Bila buat laporan kepada customer service mereka ada bertanya nombor telefon untuk semakan. Sudahnya menggagau cari email masa register. Atas saranan seorang rakan yang menjadi agen Unifi untuk memasang telefon rumah. Sebulan Unifi bagi 600 minit (10 jam) free. Ok lah... benda free kan.

Yayyyy... telefon pertama beli di Shoppee. Teringat waktu zaman sekolah dulu. Atuk orang pertama memiliki telefon rumah di kawasan kejiranan.

Nampak tak berapa matching😂😂

Beli yang lain. Beberapa hari je dah sampai. Jadi yang hitam tu letak di rumah nenek. Bolehlah sapa-sapa yang tak dapat hubungi hp nenek boleh telefon rumah saje.

Amboiiiii.. Iman... excited pulak dia ni. Memang kena picit2 lah telefon ni nanti.



 

Wednesday, July 21, 2021

MAJLIS BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT KELAS 1.18


*MAJLIS BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT KELAS 1.18*

Kepada yg ada kelapangan (tanpa paksaan), semua dijemput hadir menyertai Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat untuk group kita ni seperti berikut:

Tarikh: Rabu 21/07/2021
Masa: 8:00 pm
Link Google Meet (please click):  https://meet.google.com/qjc-joqa-nef

Terima kasih.


 Salam


Cadangan saya, kita buat bacaan Yassin, doa selamat utk:


- Allahyarhamah Mariani Shaari 

- Ibubapa kita semua yg masih hidup & yg telah meninggal

- Saudara mara/sahabat yg diuji dgn wabak Covid19 

- Rakan-rakan yg ditimpa ujian dlm pekerjaan/perniagaan

- Anak-anak yg masih belajar & bakal lanjutkan pelajaran

- Guru-guru kita - Allahyarham cikgu mahadir, cikgu jafri dll


Kalau ada tambahan, boleh add on


Alhamdulillah dapat bersama-sama rakan kelas matriks 1.18 UUM untuk majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat secara maya. 

Semoga majlis seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.


Dos Vaksin Pertama untuk abang dan kakak

Petang semalam abang dan kakak dapat mesej sms

RM0 <KPJ SELANGOR>Your COVID 19 vaccination appointment has been scheduled on 21/07/2021, Wednesday from 11:00am - 3:00pm. Venue : Outpatient Block, KPJ Selangor Specialist Hospital, Section 20 Shah Alam. Required Document: Identity Card (IC) and Handphone with the Registered MySejahtera ID.

Di aplikasi Mysejahtera belum update lagi. Pagi ni baru keluar. Abang Imi je dapat tapi Kakak Widad masih belum dapat lagi.

Jadi pergi sahaja KPJ Selangor di Shah Alam since dah dapat sms.

Jam 12.30 pm macam tu baru keluar rumah sebab kakak ada kuiz dan kelas sebelum itu.

Masing-masing bersemangat.
Ayahlah tukang hantar padahal abang Imi boleh je drive.

Ayah tunggu di lobi sementara menunggu mereka selesai.

Abang Imi dah selesai. Semua gelak bila nengok picture ini.

Asal tak nyorok kat belakang banner tu sekali @⁨Bami⁩

Kena sakat dengan Cik Fatin😂😂😂😂

Masa ni tunggu Kakak Widad. Ada masalah sedikit dengan pendaftaran Mysejahtera tu. Staff KPJ tolong setelkan.

Alhamdulillah.
Selesai.

Relax je mereka ni. Abang Imi kata tak sakit. Masa kat sekolah lagi sakit.

Hurmmm...

Mereka juga dapat vaksin Pfizer.
Mungkin minggu ini KKM hantar vaksin yang sama di seluruh KPJ sebab 2 minggu sebelum ini mereka bagi Sinovac.

Tidak kisah vaksin yang mana pun asal dapat perlindungan awal.