Pages

Wednesday, November 17, 2021

Antigen Test Kit

Masa hantar Kak Widad ke Poli, ibu nak minta Kawi buat test dulu. Tak sempat nak beli kat Meru. Bila sampai Sabak, pergi beberapa farmasi semua tak ada stok.
Kat sini punyalah banyak.
Hurmmm...

Ibu da standby beberapa kotak kat rumah.
Sekarang harga pun dah agak murah.
Untuk set ini boleh beli di 99 Speedmart.
RM6.50 sekotak.

Kat ofis pun guna set yang macam ni.
Setiap staff akan rotate untuk buat test ni.

Jika +ve mereka akan dirujuk ke klinik panel untuk dibuat ujian PCR pula.
 

Monday, November 15, 2021

Kelas Bersemuka dan MPKAFA

 Hari ni start kelas bersemuka Kumpulan B.

Kebetulan SK dan SRA Kumpulan yang sama. Senang sikit nak atur jadual Wafi.

Mujur hari pertama tak ada ragam pagi hari.


Bersama Adnin sementara tunggu van sekolah. Meninggi betul Denin ni penangan PKP.

Ayah temankan.


Apa lagi lah yang tak kena tu.

Hari ni juga Wafi menduduki Modul Penilaian Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA) yang menggantikan UPKK.

Murid akan dinilai oleh guru dan dijalankan secara lisan.

Format macam ni.


Semoga Wafi dapat menjawab dengan baik, lancar dan seperti dalam skema jawapan yang dikehendaki.


Sunday, November 14, 2021

Buah Markisa

Beberapa hari lepas dapat buah Markisa atau Passion Fruit dari seorang bos di syarikat ibu. Katanya jiran tanam lantas beliau memberi 4 biji kepada ibu.

Seingat ibu masa kecil sahaja pernah makan buah ini bila ia tumbuh di kebun arwah nenek. Tak pastilah di tanam atau tumbuh meliar.

Sumber - Wikipedia Bahasa Melayu

Pokok markisa
 atau buah susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Ia dikenali kerana buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.


Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.


Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirapkekroti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.



Uihh.... terliur nengok pulpa dia.
Rasanya manis tapi kat hujung ada sedikit masam.
Seingat ibu dulu makan lebih kepada rasa masam-masam manis.
Tapi buah ini rasa lebih kepada manis.

3 biji ibu makan seorang bila yang lain tidak berminat. Sekadar merasa sahaja.
Ibu makan macam tu sahaja dan ada yang makan dengan aiskrim.
Ya Allah.. nikmatnya.

Sebiji lagi ibu beri kepada officemate agar beliau dapat menyemainya.
Setakat ini apa sahaja tanaman yang beliau tanam menjadi dan sangat subur, itu yang ibu minta semaikan dahulu. Bila sudah bercambah menjadi anak pokok, bolehlah kami dapatkan anak pokok tersebut.

Harap adalah rezeki kami untuk makan buah markisa lagi.
 

Saturday, November 13, 2021

Ulangtahun Perkahwinan ke 22

Alhamdulillah hari ini 13.11.2021 adalah ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 22 tahun and still counting.
Macam biasa ibu lah yang ingatkan ayah itu pun dah petang hahaha..
Sama-sama tak berapa nak ingat. Jadi tak ada lah masing-masing rasa kecil hati. Kadang2-kadang member wish baru teringat. Teruk betul lah!
Ini pun sebab last week ibu wish anniversary Acik Quzai 7/11. Senang nak ingat sebab seven eleven. Seminggu selepas itu baru anniversary ibu dan ayah.

Jadi ayah plan makan kat luar malam ni. Keluar selepas Maghrib.
Ayah pulak tak beritahu nak makan di mana. Ibu dan Wafi follow je masuk kereta. Abang Imi minta tapau je sebab katanya nak study untuk MUET.

Menghala ke Eco Grandeur tapi masih tak pasti di mana.

Rupanya ayah bawa ke restoren Chef Zubir.
D'global Cuisine by Chef Zubir.

Sebelum ini pernah makan di restoren Chef Zubir yang pertama iaitu Laman Gril di Seksyen 13. Pertama kali di sini bersama anak-anak (throwback sebab tiada entry masa kejadian) dan kali kedua ke sini juga semasa sambut birthday ibu.

Gigih lah pakai molek sikit malam ni sebab nak ambil gambar hehe..

Tq Wafi ambilkan gambar ibu dan ayah.

Restoren ni baru buka seminggu yang lalu. Cawangan satu lagi di D'Network Setia Eco Park.

Kiri tu pintu masuk.

Ni mezzanine floor.
Kalau budak-budak berlari-lari memang berbunyilah lantai.

Kaunter bar.

Konsep open kitchen.

Ibu ambil ini.
Oyama RM49.90
Daging Tenderloin yang lembut. Ada juga nasi goreng, sayur, salad dan Sup Miso.

Wafi ambil Tteobokki
Harga tak perasan macam almost RM30
Wafi tak enjoy sangat sebab tak biasa makan tapi teringin makan sebab nampak menyelerakan. Penuh dengan rice cake katanya. Habis juga bila ibu dan ayah bantu makan. Wafi habiskan nasi goreng ibu.

Ayah pesan ini Udon mi Teriyaki (lebih kurang macam tu lah namanya).
Harga almost RM30

Selain air mineral kita kongsi teh tarik yang sedap. Serving pun dalam mug besar.
RM5.80

Makan 3 orang rasanya dalam RM130 camtu.
Resit entah mana ayah letak.

Jemput makan.
Bismillah.

Lainkali boleh repeat sini bawa Kakak Widad dan Abang Imi.
Ayah dah pernah bawa Bami makan yang  di D'Network.

Pengarang jantung ni mula-mula bagi ibu dating dengan ayah tapi macam tak ikhlas. Last-last bawa lah sekali.


Buat anak-anak tercinta.

Muhammad Rahimi
Widad Hanani
Wafi Hanani

Semoga kebahagiaan milik kita semua.

Hingga ke Syurga Allah.

Thursday, November 11, 2021

Jalan-jalan PD : Hotel Lexis, Port Dickson

Lepas lunch kita mengahala terus ke Teluk Kemang Port Dickson. Singgah situ dulu sebab Cik Fatin kata bilik belum siap. 2.30 pm macam tu owner call bagitau bilik dah ready. sempatlah kami basahkan tekak dengan air kelapa dan cocunut shake. Makan lagi keropok lekor dan bebola ayam.

Bila pergi PD mesti teringat Glory Beach Resort yang pernah Shohari Clan stay dulu. Kami gelarkan pantai keceplek-keceplek. Sebab? Rasa lebih 10 tahun lepas pantainya berlumpur masa kami mandi di sana. Bila dipijak akan berbunyi-bunyi.

Bila nampak Glory Beach Resort tu dok gelak mengikih... sekali!!!! Hotel Lexis betul-betul sebelah Glory Beach Resot. Jadi akan berkongsi pantai yang sama hahahhah
Masa kami stay di Glory, Hotel Lexis ni tak wujud lagi pun. Hotel terletak di Tanjung Gemok.

Main entrance. Sebelah kanan Hotel Grand Lexis yang ada water chalet. Disebabkan ayah malas nak park kereta di parkir bertingkat, ayah park di Grand Lexis sahaja.

Buka pintu bilik, adalah bilik air. Ini memang rare. Pertama kali jumpa. Lantai terracota errr...

Bath tub je takde jakuzi pun.

Luas bilik ni. Ada 1 katil king dan 1 katil queen.

Balkoni.

Perabot kayu agak lama.
TV kecil je.. almari tv tu mengganggu lah.

Bilik shower kurang bersih.
Walau pun guna jubin terracota dan nak nampak rustic tapi macam berdaki.
Unit ini adalah milik persendirian.
Kalau unit milik Lexis mungkin diselenggara dengan lebih baik.

Water chalet dari pandangan atas.

Inilah pantai yang sama dikongsi oleh Glory di sebelah kanan dan Lexis sebelah kiri. Pantai lebih baik dari dulu. Hilang dah lumpur-lumpur.

Walaupun jam 4.30 pm tapi cuaca sangat nyaman.
Dapatlah Wafi dan ayah mandi laut.
Disebabkan minggu ini adalah air pasang besar, ombak agak kuat dan air laut agak keruh.

Akhirnya dapalah Wafi main pasir (seorang diri).

Lepak sementara tunggu Wafi main.

Bila dah puas main pantai, mandi pula dalam pool. Orang pun tak ramai dan dihadkan 45 minit sahaja. Masa lalu Glory.. makaihhh... ramainya orang dalam pool. Seram tengok.

Nenek duduk-duduk sahaja.

Wafi dan Cik Fatin main apa entah dalam tu. Dok gelak-gelak berdua.
Ada je Cik Fatin menyakat.

Jam 6 pm macam tu naik dah. Petugas kolam akan ingatkan. Ye lah.. dok seronok mandi cepat je lah  masa berlalu.

Lepas Maghrib kita bertolak balik. Cik Fatin, Cil Biela, Cik Awie dan nenek bermalam di sana.

 

Jalan-jalan Nilai - Restoren Marhaban Bikum

Selesai majlis konvo Cik Fatin dalam 10.30 am kami semua bergerak ke hotel dulu untuk berehat-rehat. Check out jam 12 pm. Sudah plan dari awak nak lunch nasi arab di Restoren Marhaban Bikum di Nilai. Dekat sahaja dengan hotel dalam 5 minit macam tu. Masa kami sampai, kami pelanggan pertama sebab restoren baru dibuka jam 12 pm. Ini kali kedua kami makan disini. Sebelum ini pun singgah sini selepas lawat Cik Fatin.

Main entrance.

Masa sampai tu Wafi takde mood. Mengantuk katanya.

Kena paksa bergambar itupun macam tak ikhlas je.

Nasi Kambing Kabsah.

Nasi Chicken Roasted.

Masing-masing order air kegemaran. Air kelapa, epal asam boi, jus oren, teh o-ais dan Wafi semestinya air kosong.

Sebelum balik, kami tapau murtabak kambing biasa dan murtabak kambing cheese. Kat hotel lupa pula nak ambil gambar murtabak yang sedap sangat.

Total makan di situ RM158.
Harga yang affordable dengan rasa yang sedap.

Nenek makan pun bertambah sebab nasi arab kan kegemaran nenek.
Sebenarnya dah beberapa minggu Cik Fatin yang plan ajak makan di sini dan minta nenek belanja.. haha.. sedap aje dia minta nenek belanja.
Mehhh lah ibu bayar sempena meraikan Cik fatin habis belajar di Poli.
Malam tadi Cik Fatin tunjuk gambar Cik Wada belikan gold coin.
Ishhh.. takleh jadi ni.
#taknakkalah
😁😁😁😁😁

 

Majlis Konvokesyen Cik Fatin

Seawal jam 7.30 am ayah hantar ibu ke Poli. Ingat nak breakfast dulu tapi ibu risau lewat jadi tahan lah perut dulu. Sebelum jam 8 am dah sampai. Tapi Cik Fatin masih jauh lagi. Cik Fatin kata jam 8.30 am masuk dewan. Rilex-rilex sahaja Cik Fatin sebab konvo musim pendamik ni bukan macam konvo biasa.

Masuk dewan pun berperingkat-peringkat.
Sementara tunggu Cik Fatin, kami ambil peluang bergambar di depan khemah yang terletak di luar pintu pagar.
Disebabkan waris hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk, maka ibu dan nenek lah berpeluang masuk dalam dewan. Ayah dan Wafi hantar sahaja di luar kemudian balik ke hotel semula. Cik Biela sediakan coklat bouquet. Ibu beli sahaja di tepi jalan menghala ke Poli. Risau di dalam tak jual, beli  sahaja di luar. Kat dalam poli hanya ada 1 sahaja gerai yang jual jambangan bunga.

Sampai-sampai Cik Fatin perlu isi borang yang disediakan. Mujur ringkas sahaja. 

Sebelum masuk dewan, berlatar belakangkan bangunan akademik. Cik Fatin pesan kat Cik Biela kalau nak beli bunga jangan beli yang ada teddy bear. elehhhh... ngade-ngade.. nak order-order plak. Sori lah... ai dapat mesej tu lewat hahaha.. Bila dah balik tanya Cik Fatin kenapa tak nak teddy bear... cliche😁😁😁😁😁 hahahha.. nasiblah.. comel apa ada teddy bear.. siap pakai topi dan cermin mata lagi!

Dewan majlis dijalankan. 

Booth untuk bergambar. 

Walaupun simple tapi dengan adanya muzik caklempung, terasalah konvo nya.

Selepas catwalk di atas dewan, kena turun pula untuk bergambar.

Disebabkan tiada penyerahan sijil oleh Canselor atau pun mereka yang sepatutnya, jadi graduan akan bergambar di depan kain hijau. Nanti mereka editlah semua. Menurut Kak Quzai, minggu lepas penyerah sijil telah datang untuk bergambar. Yang best jurugambar akan betulkan gaya para graduan. Cara senyum juga. Jubah dan plague tak betul pun mereka betulkan sebelum di ambil gambar.

Macam inilah gayanya. Seolah-olah ada penyampai sijil.

Pada asalnya Cik Fatin tak bagi kami ramai-ramai datang. Sebab Cik Fatin malu kami gelakkan konvo macam ini. Ehh... tidaklah kami begitu kejam sebab masing-masing pun maklum di musim pendamik ni kita tidak boleh buat konvo seperti sebelum ini.

Yang penting meraikan Cik Fatin yang telah berjaya menamatkan pengajian di Poli. Masa Cik Fatin masuk Poli ibu pun ikut bersama hantar. Finale pun ibu nak join juga. 

Gambar studio kekdahnya gitu. Ini ibu minta Cik Quzai tolong ambilkan gambar. Tak taulah camne hasil dari jurugambar nanti hehehe.. ibu lupa plak nak pakai lipstik sebab semenjak pakai pelitup muka hanya pakai lip gloss je.

Kalau arwah atuk ada, mesti berbangga dengan pencapaian Cik Fatin.

Cik Fatin selesaikan urusan ambil transkrip semua. Pulang jubah.
Sementara tu ibu, nenek dan Cik Quzai berbual-bual di luar.

Tahniah Cik Fatin, semoga terus sukses.
Cik Fatin ambil Diploma Perbankan Islam.
Harap terus sambung belajar hingga ke peringkat yang leih tinggi.