Pages

Monday, May 23, 2022

Jamuan Hari Raya 2022 Keluarga Besar Judi & Ngadiah - Part 1

Jamuan Raya ni pada Sabtu 21/5/22
Perancangan yang pendek tapi menjadi. Bila family sebelah atuk arrange untuk buat jamuan raya hari Selasa lepas masing-masing terus on. Upkan menu untuk potluck. Family kita setiap seorang bawa juadah masing-masing means ada 11 jenis. tahun sebelum ni family besar satu menu. Kali ni buat kelainan. Jadi makin meriah juadah atas meja.

Tapi sayang takde gambar makanan sebab ibu pun datang selepas solat Isyak. Majlis mula jam 8 pm. Roti jala yang ibu tempah tu terus dihantar ke meja hidangan sebelum ibu sampai lagi.

Ibu share gambar buat kenangan.

Meja kami.. dok situ bersilih ganti hahaha..
Malas nak masuk bawah khemah.

Nenek Ina, baby sitter Bami dan Kawi.
Walau kami sebaya tapi ibu kena panggil Cik Ina sebab beliau kahwin dengan arwah Atuk Goden, adik atuk.

Cik Elis dan nenek.

Jemputan nenek Ina.

Family Atuk Pingi.. ada pula Nenek Yati.

Family Atuk Man.

Anak-anak buah ni sebelah Atuk Pingi. Dua pupu Rawiwa.

Family Atuk Atin Subang.

Atuk Jep dan Datuk Jaei.
Dulu Adun Meru.

Geng dua pupu.. tapi rare lah sebab yang tengah tu baru je kahwin 1-2 bulan lepas.
Jauh betul beza umur mereka😀😀

Mereka bergambar ada jarak kunun tengah peluk Denin.
Diorang cakap tak boleh lupakan Denin seolah-olah Denin ada bersama. Denin kan beraya di sekolah dan geng 4x4.

Cik Wada dan sepupu ibu, Acik Yaya.

Cik Ami dan Nenek Nor.

Cik Ami, Cik Dena, Cik Yaya dan Cik Wada.

Atuk Nading.

Makan.. makan.. 

Sepupu ibu, Cik Anuar.

Bersambung...

Saturday, May 21, 2022

Singgah Beraya di Rumah Acik Ina

Dalam perjalanan ke rumah Uncle Zaki tu ibu whatsap Acik Ina sepupu ibu di Putrajaya. Dah sampai sana jauh-jauh bolehlah singgah rumah yang available.
Acik Ina dok tanya berapa kereta nak mai... hahhahahah.. kami 3 beranak je!
Makin mengecil orang di rumah.. kakak di Poli abang pula nak buat Food Panda. 

Seronok Wafi main dengan dua pupu, Echa yang comel ni.

Acik Ina sepupu sebelah nenek.
Anak Atuk Asri, abang nenek.

Last picture sebelum balik.
Ada adik beradik Acik Ina nak datang selepas kami. Katanya atuk Asri dan nenek Ani pun ada sama. Tak dapatlah kami jumpa sebab kami pun kena balik untuk prepare jamuan raya malam ni.
 

Jemputan Raya di Rumah Uncle Zaki

Uncle Zaki jemput lunch di rumahnya.. sampai-sampai pun almost 12 pm. 

Bila dihidang masakan camni memang menambah-nambah lah makannya.

Wafi jumpa kawan baru, Puteri. Mula-mula mereka berdua malu-malu. Bila Puteri ajak Wafi main terus ngam.

Main Story Cubes.
Dah Wafi minta ibu belikan cubes tu.

Main game hp pula.

Bertukar-tukar hp no dan game pula. Like teenagers😁
Balik rumah pun Wafi dok cerita tentang Puteri yang baik ni.

Grup photo sebelum balik.


Ada bersama Chef Arif dan Auntie Rose.

Macam dah lama pulak tak jumpa Amir dan Haziq. Rasanya masa kami sama-sama bercuti di Pangkor. Haziq dah meninggi sekarang. Takde dah si chubby.


Balik tu Auntie Syaz tapaukan kuih Dangai hasil tangan Chef Arif.

Masyaallah... sedap sangat. Secukup rasa. Dah makan kat rumah mereka tapi bila dipelawa untuk tapau, jangan tolak.. rezeki🥰
Otw balik tu terus makan. Tinggalkan 2 ketul.. sampai rumah Bami habiskan. Bami tak pernah makan pun kuih Dangai ni tapi bila dah makan suruh ibu buat.. 
Adeh.. macamlah ibu rajin😅😅


 

Friday, May 20, 2022

Beraya ke Rumah Cik Yah dan Cik Rasul

Selepas beraya di rumah kami, giliran rumah Cik Yah/Cik Rasul pula.
Mungkin ini kunjungan terakhir apabila mereka akan berpindah ke Terengganu pula.

Cik Yah ni sepupu ibu sebelah nenek.
Seorang doktor dan mengajar di UPM.

Kami dijamu ais krim, buah-buahan dan crab ball.
Macam kanak-kanak riang semuanya dapat makan ais krim.

Alhamdulillah, selesai baraan kejiranan tahun ini.
Insyaalah ada rezeki jumpa lagi tahun depan.
 

Kunjungan Jiran-jiran

Malam ni giliran jiran-jiran pula beraya di rumah kami.

Disebabkan hari bekerja maka ibu order sahaja juadah. Roti jala kuah kari dan brownies dari Suria Kitchen. Potongkan tembikai dan Mangga Tok Abah beli di traffic light dalam perjalanan balik tadi. Kuih apa yang tinggal je lah. Tart nenas, batang buruk dan rainbow cookies. Teh-0 dan sirap ais.

Acik Seri dan Acik Ana.

Acik Ana dan Acik Ana.
Nama panggilan sama.

Ack Seri tunjuk cara betul pakai kain anduh.
Adehh.. Adam Zul retak tulang tangan main bole.

Cikgu Niza.

Ustazah Ruby dan anak bongsunya.
Sebaya dengan Bami.. insyaallah akan berkahwin awal bulan 7.
Anak-anak kecil pun dah tak ramai kecuali anak-anak Acik Seri dan Cik Yah..


 Geng-geng perempuan.
Selepas 2 tahun tidak bersemuka ada sahaja cerita untuk dikongsi bersama.


Geng-geng lelaki.

Terima kasih semua di atas kesudian berkunjung ke rumah kami.


Baraan Raya di Kejiranan

Setelah dua tahun tidak mengunjungi jiran-jiran, Alhamdulillah minggu dapat ziarah raya beberapa jiran. Buat baraan. (BARAAN ialah istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya). Lebih kurang  5-6 keluarga. Sekarang makin mengecil bila anak-anak semakin membesar. Ada yang menyambung belajar dan bekerja jadi tidak dapat turut serta.

Disebabkan komitmen kerja, ziarah dimulakan jam 9.15 pm. Satu hari hanya 3 rumah sahaja jadi boleh habis jam 11 pm. 

Hari Isnin ayah sahaja join sebab ibu masih penat perjalanan hantar Kak Widad. Wafi pula ada kerja sekolah yang belum selesai ggrrrrr

Hari kedua beraya Rabu malam. Dapatlah ke rumah Cik Ros dan Pakcik Jelan.

Juga ke rumah Cik Ami dan Cik Ayu.
Dijamu mi goreng dan keledek goreng. Wafi menambah-nambah makan keledek goreng tu sebab manis dan sedap.

Hari ketiga Khamis malam tadi.

Mula-mula ke rumah Cik Ana dan Cik Muzafir.
Seronoknya dihidang macam-macam. Ada popiah otak-otak dan pepes ayam.

Rumah Cik Seri (gambar kanan).
Walau buka puasa dah makan nasi gepuk tapi bila dihidang bihun sup memang tak tolak makan😀

Rumah ke tiga Cik Ana dan Cik Yus.
Anak-anak Cik Yah dah mengantuk sangat tu. Sempat lagi landing.
Di sini kami dijamu soto pula. Masyaallah, sedap. Makan sana sini sikit Alhamdulillah perut masih boleh terima.


Geng bapa-bapa layan Sea Game Malaysia vs Vietnam yang tewas 0-1. Kemain semangat mereka sorak.

Rumah last hari ni Cikgu Niza dan Cikgu Farizul.
Seperti biasa macam-macam cikgu sediakan. Ada mushroom soup dan garlic bread, bihun goreng dan jambu asam boi.

Alhamdulillah untuk hari yang indah bertemu jiran-jiran yang sangat baik dan prihatin.
 

Wednesday, May 18, 2022

Akhirnya Tau Dah Nasi Goreng Oren

Pagi ni ibu siapkan bekal Wafi roti sandwich telur. Sekali lah untuk breakfast. Dalam periuk nasi ada dalam sesenduk lebih nasi lebihan malam tadi. Sayang nak buang. Ibu buatkan lah nasi goreng.
Guna sesudu kecil perencah nasi goreng Adabi dan sebiji telur. Malas nak keluarkan sayur. Garam pun takde tambah. Ibu pun tak rasa sebab puasa.

Suapan pertama Wafi.

Haaaa... nasi goreng oren macam ni lah yang kita kata.

Ya Allah, banyak kali lah ibu dok fikir nasi goreng oren camne yang Wafi nak.
Dah beberapa kali request. Ibu biasalah masak ikut apa yang ada. Tak fixed pada sesuatu resepi. Kadang bila nasi goreng dah siap.. Wafi cakap sedap tapi tak sama nasi goreng oren yang ibu pernah masak, katanya. 

Ibu lebih suka nasi goreng yang cili bawang tu ditumbuk. Kalau guna perencah segera sebab nak cepat atau masak dalam kuantiti sikit.


Ada lagi semangkuk kecik untuk Bami.
Sandwich yang tak terusik tu bolehlah Bami makan nanti.