Pages

Saturday, January 6, 2024

Laksa Simple Untuk Dinner

Inilah dinner ibu ayah malam tadi.
Dari office ibu dah plan nak buat laksa. Balik singgah beli paste tomyam. Bahan lain ada kat rumah.
Ibu buat laksa ringkas je.

Bahan-bahan
1 tin kecil Sardin cap Ayam (lenyek kasar)
1 slice laksa beras (rebus)
1 peket paste tomyam
1 SK cili giling
1 pc asam keping
Daun kesum
Bawang, cili dan telur rebus sebagai condiments

Nak beli bunga kantan tak gamak sebab kat rumah nenek pun ada tapi malas pulak nak nyinggah sebab dah lepas Maghrib.

Cara-cara
Rebus sardin, paste tomyam, cili giling, asam keping dan daun kesum dengan air secukupnya.
Masak sehingga tiada bau cili. Ibu tambah gula dan serbuk secukup rasa.

Makan dengan hirisan bawang dan cili.
Sayur tak ada dalam peti sejuk. Cukuplah ada daun kesum tu.

Ayah kata sedapπŸ˜„
Owh... bolehlah masak lagi lepas ni. Buatnya pun mudah.
 

Menyantuni Majlis Perkahwinan Anak Unimate

30/12/23 kami menerima jemputan Majlis Perkahwinan dari rakan UUM, Uncle Chemat dan Auntie Limah. Majlis diadakan di Utropolis Marketplace, Shah Alam.
Majlis ni tertutup dan ada seating arrangement jadi kami perlu memenuhi agenda tuan rumah.

Ini paling menarik. Apabila pasangan mempelai berjalan menuju pelamin, ayah pengantin menyanyikan lagu Lemak Manis. Sedap betul lah suara uncle Chemat ni. Beliau juga telah menyanyikan lagu ni semasa Majlis Reunion UUM tahun lepas. Sehingga ada yang mengusik bahawa beliau telah praktis menyanyi setahun 😁

Enjoy betul tetamu yang hadir. Masing-masing pun turut menyanyi.
Selepas itu adalah live band kawan-kawan pengantin lelaki.
Bagus betul mereka ni, ada cara tersendiri meraikan rakan kahwin. 

Santai Sabtu

Sabtu yang relax. 
Hari ni nak blogwalking dan update blog je. 

Lewat sikit briskwalk pagi tadi.

Balik tapau vadai je kat restoren mamak Arfa Royale.
Sedap vadai kat situ, lembut dan panas-panas.

Ibu suka makan kosong sebab dah cukup rasa tapi ayah suka makan dengan chutney merah tambah sambal.

Beli juga kopi o ais sorang satu.
Teringin minum manis dan sejuk2!

 

Office Birthday Treat

4/1/2024

Jam 10 am dapat panggilan dari someone katanya ada delivery untuk ibu.

p/s : uniform baru tu besar 😁 jadi ibu terus nampak lebih besar hahahhah (denial mode πŸ˜‚πŸ˜‚)

Terima kasih Kak Widad bagi surprise. Lepas ni kena pesan, takyah hantar apa-apa kat ofis. Ibu malu nak ambik πŸ˜‚. 

Jam 5 pm, bos dan kawan-kawan ofis pulak buat surprise.
Adehhh.. ibu bab2 camni gemuruh tau.

Kawan² Baru

2/1/2024 sepatutnya ada 5 pelajar baru masuk mendaftar di sekolah Wafi.
Kebetulan ibu dah keep in touch dengan ibu2 pelajar ni bila mana mereka dimasukkan dalam grup whatsap untuk pelajar jauh (Selangor/KL). 

Alhamdulillah rayuan anak-anak ini telah diterima dan ramai lagi pelajar memenuhkan SBP di seluruh Malaysia dan mendaftar pada 2/1/2024. Kawan-kawan baru Wafi ni parents mereka ada dalam grup telegram Tuan Hashim itu yang kami dapat maklumat lebih cepat. Terus masukkan dalam grup. Senang nak share info anak-anak jauh.

Salah seorang ibu share dalam grup gambar ni.
Masa nak ke koperasi beliau tegur Wafi sebab nampak nametag. Ibu ada beritahu mereka tentang Wafi.  Sebelum tu ibu dah pesan kat Wafi ada 5 orang pelajar akan daftar dan semua dari Selangor. Bolehlah tegur-tegur bila mereka masuk.

The best part, salah seorang darinya classmate Wafi masa di SAMNI dan mereka berkawan baik walaupun belajar sama 2 bulan lebih je. Kawan ni akan daftar esok.

Insyaallah lepas ni Wafi boleh balik PB bertiga. 
 

Friday, January 5, 2024

Bersama Cinta Hati di Hari Ulang Tahun Kelahiran

Malam tadi ayah bawak ibu makan untuk celebrate hari lahir ibu. Petang balik kerja ibu singgah rumah. Saje lah tanya nenek.. ingat tak hari ni hari lahir kita?
Sure lah nenek tak ingat hahahha... nenek cuma ingat hari lahir ummi je 😁
11 anak kan hehe..

Ibu ajak nenek sekali. Pesan lepas maghrib ibu ambik, soh nenek siap pakai cantik-cantik😁. 
ehhh.. selalu pun pakai cantik!
Ayah bawak makan kat Andra By Gula Cakery.

Haaa... nenek siap pakai lipstik. Hadiah harijadi dapat lipstik sampai 3 😁
Haritu mengadu lipstik cucu2 buat main, ehhhh... ramai pulak yang hadiahkan barang mekap!

Thursday, January 4, 2024

Bami o Bami

Haritu Abang Imi ada share video assignment kelasnya. Jaranglah nak tengok dia pakai formal. Selalu kat rumah asal boleh je😁

Gamaknya nanti masa kerja pakai smart begini. Barulah sedap mata memandang.

Balik ritu pun badan nampak ada perubahan. Mengecil sikit. 

Mulalah kena kacau dek mak pak sedara..

Ada girlfriend kot?

😲😲😲😲