Hari ni cuti sempena Maulidul Rasul tapi ibu kerja ganti cuti raya puasa ritu. Cuti gantian terakhir. Balik kerja singgah rumah ambil ayah dan singgah rumah nenek ambil Bami pulak. Ajak nenek, Aqil dan Amira sekali makan.
Pages
Friday, September 5, 2025
Makan Malam Ayam Gepuk Kebun
Labels:
Family
Thursday, September 4, 2025
Laksa Untuk Makan Malam I Haiwan Peliharaan
Ni Kak Widad yang masak, katanya teringin makan laksa. Bahan² semua beli sendiri, pergi Econsave dengan nenek dan Cik Biela.
Labels:
Family
Monday, September 1, 2025
Makan Malam Di Taste Of Pakistan
Seharian di rumah hari ni, nak nap pun tak boleh. Walaupun cuaca agak redup terasa bahang juga. Tu yang petang ajak semua makan kat luar. Dinner terus sebab tengahari tak masak. Masing² kenyang makan nasi goreng.
Taknak makan berat sangat, jadi Taste Of Pakistan jadi pilihan.
Labels:
Family
Family Day 2025 - Day 1 : Sarapan Di Kedai Makan Ayah Din
Ini cerita Family Day Shohari Clan yang diadakan pada 30/5/2025 sehingga 1/6/2025 yang diadakan di Bernam Nature Hut.
Baru sempat update.
Sabtu 30/5/2025 kita mulakan perjalanan Family Day seawal jam 7.45 am. Keluar awal untuk mengelakkan jammed yang dijangka sempena cuti 3 hari, weekend bersambung Hari Keputeraan Agong.
Perjalanan mengambil masa sejam ke Tanjung Malim.
Seperti biasa bila jalan jauh ni, kami gemar singgah ke sesuatu tempat sebelum sampai ke destinasi. Kali ni singgah pekan Tanjung Malim untuk bersarapan dahulu. Search dulu kedai makan yang dapat rating tinggi.
Exit je PLUS ke Tanjung Malim menuju pekan disajikan mural ni.
Labels:
Family
Santai² Di Bulan Baru
Hari terakhir cuti 3 hari.
Malas nak buat apa².. kunun pagi tadi nak golek² atas katil tapi tak boleh juga. Buatlah sarapan sikit.
Jadilah sandwich telur.
Nasi goreng belacan ni ibu tambah carikan ayam leftover beli di AEON sabtu lepas. Taknak pedas sangat, 7 biji cili padi ibu tumbuk kasar je. Letak carrot dan kobis. Biasa goreng nasi ibu bubuh sos ikan/sotong je tak bubuh garam.Kopi susu... guna kopi serbuk cap Kapal Api. Tak habis² kopi tu sebab biasanya minum 3 in 1 je.Ajom lah sarapan.Santai² di hujung minggu.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Sunday, August 31, 2025
Ambang Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Ke 68
Cerita semalam Sabtu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ibu ayah akan bawa anak-anak untuk datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Tahun ini Ambang Kemerdekaan jatuh pada hari Sabtu tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pada hari bekerja.
Selepas beli barang Wafi di AEON Mall Shah Alam, terus ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Labels:
Family
Majlis Kahwin Di Paut Event, Sijangkang
Hari ni lepas hantar Wafi di KTM, ibu ayah terus ke Sijangkang, Klang bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu ibu.
Tahniah Alyaa dan suami.
Semoga mawaddah sakinah warrahmah❤️
Acik Atim, sepupu ibu dari Subang. Jumpa waktu nak balik jadi tak sempat berbual lama sebab mereka sekeluarga akan ke Pahang pula.Sementara tunggu pengantin sampai, sempat jumpa Cik Anim dan Cik Yan.
Walau rumah sebelah rumah nenek, bukan selalu dapat jumpa.
Dapatlah tulis satu entry sementara tunggu tren Wafi sampai SP. Tunggu sampai teksi hantar sekolah baru boleh relax.
Labels:
Family
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)





