Pages

Friday, February 11, 2022

Voucher Vanilla Crepe

Masa ibu register membership untuk collect point kat SCM, dapatlah voucher RM10 di Vanilla Crepe. Tak pernah pun dengar outlet Vanilla Crepe ni. Dari concierge SCM menuju ke arah Lulu.. adehh.. punyalah jalan jauh. Untuk pergi lain kali memang taklah. Mengenangkan voucher ni tamat 31/3/222 dan anak-anak ajak jalan-jalan dalam SCM ibu turutkan je lah.

Since kita pun tak pernah tau outlet ni.. marilah cari. 

Ambik ini Midnight Chocolate mille crepe. 
Kongsi 4 orang.
Malam ni ada promosi beli 3 kek dapat percuma 1. 
Since kita nak rasa, ambik 1 je lah.
Harga RM15 sahaja. Guna voucher bayarlah RM5.
Berbaloi.

Banyak pilihan kek dan nampak begitu menyelerekan.
Kalau perut lapar mau ambik lebih.
Mujur kat rumah dah makan nasi goreng dan bihun goreng kakak masak.

Sambil makan crepe kita makan aiskrim yogurt IIaoIIao.
Wafi dah tak sabar baca novel.

Bunting depan kiosk.

Suka kaler kat kiosk ni. Pinkish lembut gitu.

Sebelum balik tapau Subway pulak requsted by kids.

 

Shopping Buku di MPH

Beberapa hari lepas Wafi ada minta belikan novel untuk dibaca di sekolah. Masa kat sekolah pinjam novel dari kawan. Kat rumah banyak je novel ibu tapi itu untuk kategori dewasa. 

Lepas balik kerja jam 6 pm tu kita siap-siap ke SCM. Kedai buku terdekat MPH ada di sana.

Wafi pilih sendiri.

Novel remaja yang dipilih.

Baca sinopsis dulu.

Novel dewasa di rak. Ibu sekadar membaca beberapa tajuk. Belum nak beli lagi. Kebanyakan novel sama sahaja jalan cerita. Cinta, kahwin, pergolakan rumahtangga dek orang ketiga kemudian kembali bahagia semula.

Mungkin genre macam ni dah tak sesuai untuk ibu sekarang hahahah

Kalau nak isi masa lapang boleh sahaja baca.
Nanti-nantilah.. 

Sekarang nak layan Netflix citer Tamil hehe..

Abang Imi ambil buku ni.

Pilihan kakak Widad.

Yang ni semua dalam family suka baca.
Entah dah berapa siri ada.
Ibu pun suka sebab bacaan ringan dan santai-santai.

Thursday, February 10, 2022

Masuk-masuk pintu dapur sudah terbau wanginya nasi ayam yang Kawi masak. Cadangnya malam ni nak makan kat Restoren Miyamin sebab ibu teringin makan sate untuk berbuka. Kawi pulak taknak keluar dan nak masak sebab tak buat apa kat rumah. Sekarang sedang cuti semester.

Set nasi ayam by chefkawi.
Semua cukup-cukup... adeh.. tak boleh nak menambah.

Mujur ada ni.
Sate yang Kawi siap tempah. Ada di Meru Food Channel. Ramai je peniaga sate boleh buat delivery. Kalau tak silap ibu, Kawi tempah dari Sate Meru IV.

Ayam 17 cucuk, lembu 17 cucuk dan awalnya kambing 3 cucuk.
Lawakkan kenapa Kawi order macam tu.. kenapa tak genapkan je jadi 20 cucuk setiap satu. Itu pun ibu minta Kawi ambil kambing 10 cucuk.

Jarang makan sate dengan kuah kacang bila perapan sate sudah cukup rasa.

Jangan lupa makan dengan condiments nya.

Alhamdulillah untuk rezeki malam ini.

Terima kasih kakak Widad sediakan dinner. 

Tuesday, February 8, 2022

YL : Ember Terracota Diffuser

Hari ni terima ER bulan Jan 22. Mujur tak terlepas since Ticer Watie terlupa😅. Ye lah...sedia maklum. Busy dengan business dan event. 

Bulan Jan 22 ada Gorgeous Glow Bundle consist of :-

1. Ember Terracota Diffuser

2. Bergamot 15ml

3. Northern Lights Black Spruce 15ml

Member price RM575 PV94.03

Ibu tambah Cedarwood untuk cukupkan ER.

Malam ni diffuse NLBS... fuhhh... jatuh chenta dengan bau dia.

Northern Lights Black Spruce essential oil has a grounding, earth-connecting aroma that enhances spiritual practices and is soothing to muscles after activity when combined with massage.

 

Mouse Pad Zaman Sekarang

Abang Imi minta ibu belikan meja komputer macam dalam bilik Wafi dan bilik Kakak Widad. Tapi taknak warna putih.. hurrmmm... 
Pilihlah sendiri.. sebab ibu beli di Giant Klang Sentral je.
Nanti ibu beli tak berkenan plak.
Bami riki-riki kat shoppee.. jumpalah yang dia suka. Ibu tak tengok pun apa yang dipilih.
Ibu tetapkan budget.

Bila dah sampai Bami tunjuk gambar ni.
Malam baru ibu perasan meja tu untuk gamer😅

Bila dah setting jadi camni.
Makkaihhhh... ada lampu-lampu lagi.
Rupanya itu adalah mouse pad.

Ada pulak mouse pad sebesar gitu. Siap ada lampu lagi.
Lampu tu pulak boleh setting nak kaler apa.
Hurrrmm... kalau ibu sakit mata dah.

Macam-macam gaya budak-budak sekarang.
 

Saturday, February 5, 2022

Berkelah di Sungai Inki, Kalumpang

Selepas solat Zuhur di masjid berdekatan, aktiviti yang kanak-kanak tunggu... mandi sungai!
Jalan nak ke tapak perkelahan agak kecil.. bersabar je lah. Kami sampai petang dapatlah parking yang selesa. Bayaran parking RM3 bagi setip kenderaan. 

Ayah bayar sewa gazebo RM30.
Gazebo dan tapak khemah memang tersedia dan ia terjaga.


Gambar sekitar sungai dari gazebo kami.

Tak sabar nak mandi ke Cem.

Khemah biru tu memang tersedia dan boleh disewa.


Bekalan yang dibawa dari homestay. 
Di sekitar tapak perkelahan juga ada gerai-gerai jualan makanan.

Atas tu Chalet Keluarga Sakri.

Kalau nak letak khemah sendiri pun boleh hanya sewa tapak sahaja.

Aikkk.. dah dapat makanan pun mulut muncung lagi.

Cik Man pasang khemah di sebelah gazebo. Senang sket yang gegirl nak tukar pakaian.

Makan dan makan sementara anak-anak mandi.

Mereka mandi di kawasan ini sahaja.
Cetek dan air tidak begitu deras.

Kawasan ni berbatu-batu besar dan air agak deras. Tidak sesuai untuk kanak-kanak kecuali dipantau rapi.


Bila hujan rintik-rintik petugas Majlis Daerah tiup wisel dan panggil "naik.. naik"..
Maka naiklah budak2 ni dan sambung mandi di kolam dengan bayaran RM2 seorang. Kat situ mereka diberi gelang tangan. Kalau keluar boleh masuk balik.

Bila hujan renyai dah tak ada masuk semula sungai.. kali ni masuk kawasan yang besar dan dalam sikit. Kanak-kanak tak nak masuk sini sebab sejuk hahaha.. padahal mereka dah seronok masuk dalam kolam.


Memang highly recommended lah sungai ni.
Air bersih, jernih dan sejuk.









Redup sangat waktu ni sebab dah jam 5 lebih.



Sungai Inki ni dari segi kebersihan memang superb.
Pengunjung yang bagus sebab tidak meninggalkan sampah dan membuang sampah di tong sampah yang disediakan.
Memang ada pekerja pembersihan tapi dengan kerjasama para pengunjung kebersihan dapat dikekalkan.

Hampir jam 6 pm kami tinggalkan Sungai Inki dengan pelbagai kenangan.
Yang pasti anak-anak sangat seronok!