Pages

Tuesday, April 19, 2022

Kenapa lah Perlu Setia!!

 

Saksikan telefilem Setia lakonan Rusdi Ramli dan Amyza Aznan pada Isnin (18 April 2022) pukul 9 malam di TV2.

Setia

Waktu Siaran: Isnin, 18 April 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 (Drama On 2)
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: -
Pelakon: Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Aedy Asyraf, Wan Sharmila, Mior Darwish

Sinopsis Setia

Syakir sepanjang hidupnya tersiksa dengan perbuatan ayahnya, Nasir semuanya kerana ketagihan Nasir. Kerana patuh kepada ibunya, dia tunaikan juga tanggungjawabnya walaupun hatinya sendiri dendam terhadap ayahnya itu. Semuanya kerana zaman kanak-kanaknya hancur dek perbuatan ayahnya sendiri.


Malam tadi ibu tonton drama ni di TV2. Tak sampai separuh pun tengok.. rasa jelak pula. Terasa kenapa dalam dunia ini ada keluarga yang begitu. Si ayah menagih dadah, pukul ibu.. pukul anak. Sampai ke tua pun masih menagih. Masa anak kecik dijualnya anak itu untuk mendapatkan duit demi dadah. Bila anak umur 8 tahun dipulangkan semula.. dah anak tu dikatakan pembawa malang. Bila dah dewasa anak ini pula terpaksa carikan dadah untuk si ayah. Mak dia suruh. aduhaiiiiii.. kenot brain lah camni.

Cerita drama Melayu kan biasa berakhir dengan taubat.. mungkin sama dengan cerita ni. Tapi ibu dah tak boleh tahan tengok. 

Pelakon memang semua best lah.. dapat menjiwai watak.

Tapi ibu....

GERAM. MARAH.

Si ibu sanggup hadap dengan perangai si ayah.
Biar je lah polis tangkap.
Hantar ke pusat pemulihan.
Tinggalkan sahaja lelaki begitu.
Bina kehidupan yang lebih baik.

Ishhh.. 

Mungkin realiti kehidupan memang ada.

Dari marah tengok cerita macam ni baiklah layan Netflix "Old Enough".
Dokumentari dari Jepun.

Sunday, April 17, 2022

Ole-ole Dari Amie's Little Kitchen

Alhamdulillah kiriman ole-ole dari Cikgu Amie telah selamat diterima setelah beberapa hari stranded di courier centre. 
Ibu terima pada 6/4/22. 
Disebabkan minggu tu sibuk menonton Drama Korea jadi blog pun terbiar sepi tanpa entry.
Ayuh... kita kembali mencoret agar cerita itu tetap menjadi ingatan.

Hadiah ini sempena Teka Daerah yang Cikgu Amie anjurkan buat pembaca blog beliau.

Tshirt pink Sabah Borneo .... ibu suka ibu suka😀😀
Juga senaskah antalogi cerpen.


Tulisan Cikgu Amie juga ada di dalam naskah ini.


Terima kasih Kak Amie atas ingatan tulus ini.

Semoga terus bermusafir dan juga berkarya serta direzekikan dengan kesihatan yang baik.

Alih Tiang TNB

Fasa mengalihkan tiang TNB yang tertangguh sejak projek lebarkan jalan akhirnya terlaksana hari ini. Cik Rasul yang cari kontraktor dan dipersetujui oleh keluarga yang terlibat.

4 tiang akan dialihkan kedudukan agar tidak mengganggu jalan yang dilebarkan. 2 di depan rumah Cik Rasul dan setiap satu di rumah kita dan Cik Ujang.

Kos untuk alih tiang RM600 sebatang. Jadi RM2400 dan bila dikongsi 3 keluarga maka masing-masing perlu bayar RM800.

2 buah jentera digunakan dengan beberapa orang pekerja kontraktor.

Mereka mula awal dalam jam 9 pagi macam tu. 

Boleh main bola depan tu hahahah

Tiang depan rumah kita setelah dialihkan.
Fibre Unifi tu sangat sensitif. Tersentuh sikit pun dah hilang line.
Mujur Isnin kontraktor TM datang dan betulkan semula.

Depan rumah ni betul-betul tanah berbatu. Lama juga mereka gerudi tanah untuk masukkan tiang.

Masa ni belum habis lagi tapi dah nampak lebih lapang tanpa tiang yang tak align sebelum ni.
Tiang depan rumah Cik Man dan Nenek Masi tak ubah sebab jalan sudah 10 kaki.

Fasa seterusnya buat longkang.
 

Puding Karamel

Teringin pula berbuka makan puding karamel. Gigih lah lepas kemas-kemas rumah tadi buat. Simpan dalam peti sejuk. Bawa sekali dengan loyang dan potong di rumah nenek.

Ini lah kejadiannya.
Takde gambar potongan rentas hehehe...
Ambil gambar cepat-cepat sebab hampir waktu buka.

Puding Karamel

Resepi OlehChe' Nom

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk gula karamel:
    • 1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
    • 3 sudu besar air
  • Bahan-bahan untuk puding:
    • 5 biji telur, saiz B
    • 1 tin susu cair
    • 150ml air
    • 1/4 cawan gula
    • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk gula karamel:
    1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
    2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk puding karamel:
    1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
    2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
    3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
    4. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.

Tips:

  • Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah 'water bath' atau 'bain marie' dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
  • Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
 

Saturday, April 16, 2022

Buka Puasa di Rumah Paksu

Hari ni dapatlah mengunjungi Paksu dan Maksu Rawiwa di rumah baru mereka di Bandar Seri Putra sambil berbuka puasa bersama-sama.
Sampai sana hujan turun dengan lebat jadi tertangguh lah sikit plan untuk membeli juadah tambahan di bazar Ramadan. Lewat sikit ibu dan ayah keluar. Tercari-cari juga lokasi basar di sana dengan hujan yang masih ada. Berhenti di Ayamas beli ayam panggang dan karipap panas takut tak jumpa bazar. Di situ bertanyakan arah bazar. Rupanya di sebalik bangunan berdekatan Ayamas.

Alhamdulillah.. dapatlah beli kiriman anak-anak yang teringin makan ayam dan sotong gunting.

Main dish, nasi daging utara air tangan maksu Fatin.

Banyak betul nasi yang diberi.. tapi memang habis hahahha..
Sedap sangat.
Nasi daging kan sangat popular di utara dan lama tak makan. Pairing dengan air asam fuhhhhhh...


Dapatlah RAWIWA main dengan sepupu kedua mereka, Umar.
Mereka ada 2 orang sepupu sahaja.

Main sampai tangan kakak Wafi kena gigit. Menangis Wafi kesakitan. Ibu terus sapu Deep Relief.
Ini dah hari kedua. Lebam pun masih ada.

Balik dari rumah Paksu kita singgah A&W.
Teringin pula minum rootbeer.
Takeaway je. Abang Imi ambil Coney Dog.

Dalam kereta yang duduk belakang pengsan awal2.
Sedar-sedar sudah sampai rumah.




 

Friday, April 15, 2022

Moreh di Mamak

Malam ni ayah ajak moreh lepas terawih. Plannya dah seminggu. Malam weekend je lah boleh pergi. Kita pergi restoren mamak je area Setia Taipan.

Wafi dari rumah lagi teringin jus tembikai.. nampak menyelerakan sungguh. 

Taknak makan sebab masih kenyang lagi.


Ayah memang dah plan nak makan nasi kandar  ibu rasa sesudu je.  


Ibu pesan jus oren suam je dan seketul vadei.

Abang Imi tak join sebab nak tengok bola manakala kakak nak rehat je selepas seharian online class.
 

Ayam Goreng Mamak's Style

Hari ni buka pintu dapur terus terbau ayam goreng. Masyaallah.. sedapnya.

Inilah ayam goreng yang kakak masak. Belajar dari Youtube. Bahan-bahan apa yang ada. Pandai kakak improvise. But seriously sedap sangat. Ibu pun tak pernah goreng ayam style ni.

Inilah hidangan berbuka tadi. Kakak tumis daun keledek campur kobis sikit. Nak habiskan stok sayur yang ada.

Ayah beli daging masak hitam. Pana puri tu ibu order dari seller di Jalan Iskandar yang ada buay delivery.