Pages

Saturday, July 23, 2022

Hari Terakhir Mei

Few days selepas kita sambut farewell Hana, giliran Mei pula meninggalkan syarikat. Seperti Hana juga, Mei menyertai syarikat ini 10 tahun juga.


Seorang yang sangat gigih bekerja.
Pernah bekerja di bawah ibu dan bila ada kekosongan di seksyen yang lain kita lepaskan untuk beliau growth.







Bersama our Finance Manager,

Semoga terus sukses Mei!


 

Wednesday, July 20, 2022

Hari Terakhir Hana di Syarikat

Gambar kenangan hari terakhir Hana, rakan sekerja ibu di ofis.
Berkhidmat 10 tahun dan sekarang menyertai syarikat lain.
























 All the best Hana.

Semoga terus cemerlang walau di mana jua.

Tuesday, July 19, 2022

Air Asam Perut Muda

Pertama kali lah nampak perut muda/usus lembu ni yang belum dimasak masa kat rumah Cik Wada masa koraban haritu. Diminta pula buat kerabu.
Adehhh.. ibu dah lah tak pernah buat dan tak pernah makan pun.
Nampak pun tak pernah.

Kita minta resepi dari Cik Man je lah since Cik Man kan orang Kelantan, biasa makan. 
Kalau air asam style utara tu biasalah buat tapi ini kena bubuh perut, jadi kena tanya pada yang pakar.


Resepi Air Asam Perut Muda

Bahan-bahan
1. Perut muda/usus (rebus dan potong)
2. Bawang (hiris)
3. Cili Padi (hiris)
4. Belacan bakar
5. Limau kasturi (perah ambil air)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
9. Serbuk perasa

Cara-cara
Campurkan sahaja bahan-bahan di atas dan perasakan. Mesti sedikit masin, manis dan masam. Cuka tu bubuhlah sikit-sikit sebab ibu pun takde spesifik sukatan sebab guna bahan yang ada.


Ibu ambil sekeping... rasa kenyal-kenyal.
Cukuplah buat rasa๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Close up.
Diorang kata sedap... Alhamdulillah.
Mungkin kalau bukan ibu yang buat akan makan lebih๐Ÿ˜๐Ÿ˜
 

Saturday, July 16, 2022

Misi Mencari Telefon Abang Imi

Hari ni seawal jam 10.30 pagi kita gerak ke Kajang.
Jauh betul Abang Imi mencari telefon dia. Since abang yang insist nak beli di sana, sanggup tu drive dulu sebab nanti balik nak belek-belek telefon. 

Sampai-sampai kedai, ibu duduk dalam kereta je sebab kat situ clamping zone. Bila dah banyak kereta baru lah ibu keluar masuk kedai. Parking kereta pun betul-betul berdepan kedai. Padahal dah download apps rupanya dalam hp lama. Mungkin clamping tu untuk hari bekerja. 


Masuk-masuk hanya ada seorang pelanggan lain, jadi tenang lah Abang Imi nak bertanya itu ini.
Dua beradik ni memang minat telefon yang sama.. ehh... mereka tiga beradik.


Ibu takde lah nak sibuk-sibuk tanya itu ini.. hahhaha.. sebab bukan hp ibu pun.


Hamboii... dia dah usher lah.

Adik dia sabar je menanti kat sebelah.

Testing.. testing..

Alhamdulillah kerja keras part time Abang Imi hampir dua bulan dapatlah guna sebahagian duit yang diterima beli telefon idaman.
Seperti biasa Bami kalau nak sesuatu akan usaha sendiri.
Kali ini ibu ayah tak ada share sebab Abang Imi nak milik mutlak๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€


Mencari sampai ke Kajang sebab kat kedai ni je ada warna telefon yang diidamkan.
Itupun booking dulu siap-siap.


Abang Imi dan Wafi bila malam adalah benda yang dibuat berdua.
Mengusik satu sama lain.
Bila tak puas hati mengadu kat ibu.

Tengoklah tu dia buat abang dia macamana!

Hurrmmmm... malas nak layan๐Ÿ˜

Wednesday, July 13, 2022

Korban

Sambung cerita aktiviti korban Isnin, 11 Zulhijjah.
Isnin malam dan membawa ke hari Selasa dan Rabu perut tak rasa selesa. Mungkin makan berlebihan. 

Hari ni baru ok sedikit. Makan pun ala kadar. Wafi pula tak ke sekolah sebab diarrhea,

Kasihan kakak, Selasa pagi ibu hanya gorengkan ayam, sup sayur dan nasi untuk dibawa balik ke kolej.

Korban di rumah Cik Hannis/Cik Hannis.

Lembu korban.

Wafi ambik peluang laa tu.

Tak lama kemudian mengadu sakit perut dan tak lalu nak makan padahal bangun tidur tadi kata lapar.

Cik Wada buat bihun goreng dan begedil tauhu dan kentang.

Kena ikat dulu kaki belakang.


Tumbangkan lembu.

Sedia untuk disembelih.


Bahagian organ dalaman yang akan dibahagi 7.
Trauma sket tengok bahagian ni huhu..

Yang ambil bahagian dapat 3kg seorang manakala yang lain ditimbang 1kg untuk diagih-agihkan.

Rewang.

Dah siap sup daging.
Makanlah pula beramai-ramai.

Balik tu singgah bahagikan daging ke beberapa buah rumah.

Alhamdulillah, selesai korban tahun ini.
Semoga Allah terima ibadah ini.