Sempena Majlis Makan Malam SAS, seorang kawan ayah sponsor apartment 2 bilik di PNB Perdana Hotels & Suites, Kuala Lumpur. Rezeki ayah dapat apartment ni sebab banyak involve dengan majlis makan malam tu. Jadi ayah offer lah kat Shohari Clan yang berkelapangan untuk join stay semalam di sini.
Hotel ni dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diuruskan oleh Attana Hotels and Resorts.Kami sampai dalam jam 12 lebih macam tu park dulu kereta dan jalan kaki ke KLCC. Sementara tunggu waktu check-in jam 3 pm bolehlah kami lunch.
Sementara tunggu kakak di bilik air, kami ambillah gambar di lobi.
Lepas makan di KLCC, balik semula lah ke hotel naik LRT turun di Ampang Park, tak larat nak jalan kaki. Naik LRT tak sampai pun 1 minit pun😅. Ayah kata bolehlah beli barang dapur di mall Ampang Park tu.. sekali.... bangunan tu pun dah tak ada, dah roboh... adehhhh.. kawasan tu sedang dibina bangunan lain.
Terpaksalah ke mall yang berhampiran, Intermark. Jenuh jugalah berjalan. Siap beli barang, order Grab tapi banyak yang decline mungkin sebab hujan lebat. Jalan kaki semula dan kat depan jejantas baru order Grab lagi sebab hujan lebat takleh rempuh. Sampai uncle Grab tu cakap.. dekat saja. Kalau tak hujan memang jalan terus ke hotel.
Bilik di tingkat 11.
Masa kami sampai kebetulan Cik Baya pun baru sampai. Naiklah sesama.
Masuk2 pun dah rasa.. wowww besarnya apartment ni.
Depan tu 2nd bedroom.
Ini 2nd bedroom with 2 bed.
Bilik air dalam bilik ni cuma ada tandas dan shower takde bath tub.Cuma yang tak best sinki dia sumbat, lambat air turun.
Bercinta betul nak cuci-cuci.
Ini bilik air di main bedroom.
Sejadah, iron dan iron board disediakan.
Tafsir Al-Quran, safety box dan extra bantal.Ibu, Wafi dan neneklah tidur sini.
2nd bedroom pun ada extra bantal.
Tak kedekut bantal lah hotel ni. Bantal pun jenis yang selesa bukan macam sesetengah hotel, letak kepala atas bantal terus tenggelam🤣
Iman happy dapat masuk hotel Pak Ngah.
Bilil air ke tiga, cuma ada tandas dan sinki.
2 rooms apartment with 3 bathroom.
Meja kerja di ruang tamu.
Luas betul 1st bedroom ni.Boleh je beramai2 tidur di bawah.
Karpet pun gebu, bersih dan yang penting tidak berbau kepam.
Basic minuman yang disediakan.
Stove pun berfungsi dengan baik.Rice cooker, toaster dan microwave juga ada.
Basic makanan lah bila kumpul ramai2 untuk pastikan semua perut kenyang.Kalau tau kena jalan jauh memang beli dulu kat area rumah. Dahlah harga KL😜😜
Sayur, buah-buahan dan lauk basah pun kita beli siap-siap.
Takde dah nak keluar- keluar lagi.
Mall jauh.
Kalau ada 7E kat bawah hotel lain lah!