Pages

Sunday, February 25, 2018

Kejohanan Sukan Tahunan SKBK 2018

Pagi2 Wafi dah bersiap dengan gembiranya.
Masuk satu acara je... prektis hampir 3 minggu.
 
Ada senamrobik, murid, guru, ibu bapa dan semua warga SKBK, Ikut jadual 8.30 am tapi dekat 9.30 baru start sebab mulakan dengan acara kumpulan rumah2 masuk ke padang.

Ibu dan ayah tersalah tempat.. tunggu di tempat Tahun 3 rupanya.. Tahun lepas pun sama. Jadi terlepas acara Wafi. Masa ibu sampai.. sukaneka kelas kedua sedang berlangsung.

Wafi yang gembira bila Nampak ibu. Dahaga katanya.. tak bawakkan air sebab taknak bawak beg. Ibu belikan air kosong sejuk.. lega katanya.. alahaii siannya.

Wafi cakap dah selesai sukaneka.. tapi tak dapat pingat. Ibu cakap takpe... yang penting masuk bahagian.

Cikgu kumpulkan murid2 yang tak dapat hadiah di padang.

Cukupkan murid untuk kelas 2 Gigih. Oklah.. ada 3 grup je.. jadi semua murid akan dapat hadiah.

Tunggu giliran.

Ehhh.. ibu pulak yang nervous.. Wafi jadi pelari terakhir.

Alhamdulillah... kumpulan Wafi dapat nombor 2..

Dapatlah perak.

Good job dear.

Dengan kawan2 tumpang yang sama2 dapat pingat.

Perak untuk tahun ini.. tahun lepas gangsa.
Insyaallah next year, tahun 3 Wafi dan kumpulan dapat juara.

Hoyayyyyy..

Saturday, February 24, 2018

Kerja.. kerja.. kerja

Hari ni sabtu tidak bekerja. Memandangkan bulan ni 28 hari je dan year end closing akhir bulan ni.. maka agak kelam kabut lah juga. Dengàn stock take dan auditors will be coming next mid month.. boleh dibayangkan the hectic.

Maka terpaksa lah juga bawa kerja balik yang mana akan rasa bersalah. Setiap kali bawa balik kerja mesti memikirkan adakah hidup ini hanya untuk bekerja.. tak cukupkah 10 jam masa diperuntukkan untuk kerja2 ofis?

Aghhhhhh... till when?
Am i going to do this for the rest of my life?
Absolutely no.. no.. no

Ya Allah.. please give me guidance.

Make me strong.
Make me patience.

Wednesday, February 21, 2018

Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan

Hari ni nak kongsikan resepi masakan lemak cili api style Negeri Sembilan yang dipelajari dari seorang unimate, Puan Hanis.. Biasa tumis bahan tumisan tapi yang ini tak perlu tumis. Tiada gula juga dimasukkan sebagai penambah rasa. Tetapi rasa tetap sedap. Masakan Nampak pucat tetapi sebenarnya kuning dah cantik. Faktor cahaya dari hp cap ayam hehe...
 

Bahan2
1. 1/2 ekor ayam dipotong kecil
2. Cili padi hijau (ikut suka kepedasan)
3. 1/2 - 1 ibu jari kunyit hidup
4. 2 batang serai (dititik)
5. Kentang (kentang habis gantikan bendi)
6. Santan
7. Garam

Cara2
1. Blendkan cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan ayam, cili yang sudah diblend dengan kunyit hidup, serai dan kentang dalam periuk.
3. Masak atas api perlahan untuk kecutkan ayam.
4. Agak2 separuh masak, masukkan santan dan masak hingga ayam masak. (yang ni baru masukkan bendi)
5. Perasakan dengan garam dan angkat, sedia dihidang.

Masakan yang ringkas tetapi sedap.
Lepas ni masak style macam ni.

Tuesday, February 20, 2018

Tangan tertimpa pintu bonet

19.2.2018
Pagi tu bercadang untuk ke TH.
Sebelum tu tambahkan air dalam container bonet depan. Tetiba penutup bonet tertutup.. arghhhhhh

Wafi... wafi.. panggil ayah.. tangan ibu tersepit.

Luckily masa tu Wafi pergi ruang tamu nak tanya ibu tentang telefon..

Tapi rasa lama plak ayah sampai...

Cik ana oooo cik ana
Tolong2.. tangan tersepit. Ain yang keluar..
Ain.. ain.. panggil ibu.

Tak lama lepas tu ayah n cik ana datang tolong buka.. adoii... tak boleh buka selak plak.

Nak tak nak kena angkat pintu bonet tu gak... tapi pakai tangan je lah..

Alhamdulillah.. terlepas.

Terus bengkak.. sapu minyak gamat dan urut sket2.. rasanya effect kat urat saraf. Tulang ok.

Ya Allah.. tak terbayang kalau tiad orang huhu...

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati2 mereka untuk menolong.

Monday, February 19, 2018

Perjalanan pulang yang mencabar

Ahad pagi, 10 am bertolak dari Kulim. Short break sempena CNY. Memang dah agak jalan mesti jammed since esoknya hari bekerja.

Jalan mulai perlahan lepas Changkat Jering. Nak ke Terowong Menora tu hampir 2 jam disebabkan kenderaan yang banyak ditambah kawasan berbukit.

Turun dari terowong pun dah perlahan. End up ayah keluar exit Simpang Pulai untuk melalui jalan dalam. Jalan dalam banyak pula trafik light dan sekali lagi kenderaan bergerak perlahan.

Ayah decide untuk transit lagi di rumah ummi. Masa tu pun dah jam 4.15 pm. 6 jam lebih dari Kulim ke Tapah.

Lepak-lepak je. Sempat ibu masakkan sardin dan telur dadar. Dalam kereta dah makan maggi goreng dan roti sardin. Memang ada bekalan makan minum sebab pernah terjadi tak bawa makanan, anak2 kelaparan dan untuk berhenti di RnR masih jauh ke depan.

Sempatlah ayah tidur sepuas2nya. Masa ni ummi dan the cousin masih di rumah atuk manakala cik Anuar pergi memancing. Ingat nak gerak jam 9 mlm tapi bila check di waze, jalan masih sesak.

Tepat jam 12 am, kami gerak balik. Ikut jalan dalam dan masuk di Tanjung Malim untuk ikut hiway. Sesetengah tempat kenderaan bergerak perlahan. Masuk hiway, ibu dah tak sedar.. terus tidur. Bangun2 dah sampai Puncak Alam.

Alhamdulillàh.. sampai jam 3 am. Fuhhhh... 3 jam juga. Biasa 2 jam sudah sampai.

9 jam Kulim =》Klang
Pitammm.

Sampai2.. semua terus zzzzzz...


Friday, February 16, 2018

Abang Imi tamat kursus memandu

Sempena cuti CNY kami akan balik kampung. Macam biasa transit Tapah. Malam tadi selepas maghrib bertolak dari rumah. Jalan sangat clear. 2 jam sampai. 

 Abang Imi bergambar bersama keluarga ummi. 2 bulan lebih di Tapah, belajar memandu kereta dan motosikal. Lepas ni takdelah Isyraf kena buli.

 Bersama hero2 kain pelikat. Kalau ada Abang Muhammad.. cukuplah sepupu berlima.

Partner beli makanan kambing dan pergi belajar.

Sekarang otw ke Kulim. Setakat ni jalan clear. Semoga dipermudahkan urusan kami
 Aam

Wednesday, February 14, 2018

Romanesco

Baru seminggu Jaya Grocer dibuka di Eco Ardence. Antara hypermarket yang suka dikunjungi sebab barang basah terutama sayur dan buah-buahan yang segar.

 Sayur ni pertama kali nampak di JG. Macam batu karang pun ada. Ia umpama kacukan cauliflower dan brocoli.

 Nama sayur ni Romanesco dan diimport dari China. Harga lebih kurang brokoli je. Beli belahan yang paling kecik je sebab nak cuba.

Balik rumah.. goreng ala tempura. Guna je tepung bestari. Rasa seperti cauliflower. Sedap.