Pages

Friday, April 28, 2023

Teringin Lemang dan Rendang Daging

Mengada² betul lah tekak ni, kunun teringin makan lemang dan rendang. Walhal raya pertama haritu ada je kat rumah nenek tapi ambil seketul yang ummi bawak. Padan muka๐Ÿ˜ƒ. Ingat nak tunggu esok je sebab ada jemputan open house tapi takut tak teringin pulak bila dah hari esok๐Ÿคฃ.

Hahhhh... puas makan suam² lagi.
Ambil 4 ketul... ehhh.. tak cukup.. tambah lagi 2!
Tak payah lah kira kalori๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Sini je lah ibu singgah, satu jalan balik. Banyak tahun dah ia beroperasi.. ni sebulanlah mereka ada jual lemang.


Rendang daging dan ayam. Panas lagi.

Berpuluh² batang lemang dibakar. Entah² beratus.


Sebenarnya inilah pertama kali seumur hidup ibu beli lemang๐Ÿคญ. Harga sebatang pun tak pernah tahu.

Ibu : Berapa wak harga sebatang?

Wak : Ikut saiz. 

Sambil letakkan lemang yang besar.

Wak : Ini RM24.

Ibu : Wak yang kecik sikit ada tak?

Wak : Yang ini RM18.

Ibu : Yang paling murah berapa wak?

Wak : Inilah yang paling murah, RM18.

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ibu : Oklah wak.. nak yang ni je.

kahkahkah....

Mahal rupanya lemang ni eh.. ingatkan sepuluh hengget je๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Belilah rendang daging sebekas RM8, beli 2 bekas sebab nak bagi nenek satu. Sampai rumah nenek potong separuh lemang tu, bolehlah nenek buat buka puasa juga.

Rupanya nenek pun memang teringin makan lemang panas. Siap pesan kat ummi minta Pakcik Anuar bawa masa nak ambil kucing nanti.


Kakak potong lemang yang separuh tadi. Tak jadi bulatlah sebab masih panas lagi. Baunya sedap betul.


Bagi ibu secukup rasa... lemak, masin dan lembut lagi.

Hilanglah craving.

Alhamdulillah.



 

Thursday, April 27, 2023

Lempeng dan Sambal Bunga Kantan Untuk Berbuka


Lepas balik kerja ibu terus ke rumah nenek. Dah berapa hari tak jenguk nenek lepas balik beraya haritu. Sampai-sampai nenek kat dapur sedang buat lempeng. Sekilo tepung tu... ibu tanya nak bawa surau ke.. taklah.. tu ramai nanti yang tunggu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Chehh... nenek ni tau je kihkih.. kebetulan kat ofis tadi dah plan nak buat lempeng atau pun goreng mantao buat buka puasa, cicah lah dengan apa2. Kat rumah Kakak Widad dah siap masak kari ikan siakap.

Cakap kat nenek nak 5 keping je hehehhe...

Sekali nenek dah tapaukan juga sambal bunga kantan... ahhhh.... rezeki berganda. Dah dapat apa yang dihajati balik teruslah sebab hujan pun dah mula turun..

Sabar lah ye Zara... kena tunggu buka sama-sama dengan nenek nanti baru boleh makan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Balik rumah, ibu tinggal potong buah oren.
Lengkaplah hidangan malam ni.
Nasi putih kakak tak masak, reheat je nasi goreng pagi tadi.
Sayur tak ada sebab kedai berdekatan baru buka hari ni dan ibu baru je beli sayur. Kakak dah tutup dapur.
 

Wednesday, April 26, 2023

5 Syawal

Hari ni hari terakhir ibu bercuti, esok company mula beroperasi setelah shut down 6 hari dari hari Jumaat minggu lepas. Ibu tak ambil extra cuti. 

Jadi pagi ni santai-santai je di rumah. Breakfast pun ibu tak prepare sebab plan nak brunch terus di luar. Ada beberapa urusan di Central i-City jadi kita makan di sana je. Keluar rumah pun almost 11.45 am.

Sampai² kita makan dulu di Black Canyon. Ramai pula pelanggan masa kami masuk tadi. Tunggu je lah. Masing² boleh bertahan lagi. 

Lepas makan setelkan Maxis Wafi. Yang ni memang kena buat di centre but end-up nombor lama tak boleh retrieve. Terpaksalah beli nombor baru.

Abang Imi nak cari jam G-Shock. Tak ada pulak warna yang dia nak tu. Terpaksalah beli online nanti. Dapat duit raya beli G-Shock ๐Ÿ˜ถ. Katanya dah lama aim jam tangan model tu.

Lepastu masuk Jaya Grocer beli sedikit barang dapur dan keperluan lain. Sebelum turun ke parking Wafi minta belikan Ilao Ilao.. hurmmm...

Setel urusan di Central i-City terus ke Kedai Cermin Mata Nur Kaseh. Wafi kata rasa silau dan kurang kelas masa di kelas. Check dulu dengan Optometrist. Ada rabun tapi mild je. Opto kata boleh pakai spec masa dalam kelas sahaja.

Balik rumah ibu dah sakit kepala. Mungkin cuaca panas kat luar. Kemudian hujan sekejap. Dapatlah lelapkan mata sekejap.
Esok nak keje dah... adehhhhh๐Ÿ™ƒ๐Ÿ™ƒ

Tuesday, April 25, 2023

Raya 2023 - 4 Syawal : Pulang ke Sarang

Seperti di rancang, Syawal ke 4 kita akan pulang ke Klang. Semalam tengok medsoc jalan sesak sepanjang Lebuhraya PLUS, seperti biasa... raya dan cuti panjang kan!
Kami keluar rumah jam 7.30 am.

Seperti biasa... masuk kereta je semua tidur bagai tiada hari esok. Ayah lah seorang drive. Suka lah tu boleh tekan minyak lebih ๐Ÿ˜.
Sesekali lah ibu terjaga untuk pastikan ayah tidah mengantuk dan hulur makanan. Padahal ada je lah ayah sediakan air dan gula-gula sebagai peneman.

Setiap kali perjalanan jauh, pasti diperuntukkan sejumlah wang untuk kudap-kudapan di RnR walhal boleh je beli di kedai-kedai sebelum bertolak. Biasanya beli buah-buahan, kekacang dan mineral/drinking water sejuk. Ayah je lah akan beli kopi dan gula-gula untuk elakkan mengantuk.
Kali ini lebih banyak beli roti di Harolds Cafe sebab dah jumpa pastries dan roti yang sangat sedap.

Semalam sebelum balik dari rumah kawan ayah, beliau bagi beberapa paket coklat Vochelle ni. Wahhh.... sedaplah sangat.
Balik beraya nanti janganlah mengada-ngada timbang berat badan hahhaha.. tunggulah lepas 2-3 minggu atau selepas habis puasa ganti dan sunat ๐Ÿ˜Ž

Alhamdulillah.. perjalanan lancar. 5 jam sudah sampai rumah. Sebelum tu lunch dulu di Ghulam Rasul. Balik cuci baju dan kemas rumah.

Barulah isi kuih raya dalam balang. ehhhh... ada ke yang nak datang beraya rumah kita hahahah
Ada beberapa jenis je. Kawi cuma buat cornflakes madu. 
Biskut semprit, lidah kucing dan kerepek tempe beli.
Kakak Widad bawa beberapa jenis biskut dari tempat kerja.
Kawan ayah ada bagi biskut batang buruk.

Hidang terus, packaging pun lawa.
Thank you Kakak Widad๐Ÿ˜
 

Monday, April 24, 2023

Raya 2023 - 3 Syawal : Beraya dengan Toklang di Tupah

Hari ni barulah bersambung raya. Plan pergi ke kedai Tok Lang dan beraya di sana. Tahun ini tidak beraya ke Changlun seperti tahun lepas. Insyaallah ada kesempatan kami akan ziarah Tok Ngah.

Singgah dulu ke pusara Maktok. Jenuh juga nak mencari sebab tidak ada nombor batu. Tokwan ada beritahu sebaris dengan pokok kelapa dan terletak di tengah. Habislah kalau pokok kelapa itu ditebang, kena guna landmark lain pula.

Kemudian baru gerak ke Tupah.

Style tutup mata ke Wafi ๐Ÿ˜„

Beraya di Pusat Peranginan Tupah, belakang tu sungai. Hari ni tak ramai pengunjung.
Sejuk berangin tengahari ni.
Tadi dalam perjalanan panas litlit, 40 degree C.

Toklang sediakan mi goreng tapi Wafi request Maggi cup.

Order je nak makan minum apa.
Ibu tak adalah nak makan sangat sebab sebelum tu kita dah singgah lunch di Sungai Petani.

Selera betul lah Wafi makan. Happy betul dapat makan mi segera padahal semalam baru je makan.

Patut gegirl sedondon pakai biru tapi last minute Kakak Widad tukar baju ke maroon tapi kain maintain biru.
Wafi tak sabar nak pakai baju pilihannya. Beli di Butik Aira.
Abang Imi cakap macam baju konvo.
Adehhh.. itu kan fesyen.
Bami ni pun....

Tahun ni Kakak Widad beli sendiri baju raya dia. Maklum ler dapat gaji sendiri kan. Kalau ibu belikan cakap oldies fashion style๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tahun ni ibu beli online dan kiosk je. 

Sebelum balik kita ambil gambar bersama Toklang dulu.

Lepas ni beraya ke rumah kawan ayah, ada 2 family.

Sunday, April 23, 2023

Raya 2023 - 2 Syawal : Balik kampung

Hari Raya kedua kita balik kampung, Kulim. Seawal jam 7 am keluar rumah. Topup petrol dan beli kudapan pagi di Petronas LATAR.

Wafi teringin Maggi cup. Belilah asam laksa dan kari.

Masuk PLUS hiway semua tidur. Ibu terjaga sekejap masa sebelum exit Tapah lepastu tidur semula dan jaga bila ayah nak berhenti di RnR Bukit Gantang. Bolehlah proper breakfast. Ibu beli roti di Harolds je. Situ je tak perlu tunggu. Dapat pula secangkir kopi-o panas. Memang nikmat.

Buah potong sekarang RM6, kayangan betul harga sekarang. Belilah jambu madu sebab Wafi request.

Alhamdulillah perjalanan sangat smooth hari ni. Sampai Kulim jam 1 pm.

Hari ni memang tak ada plan, berehat je dulu. Petang baru kuar ke pekan. Minum petang di Coffee Bean.

Sedap pulak Mocha latte ni.. tapi besar betul lah mug dia tu. Share je lah dengan yang lain.

Patutlah ibu tak boleh tidur... minum kopi siang tadi!

Order drinks 3 je, Bami dan Kawi bukan penggemar minuman manis. Chicago Cheesecake pilihan Bami.


Pizza dan bagel makan ramai².


Beraya ❌️

Outing ✅️


 

Raya 2023 - Juadah Hari Raya

Seperti yang dirancang, ibu masak juadah seawal jam 5.30 am. By 7 am semua dah setel.

Set Nasi Minyak.

Ni nak bawa ke rumah atuk.


Sambal udang.


Nasi minyak.

Masak 12 pot guna Noxxa, boleh makan sampai dinner. Bila petang masing² cari nasi.


Acar timun + carrot + tomato.


Masuk je dalam periuk (cantik๐Ÿ˜…) nanti petang senang, tinggal panaskan dan hidang semula. Packkan juga untuk diberi kepada jiran. Ibu tambahkan air Chrysanthemun.

Di rumah nenek mereka dah masak malam tadi.

Ada rendang daging, rendang ayam kampung, sambal tahun, kuah kacang, sayur campur, paru balado by Cik Wada, lemang dan lontong.

Lemang ummi bawa dari Tapah, Cik Otin pun ada bakar juga.
Ayam goreng by Cik Baya, sapa lambat tinggal ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Laksa by Cef Cik Nora. Buat dari hari Khamis kot hari Jumaat raya. Reheat je lah dan by the time Sabtu kuah pun dah sebati.

Cik Nora bawa ayam masak merah, sayur campur dan bubur pulut hitam.

Ehhhh... ada dalaman ayam masak ungkep by Cik Elis.