Pages

Monday, June 27, 2022

Wafi Demam

Hari ini ibu ambil cuti kecemasan.
Omey demam.

Hari Jumaat lepas balik sekolah, Wafi mengadu nafas terasa panas. Lepas makan dan mandi, ibu beri sebiji paracetamol. Lepastu terus tidur sehingga pagi.

Dalam jam 10 pagi tu ibu suapkan bubur dan beri lagi sebiji paracetaml.

Demam semakin kebah.
Tengahari tu minum air kelapa yang Cik Wada belikan. Masa tu ibu kat luar lunch dengan collegue.

Alhamdulillah.. elok lah sabtu dan Ahad.

Dilema juga kalau Wafi demam sebab Sabtu nak visit kakak. Kalau Wafi demam tak dapatlah ibu dan Wafi pergi. Kakak pula pasti sedih (knowing her..) kalau ibu tak ikut serta dan hanya ayah dan abang pergi.

Gambar ni dalam perjalanan ke Sabak Bernam. Happy nak tunjuk hadiah topi kait katak pada kakak.

Malam tadi masa ibu nak masuk tidur, ibu dengar Wafi macam mengerang. Dah agak dah.. kalau tidur berbunyi pasti Wafi demam. Ibu lap dahi dan sapukan EO Lemon di tapak kaki. Kemudian diffuse lemon,

Malam beberapa kali ibu jaga tengok Wafi. 

Pagi ni masih terasa panas badannya walau Wafi kata sejuk, jadi ibu cutikan sahaja.

Sekarang masih tidur... ingat tadi jam 9.30 nak bawa jumpa doktor... tunggu dulu lah sebab Wafi kata nak tidur dulu.

Dah cakap nanti jam 11 pagi boleh lah bangun,

Edited : 

Jam 11.30 pagi tadi bawa Wafi ke Klinik Annur.. sekali tengok kat luar tu banyaklah kasut dan ada pesakit sudah tunggu di luar. Pasti ramai. Teruslah menghala ke Poliklinik & Surgeri Meru Jaya. Situ pun ramai. Wafi tak sanggup nak tunggu katanya. Ok lah kita balik dulu. Petang nanti pergi lagi.

Otw balik tu ibu belikan air kelapa bagi badan sejuk.

Jam 5 pm bawa lagi ke Klinik Annur. Ramai juga tapi tak seramai pagi tadi.
40 minit baru dapat jumpa doktor, Dr. Zainal.

Demam 37.9!
Paru-paru semua ok.

Ibu minta MC untuk pagi tadi juga sebab Wafi tak ke sekolah dan ibu beritahu dah datang tapi ramai orang.

Doktor kata ini tak boleh sehari MC sebab sekarang ramai kanak-kanak mengalami demam. Juga virus influenza yang sekarang ni aktif. 
Ok lah kalau camtu, mungkin doktor akan beri 2-3 hari macam Adam dan Ain dapat.

Sekali bila dapat surat MC tu doktor bagi 5 hari...

Adehhhh.. 

Cepat baik ya Wafi!

2 comments: