Pages

Wednesday, June 29, 2022

Double Breakfast

Jam 8.30 am baru keluar cari sarapan bila perut masing- masing berkeroncong. Kat bawah hotel ada restoren makanan Melayu. Wafi taknak sebab teringin makan tosei. Camtu kita keluar ke pekan lah pusing-pusing. Restoren Sri Kassim dah tutup kot sebab pintu berkunci. Cari restoren lain.

Restoren Madina

Mi goreng mamak pilihan ayah.. masa dimasak sedapnya bau dia. Bila makan pun sedap.. jarang dapat mi goreng mamak yang menepati citarasa kami.

Kakak nak makan roti telur. Roti lembut. Nice..

Ayah tambah kari kambing.. nampak macam kuah cair tapi bila makan secukup rasa kari tu. Sedap.

Wafi yang teringin tosei garing tapi tak mencapai standard dia. Agak kecewa lantas Wafi order mi goreng mamak juga.

Roti sardin ibu.
Roti tu lembut jadi keseluruhannya memang 👍.

Abang Imi nak makan nasi lemak jadi kita cari gerai lain. 
Masa nak masuk restoren tadi Kakak Widad kedai sebelah jual pau salted egg. Ok lah kita masuk restoren sebelah pula.

Restoren Jom Dim Sum

Kita order simple dish je lah mana yang anak-anak teringin.

Ayah order teh tarik kalau tak silap. Sedap sebab kurang manis.

Pilih... pilih...

Masa kami masuk  2 meja sahaja ada pelanggan.

Lopark. 

Salted egg pilihan kakak.

Comel je serving mereka.

Sebenarnya ibu order chicken claws (kaki ayam) tapi mungkin pelayan tersalah dengar jadi dibawanya chicken floss. 

Aiseyyy... makan je lah... nak tunggu lambat pulak.

3 dish je kami ambil.. perut pun dah penuh. Tak boleh masuk lagi. 

Alhamdulillah dapat penuhi keinginan anak-anak.

Belikan Abang Imi nasi dan lauk ayam di Restoren Kuala Kurau. Ayah beli cucur udang kuah kacang. Macam femes je cucur udang kat area pekan tu sebab ada juga restoren lain yang hidangkan menu sama.


 

4 comments:

  1. Replies
    1. macam-macam yang diorang teringin nak makan wak. sorang cuit sana sini dapatlah merasa semua.

      Delete
  2. Dapat mee goreng mamak memang asyik teringat-ingat saja. Memang betul, susah juga nak dapat yang menepati selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. bila dapat yang sedap dan pergi semula rasa dah lain.. mungkin tukang masak yang berbeza.

      Delete