Sabtu, 25.6.2022
Akhirnya plan untuk lunch bersama rakan sekerja terlaksana walau ia agak impromtu juga. Dah lama tak duduk sembang other than work kan...
Mereka decide ke Seoul Garden di Setia City Mall. Ibu follow je lah. Few years back mereka juga makan di sini (masa tu ibu tak dapat join) dan disebabkan ambience yang sangat selesa, ulang juga ke sini.
Pilihaan ke dua Mr Dakgalbi tapi rasanya baru tahun lepas makan situ, jadi kita stick to Seoul Garden.
Buffet berharga RM69 seorang. Walau dibuka jam 11.30 am tapi mereka hanya bersedia menerima pelanggan jam 12 tengahari. Jadi kami booking meja dulu untuk 13 pax.
Since ini kali pertama ibu datang, ambil gambar dulu lah.
Ada pelbagai jenis seafood, ikan, udang, sotong dan beberapa jenis cengkerang seperti pepahat, kepah dan sebagainya.
Perapan daging lembu, ayam, kambing juga ada.
Disediakan juga kaunter premium seperti ikan halibut, salmon, udang harimau, potongan daging lembu dan kambing yang premium dsb.
Ibu baru tau bila dah kenyang.. staff ada beritahu tapi member ibu tak teringat nak abil.
Aiseeyyyy... kena datang lagi ni 😁
Kaunter bebola, sayur-sayuran, cendawan dsb.
Ada juga nasi goreng, mi goreng, popiah sayur goreng yang sedap, kari ikan, sup cendawan dan ikam dori goreng.
Pelbagai jenis sos pencicah, sambal kicap dan lain-lain.
Juga pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.
Sedapnya air lemonade dia...
Dessert ada buah-buahan, jelly, ABC, cendol dan pelbagai jenis aiskrim.
Marilah tengok gelagat officemate bila bertemu di luar.
Mek Kelate , Sal yang cantik.
Mei akan menamatkan perkhidmatan awal bulan Julai setelah berkhidmat lebih dari 10 tahun.
Hana juga akan menamatkan perkhidmatan di syarikat awal bulan Julai. Belaiu juga telah berkhimat lebih dari 10 tahun.
Assila bersama 2 anak kecilnya.
Dok sembang lagi.
Yang lain masih menyambung makan. Makan perlahan-lahan sambil bersembang memang tak rasa lama.
Ibu kena balik sebab lepas ni akan ke Sabak Bernam pula visit kakak.
Ibu, acik As dan Cik Rahmat telah bersahabat lebih 26 tahun bila kami masuk pada tahun yang sama.
No comments:
Post a Comment