Pages

Friday, June 17, 2022

Pisang Goreng Di Hari Cuti

Macam dah lama tak buat minum petang. Masa tonton drama Siam, Game of Outlaws, perut rasa nak makan sesuatu yang panas. Tambahan cuaca sejuk bila lepas hujan. Teringat 3 biji pisang tanduk dari rumah nenek minggu lepas dah elok masak. 

Ibu jarang beli pisang dari mana2 gerai sebab akan terbeli pisang masak yang belum betul2 matang jadi kurang manis. Kalau dari pokok nenek ditebang bila dah matang. Jadi biarkan sahaja untuk ia masak kekuning-kuningan.

Petang ni goreng je sebiji dapat penuh pinggan. Hidangkan juga Indocafe panas. 

Hari ni kan ibu dan ayah cuti.

Uruskan kad pengenalan Wafi di Jabatan Pendaftaran Negara, Shah Alam.

Urusan pun tak lama. Ibu dah siap buat temujanji. Itu yang dapat no. Polis/Tentera😅

Boleh je walk in tapi kena queue. Appointment jam 8.30 am. 8.35 am dah selesai urusan kaunter. Diberi slip untuk ambil sejam kemudian. Orang pun tak sampai 10 yang buat pelbagai urusan.

Kita breakfast dulu di restoren mamak dalam Plaza Masalam tu. Datang semula 9.35 am untuk ambil kad pengenalan yang sudah siap. Masa ni dah ramai orang di JPN.

Untuk urusan kerajaan ibu lebih suka datang awal.

Tak ada plan lepas JPN tu. Wafi teringin Tealive. Singgah di Petronas. Ibu siap bungkuskan lauk untuk lunch.

Balik dah boleh rehat sambil layan drama Siam🤪



 

2 comments:

  1. Wah, layan drama Siam ye. Syok kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok kak sesekali... Jenuh nak habiskan 19 episod. Sebab taknak ganggu hari bekerja itu yang tidur jam 4.30 pagi tadi hehe..

      Delete