Pages

Sunday, June 19, 2022

Nasi Ayam Penyet

Pagi ni balik dari jogging ibu singgah kedai beli stok lauk. Dah terfikir nak masak nasi ayam penyet je hari ni. Sampai rumah buat sarapan sendiri. Untuk Bami dan Wafi since mereka nak bangun lambat, makan nasi je lah nanti, early lunch. Tengahari nanti ibu dan ayah nak ke kenduri kahwin anak jiran seberang jalan.

Ayam tu ibu buat simple je lah takde letak rempah sebab wafi kurang gemar. Ayam yang direbus dah ada halia, garam dan serbuk secukup rasa. Ibu tambahkan kicap dan sos tiram. Goreng sekejap secara touch n go je. Cuma nak nampak caramalised je. Tempe dan tauhu salut dengan tepung Bestari.

Sambal ayam penyet yang tak pedas sebab guna cili merah besar dan beberapa cili padi je. Bami kan tak gemar masakan yang pedas.

Sup pun ringkas hanya tambahkan lobak merah dan daun sup dan bawang.
Ibu dah tak tambah serbuk lada putih atau rempah sekawan.

Beras biasa terlupa nak beli tadi. Pakai je lah beras basmathi. Ni pun style nasi ayam tak berapa nak rajin, hanya guna sup rebusan ayam dan daun pandan sahaja.

Lengkap lah juadah hari ini. Boleh makan sampai ke malam.

Hari ni duduk sahaja di rumah sambil menunggu Wafi siapkan folio Muzik dan Bahasa Arab.
 
Abang kata dah macam pelajar IPT pula. Kena cari bahan semua.

Mujur semua di hujung jari. 

2 comments:

  1. Nampak sedap sungguh! Kalau saya memang confirm menambah nasi ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak.. masak ringkas tapi boleh bawa sampai ke malam.

    ReplyDelete