Balik dari trip Johor tahun lepas masing-masing semangat untuk next family day. Terus dapat kata sepakat untuk camping. Bernam Nature Hut dipilih sebab Cik Cha pernah pergi. Since ada yang taknak duduk khemah (ibu ler tu) maka kenalah sewa chalet juga.
Pilih date 4 - 6 Jun 22 sebab Isnin 6hb tu cuti Keputeraan Agong.
Book dan bayar dulu, jadi ke tidak kira kemudian hahahah
Booking 6 chalet terus sebab 6 buah je yang ada dan bayar deposit RM1000.
Owner kata kalau kita cancel dah ada 200 orang menunggu nak chalet. Laku keras terutama musim cuti sekolah.
Mereka yang dari Klang terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas. Since kami dari Sabak Bernam jalan clear cuma terpaksa berada di belakang lori sebab nak potong jalan sempit.
Jom tengok kawasan sekitar Bernam Nature Hut ni.
Belakang ada bilik air yang bersih dan banyak.
Yang nampak bumbung tu kantin. Ada sinki untuk mencuci pinggan mangkuk.
Yang setoet tu khemah ayah😁
Kalau nak sunyi-sunyi bolehlah pasang khemah kat campsite bahagian kebun. Jauh sikit lah dari sungai tapi bolehlah nak hindari jerit pekik orang yang keseronokan mandi sungai😁
Tak ambillah pula gambar khemah kat campsite kebun tu.. tapi memang meriah lah dengan pelbagai jenis khemah. Pakat berhias bagai.
Nampak cat merah kuning tu.
Masuk melalui Perak sebab parking di sebelah sini.
Ada jambatan gantung yang menghubungi kedua-dua negeri.
No comments:
Post a Comment