Pages

Sunday, July 2, 2023

8½ Jam Perjalanan

Alhamdulillah hari ni Wafi dah kembali ke sekolah.
4 hari bercuti rasa tak cukup dan terasa sekejap je.

Tadi jam 5.40 pm sampai ke sekolah. Ayah sudah arrange teksi dari stesen bas. Sebelum tu kami dah siap pesan pada driver bas untuk beritahu mereka bertiga jika sudah sampai ke stesen bas Sungai Petani. Takut terlepas sampai Alor Setar 😁. Sebelum tu bas turunkan penumpang di Butterworth sebelum meneruskan perjalanan ke SP dan Alor Setar stesen terakhir.

Gambar ni Cikgu Fatin share masa van sekolah hantar ke Stesen Bas Sungai Petani.
3 orang (Wafi, Aisyah dan Haziq) naik bas yang sama dan masing-masing pertama kali.

Dari stesen jam 3 pm dan sampai terminal terakhir di Klang Sentral jam 11.30 pm. Haziq yang sepatutnya turun di Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam pun turun di Klang.. adoiiii... Haziq.. Haziq.. maknya dah tunggu lama di stesen SA. Untuk percepatkan urusan, kita decide hantar Haziq ke Shah Alam.

Inilah masalah nya bila naik public transport. Berhenti merata. Nampak kat live location dah melalui Guthrie, bas pula bawa ke Jalan Duta kemudian ke TBS sebelum menghala ke Shah Alam dan Klang.

Insyaallah lepas ni naik ETS je. Mereka yang masuk 3rd intake pada 6/6/23 pun baru dapat jadual cuti pada hari yang sama apabila masuk grup telegram Paksi 1. Tiket ETS pun sudah habis dijual bila kita check pada 6/6. Mujur tiket bas ada lagi. Untuk charter bas, tak ramai pelajar yang tinggal di KL/Selangor.

Masa ni dah letih sangat masa tunggu order McD.
Kasihan pula sebab apa yang diorder dah habis, maklumlah dah mid-night.

Ni gambar-gambar pagi tadi sebelum Wafi naik bas jam 9 am.
Dari Klang, bas akan ke Shah Alam, TBS, Jalan Duta sebelum meneruskan perjalanan ke utara.


4 bag bawa balik.. hurmmm...


Tengoklah bila lelaki ambil gambar... ambil dari atas, nampaklah kami katek 😠😠


Big girl!

Semoga Wafi seronok belajar.
Sabar.
Jihad menuntut ilmu.

7 comments:

  1. besar dah wafi dah pandai naik bas sendiri,rasa sebak tengok anak dah pandai berdikari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun risau juga sebab pertama kali naik bas. Mujur Aisyah mak dia dah bekalkan HP jadi boleh tau live location dan tanya keadaan dia. Alhamdulillah cikgu di sana support hantar sehingga ke terminal. Hanya doa dan kebergantungan kami pada Allah untuk jaga Wafi dan kawan-kawan.

      Delete
  2. jauh perjalanan tu..semoga dilindungi allah sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. terasa jauh sangat. Naik bas perhentian terakhir lega sikit bila kita tau mesti mereka akan turun.
      Aamiin... terima kasih doanya... mudah-mudahan sepanjang bermusafir Allah sentiasa lindungi.

      Delete
  3. jauhnya perjalanan wafi ke utara demi menuntut ilmu... itulah mula² baca mcm x percaya wafi ke sbp di utara... jauh tu kalau nak balik outing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni outing baru sekali, kami akan lawat dia. Pulang bermalam pun baru sekali juga sempena cuti Hari Raya Haji. Itu yang dia tak puas hati sebab sekejap sangat duduk rumah. Minta dia bersabar bila ada cuti panjang lagi insyaallah nanti bulan 8.

      Delete
  4. Bgaus Wafi, kena belajar independent..jauh lagi perjalanan masa depan kan...Kakak Dania pun SA dah ajar independent sejak naik tingkatan 1...cuma dia introvert je x ramai kawan..

    ReplyDelete