Pages

Saturday, July 29, 2023

Breakfast Kedah Style

Pagi tadi ibu dan ayah keluar awal untuk jemput Wafi di asrama. Kakak dan abang stay di bilik. Kena juga tunggu sebab waktu yang dibenarkan keluar sekolah jam 9 am walau Wafi dah ada bersama kami 8.40 am.

Kami hantar Wafi masuk bilik hotel dulu sebab katanya mengantuk sangat. Rotatelah breakfast sebab kena tunggu Wafi. Sempat ibu jahit pinggang kain dan seluar Wafi kerana Wafi dah mengurus.

Restoren Gulai Panas Che Su ni sebelah hotel. Ini je yang paling dekat. Jalan kaki je.

Dah namanya pun restoren gulai.. maka pagi² makan nasi dan gulai lah jawabnya. Ini lauk ibu, gulai ikan dan daging kicap.

Roti canai tu semua takde. Semua lauk pun panas² baru keluarkan. Ada juga makanan pesanan panas seperti nasi goreng, mi goreng dsb.

Kakak Widad dok memuji² daging kicap yang lembut sebab ada bahagian lemak.
 

1 comment:

  1. Sana memang sarapan berat2 rasanya kan kak..sebab kat Perlis pun cenggitu

    ReplyDelete