Pages

Monday, July 24, 2023

Cameron Highland 2023 - 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)

Habis meneroka Taman Agroteknologi MARDI kami bergerak pula ke Cafe Abang Strawberry untuk menikmati makan tengahari. Timing pun sedang elok sebab masa tu jam menunjukkan 11.30 am. Cafe Abang Strawberry ni dalam 5 minit (2.1 km) je dari Taman Agroteknologi MARDI.

200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)
27, Jalan Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Kami meletakkan kenderaan di rumah penduduk tempatan dengan bayaran RM5 satu kereta. Ada beberapa kawasan yang diletakkan tempat kenderaan. Suka kawasan rumah di situ sebab dijaga bersih.

Jalan jauh pula masa ke cafe padahal ada jalan yang lebih dekat. Balik ke kereta kami ikut laluan lain.

Intan pula jadi model.
Sementara pekerja bersihkan meja tunggulah sekejap. Beratur pun tak lama.

Konsep kat cafe ni, sebelum masuk staf akan bagi token yang ada QR code. Dapat meja, scan QR code dan pilihlah menu kemudian bayar samada online atau cash. Bayar cash di kaunter. Bila menu yang dipesan siap token akan berbunyi beserta lampu. Ambil makanan di kaunter yang disediakan.

Sementara menunggu hidangan ibu jalan-jalan lah sekejap.

Ada scone pelbagai perisa.
Waffle, crofle dan beberapa hidangan pencuci mulut yang boleh dibeli terus dari kaunter.

Meriah tempat makan, sebelah kiri ada pokok strawberi yang kita boleh self pick.

Kami ambil meja di bahagian hadapan, merah kaler kat situ.

Ada 3 section ruang makan yang kita boleh pilih.

Ambil 2 air berperisa je, matcha dan coklat strawberi.
Tekak ibu tak berapa nak terima dengan flavour camni 😂

Ibu makan nasi goreng ayam crispy.
uishhhh... sedap ayam tu, juicy dan crispy.
Panas pula tu!

Cik Fatin pilih Nasi Ayam Popcorn.

Ini sebenarnya yang viral, Nasi Lemak Strawberi. Kak Widad ambil ni.

Ummi pula ambil mi kari.

Izzatun pilih fries je.

Setiap seorang pilih menu tapi makan still kongsi. Portion banyak dan semua makanan yang kami pilih sedap, menepati selera.
Masakan semua panas termasuk ayam.

Packaging pun cantik.
Kami makan berlima about RM92.00

Dah kenyang, jomlah ke destinasi seterusnya.

Sebenarnya takde specifik itinerary pun sebab kami datang untuk bersantai-santai.
Sampai Cameron Highland baru fikir tempat mana nak pergi berdasarkan route dan trafik.

Seterusnya samada ke The Sheep Santuary ataupun terus ke hotel.

Check waze dulu dan seperti dijangka mesti jalan jem sebab kenderaan nak ke Kea Farm.
Estimated time 1.19 jam walau tak sampai 5 km 😁

Bolehlah kami plan nak buat apa dan ke mana.

Sempat lagi eh korang bertiga tidur kat belakang tu.
Bak kata Cik Wada, Intan tidur pun slay 😂

Dalam pada melayan jammed tu nampak tempat baru Agro Market.
Bila google tempat ni baru sangat dibuka, tahun ni 2023.
Parking tepi jalan dan naik sekejap nak tinjau apa ada dalam tu. Kawasan Agro Market ni besar. Parking pun luas dan ample.
Macam biasa pusat jualan souvenir, makanan dsb.

Nak naik atas tu baru dikenakan bayaran.
RM25/dewasa
RM10 kanak-kanak

Bolehlah naik atas tu untuk bergambar atau OOTD. Ada mini Santorini, Greece dan few other attraction di situ. Ni kalau suka kena peruntukkan masa di situ.

Kami putuskan untuk tidak masuk.

Teruskan perjalanan sambil re-plan 😄.

Masa menghadap jammed tu sempatlah ibu keluar kereta beli kudap-kudapan di gerai tepi jalan. Bosan kan tak buat apa dalam kereta. Bolehlah buat terapi.

Ibu beli tempura cendawan tiram, cendawan shitake dan brokoli berharga RM5 setiap satu bekas.
Uishhh... sedap sekali krup krap krup krap dalam kereta walau gorengan sudah sejuk.

End up kita check in hotel je lah dulu untuk solat kemudian baru keluar semula. 

2 comments:

  1. 200 seeds abg strawberry tu SA dan family suka..memang ayam goreng dia panas2..dapat drumstick perghhhh...heaven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau ramai orang, food still sedap.. good business for them and value money to us! Tu sebab viral tempat ni.

      Delete