Esok hari outing Wafi dari jam 9 am - 4 pm. Ikut perancangan awal nak gerak dari rumah selepas Isyak. Berbuka dulu di rumah sebab Kakak Widad dah siap masak. Bila Wafi call, ibu beritahu esok mungkin lewat sikitlah sampai dalam 9.30 am sebab bertolak dari Tapah. Suara dia macam sedih sikit. Knowing her kalau dah sedih akan buatkannya tidak gembira. Jadi ayah decide terus stay kat Sungai Petani je.
Kita gerak jam 6, sempatlah ibu mandi. Baju dan barang kiriman Wafi semua dah pack siap.
Dalam perjalanan tadi bila masuk waktu kita buka dengan roti sapu planta dan jem strawberi.. yummeh
Singgah Hentian Tanjung Malim untuk heavy meal pula.
Ayam masak sos tiram cili kering dan sayur lodeh.
Dah makan masuk pulak Harold's.
Ingat boleh jimat bawak bekal dari rumah tapi non hado🤣🤣
Abang Imi teringin roti pulak.. Kawi nak makan egg tart.
Hurmmmm... layan je lah!
Ayah drive sampai Bukit Gantang lepastu Abang Imi pula ganti hingga Sungai Petani.
Alhamdulillah.. selamat sampai hotel jam 12.30 am.
Demi anak tercinta. Mesti dia cukup gembira tu.
ReplyDeleteYa gembira sangat bila tau kami boleh ambil dia awal.
DeleteMcm tu la kan bila anak belajar jauh..nasib Dania belajar dekat je..cuma tu la x de experience jalan jejauh ha...
ReplyDelete