10 Zulhijjah 1444, 29 Jun 2023
Salam Aidil Adha.
Semoga ibadah korban Allah rahmati.
Tahun ni syarikat ibu ambil cuti hari kedua iaitu Jumaat. Cuti ni replace masa PMX dilantik menjadi Perdana Menteri. Lama baru dapat diganti.
Maka 4 hari lah long holiday.
Bami dah pergi dulu rumah nenek takut lontong habis.. adoiiii..
Ayah pulak ke surau untuk gotong royong korban.
Tahun ni ibu tak masak sangat pun... lebih kepada nak attend Wafi.
Malam raya masak 2 ekor ayam masak merah. Pagi buat nasi minyak.
Bawa dan makan di rumah nenek. Kat rumah nenek, masing-masing potluck lauk, jadi banyaklah juadah yang ada. Acar timun gandingan nasi minyak pun tak buat sampaikan Cik Nora tanya.. aduhhhhh...
Seronok dapat berkumpul dengan ahli keluarga.
ReplyDeleteYe kak, bila raya haji ni tak boleh leklekan makan-makan sebab kena rewang2 korban, kalau raya puasa bolehlah melaram hahahha. tu yang gambar pun tak banyak. Mak pun kami jumpa sekejap sebab sibuk korban di surau.
Deletenot too late rasanya...selamat menyambut hari raya aidiladha kak...
ReplyDelete