Pages

Friday, July 28, 2023

Cempedak Goreng

Masa balik dari Tapah ummi bekalkan 2 biji cempedak yang diambil dari kebun Chenderiang. Makaihhhh... sepanjang jalan bau cempedak, rasanya bau tu setaraf durian 😃

Hari Isnin petang baru lah kopek untuk digoreng. Itu pun sepanjang malam terbau-bau je cempedak ni. Sudah masak elok. Isi pun tebal, berwarna oren dan manis.

Ini gorengan pertama.
Buat dua gorengan je dulu. 

Ibu hanya guna tepung gandum, garam, sedikit kunyit dan air.
Batter tu tak perlu pekat sangat, sekadar boleh menyaluti isi cempedak.

Untuk berbuka puasa dengan secangkir teh-o lemon.

Sebelum tidur ibu gorengkan last batch untuk ayah yang balik lewat dari ofis.

Sangat puas hati lah dapat makan cempedak goreng ni. Lagi-lagi dapat free. Haritu kat RnR Sungai Perak terasa juga nak beli sekilo RM12, bila timbang sebiji boleh dapat RM28 tapi tak jadi beli sebab takut dalam mengecewakan. Ingat nak cari kat kedai-kedai buah sekitar rumah tapi belum sempat beli. Mana nak tau ada rezeki lain.

Ummi... oo ummi.. ada lagi tak cempedak kat pokok 😅😅

4 comments:

  1. bestnya kak ada pokok sendiri...kami pernah kena scam beli sebiji RM32 tapi dalam ada 5ulas je...huhuhu rasa macam nak menangis

    ReplyDelete
  2. Sedanyer cempedak goreng.
    Buahnya pun cantik

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar pun dah boleh hidu keharuman buah cempadak ni. 😁

    ReplyDelete
  4. Aduhai..nampak sedap betul cempedak tu..SA cuma mampu tengok..makan kang jadi semput x bernafas...cantik betul isi dia

    ReplyDelete