Pages

Tuesday, July 25, 2023

Cameron Highland 2023 - Dzulstudio Apartment @ Nova Highland Resort & Residence

Urusan penginapan ayah yang uruskan. Booking Dzulstudio Apartment @ Nova Highland melalui booking.com pada 6/7/2023, harga RM230
Good rating apartment ni 9.2
Beberapa hari sebelum kita pergi ayah perasan amaun tu tak deduct dari bank. Booking auto cancel.. ibu pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Ayah call direct owner, mujur masih available dan book offline. RM190 semalam. Unit ni under perseorangan dan tidak diuruskan oleh hotel.

Dzulstudio Apartment
Nova Highland Resort & Residence
Jalan Aranda Nova
39100 Brinchang

Jam 3 pm baru kita check-in walau owner apartment beritahu jam 2 pm dah ready.
Hari sebelum tu owner dah bagi detail tentang unit ni, macamana nak masuk parking, no kunci rumah dsb.
Parking ample, sekali dengan hotel dan Cameron Square mall. Parking pun takde numbering jadi bolehlah park dekat dengan pintu lift.

Suka hotel style macam ni, bagi password je. 
Macam cerita KD, rumah-rumah di Korea 😁

Dari pintu masuk, sebelah kanan ada almari dan bilik air.
Kemudian dapur.
Cubicle sebelah dapur tu adalah bilik tidur, queen bed.

Dapur comel tapi semua lengkap.

Almari solek yang ringkas.

Ruang tamu pun luas dengan sofa bed.
Bolehlah solat di sini.
Takyah lah on kipas tu... sejuk banget!

TV dengan rangkaian Netfix.

Rak kasut juga disediakan sekali dengan selipar dalam rumah dan luar rumah.

Toilettries lengkap dengan 4 set berus gigi.
Water heater kena ada, kalau tak maunya kejung mandi.

Penapis air SK Magic, periuk nasi dan periuk steamboat berwarna pink.
Ahhhh.. cutest!

Microwave dan cerek.

Semua alatan elektrik berfungsi dengan cemerlang.

Blurr sikit gambar ni.
Mini fridge bawah tu.
Ada portable dapur gas, periuk dan kuali.
Pinggan, mangkuk, mug, cawan dan semua peralatan dapur lengkap disediakan.

Unit ni hanya untuk pengunjung Muslim sahaja.

Bilik yang selesa.

Toto, 4 bantal, beberapa selimut extra juga disediakan.
Iron & iron board pun lengkap.

Apartment bersih, kemas, wangi.. overall sangat puas hati!

Unit ni ditingkat 8, bolehlah tengok pemandangan indah dari atas..... dan sejuk nyaman.

Hotel ni bersebelahan dengan Copthorne Hotel, dulunya Equatorial Hotel.
Sebelah Copthorne Hotel tu Kea Farm.


Tak boleh lama-lama dok luar ni, sejuk menggigit ke tulang walau ada matahari terang.

Ini other side of the building, ambil gambar masa kami nak turun.
Bawah tu ada mini funfair tapi masa kami pergi tu tak buka pun.

Hallaway yang panjang, unit kami ke dua dari hujung.
Jenuh berjalan 😄

View hotel dari arah Simpang Pulai. Masa ni kami berjalan-jalan melihat sekitar hotel.
Ada kedai-kedai tepi-tepi tu.

Bawah hotel ada mall. Tak survey sangat tapi perasan ada Tealive, Mr DIY, Old Town Cafe, Restoren Arab Hadramaut, Teh Tarik Place dsb.

Walking distance je tempat ni dengan Kea Farm, Butterfly Farm. Jalan nak masuk ke Ladang Teh BOH Sungai Palas berdepan dengan hotel ni. Tapi kami tak masuklah situ sebab mengenangkan jalannya yang menyeramkan hahahah

Hari terakhir sebelum check-out kami ambil dulu gambar beramai-ramai.



Tq Cik Fatin bawak kami berjalan-jalan 💖

Ok... nak balik dah!

Nah gambar ummi dan Intan.
Simpan sini biar tak hilang hahah

Sebelum balik send gambar kepada owner.

Kami check-out jam 9 am untuk meneruskan sesi jalan-jalan.

Contact no owner Dzulstudio Apartment @ Nova Highland kot ada rezeki nak stay situ lagi.



 

2 comments:

  1. Tq share kak... semoga ada rezeki kami naik ke CH nnt boleh stay sini

    ReplyDelete
  2. Thanks akak share...mcm tau2 je mmg SA nak pi CH lepas majlis nanti...

    ReplyDelete